Idea Hari Ini: Skim Ar-Rahnu dari Bank Rakyat
Borak-borak dengan teman sepejabat, dan dia ada membeli 2 syiling Kijang Emas dari Maybank.
Saya terfikir, simpan di rumah tidak begitu selamat dan tidak mendatangkan keuntungan. Ibu ada bercerita tentang skim Ar-Rahnu dari Bank Rakyat. Ar-Rahnu adalah pajak gadai yang (insyaAllah) berdasarkan hukum-hakam Islam.
Caranya .. simpan (atau sebenarnya, pajak) syiling emas, atau barang kemas di dalam Bank Rakyat. Bank Rakyat akan memberikan wang tunai 65% dari nilai barangan emas, dan kemudian ditolak caj-caj berkaitan. Dari wang tunai yang didapati, bolehlah melabur pada tempat-tempat lain (beli emas dalam bentuk passbook, mungkin?). Apabila tempoh matang, jual balik pelaburan anda, dapatkan keuntungan, dan bayar semula pada Bank Islam, jumlah yang telah anda dapati pada awal pelaburan. Di sini anda akan mendapat 2 kali keuntungan kerana:
1. Nilai syiling yang anda pajak, akan meningkat. Terpulang pada anda untuk menjualnya atau memasukkannya semula ke dalam skim Ar-Rahnu.
2. Pelaburan yang didapati dari wang tunai yang anda dapat dari Bank Rakyat. Tetapi, dengan syarat, anda harus menjual semula pelaburan anda dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Melaburlah di dalam program yang menjanjikan keuntungan, kerana sekiranya anda rugi, anda terpaksa menambah jumlah kerugian anda untuk menampung pembayaran semula ke Bank Rakyat.
Skim Ar-Rahnu juga ada ditawarkan oleh syarikat Estet Emas dan Yapeim. Saya tidak pernah membaca atau mempunyai pengalaman dengan 2 syarikat ini, tetapi sekadar memberitahu alternatif yang ada. Akan tetapi, ingin sekali saya sarankan agar anda memilih syarikat yang stabil dan boleh dipercayai, kerana syarikat yang baru lebih senang untuk bankrup, dan sekiranya sesebuah syarikat itu bankrup, maka tiada siapa tahu apa yang bakal terjadi kepada pajakan anda.
Setakat ini, secara peribadi, saya merasakan Bank Rakyat adalah pilihan terbaik untuk Skim Pajakan Ar-Rahnu. Terus-terang saya katakan, saya belum pun mempunyai dinar emas atau terlibat secara langsung dengan Ar-Rahnu, tetapi secara teorinya, saya yakin idea ini akan berhasil. Doakan saya berjaya, dan saya juga doakan anda berjaya. Amin.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.bankrakyat.com.my/index.php?ch=6&pg=26&ac=13&lang=en
Soalan-soalan lain tentang KAYA
Dalam post sebelum ini, saya ada bertanya kenapa anda mahu menjadi KAYA.
Kali ini, izinkan saya menerangkan kenapa saya hendak menjadi KAYA.
Bagi saya, sebenarnya bukan KAYA itu penting, tetapi pilihan yang ada, apabila kita mempunyai sedikit harta atau wang berlebihan. Apabila ada sedikit harta dan wang berlebihan, dapatlah kita menolong ibu bapa pada hari tua mereka, dapat kita menolong adik-beradik sekiranya mereka masih belajar atau mempunyai tuntutan kewangan dalam berkeluarga, kawan-kawan atau masyarakat secara amnya. Pilihan yang dibawa, membenarkan kita untuk memilih barangan dan servis biasa atau berkualiti, contohnya, sekiranya kita sakit, dan berada di hospital kerajaan – adakah cukup dengan layanan kelas ketiga, ataupun kita mahu layanan yang sedikit baik seperti layanan kelas dua atau satu.. atau pun mampu untuk pergi ke hospital swasta.. Harta dan wang akan habis juga apabila tiba masanya, tapi pilihan lah yang menentukan selama mana ia akan ada, dan sama ada ia bertambah atau tidak. Bagi saya, KAYA adalah suatu perjalanan, bukannya destinasi. Selama mana kita mahu berjalan, dan belajar, serta berhati-hati dalam perjalanan itu, selama itulah kita akan menjadi KAYA.
Soalan seterusnya: Berapakah nilai kaya?
1 juta? 10 juta? 100 juta? Sebagaimana soalan-soalan yang saya utarakan sebelum ini, nilai kaya juga adalah sesuatu yang subjektif. Bagi seorang “billionaire” (ribu-jutawan).. 1 juta itu tidak lah kaya.. Bagi seorang jutawan.. 100 ribu itu tidaklah kaya.. Bagi seorang ribu-an.. 1 ratus itu tidaklah kaya.. dan seterusnya.. Tidak salah untuk kita meletakkan nilai kaya, tetapi harus diingat nilai itu berbeza-beza mengikut individu itu sendiri. Kayu ukur itu kita letakkan sendiri, tetapi apabila “target” sudah tercapai, tidak bermaksud kita harus berhenti, tetapi, apa yang harus kita lakukan, adalah meletakkan aras penanda yang lebih tinggi, agar kita berjaya, dan terus berjaya setiap hari. InsyaAllah.
Kenapa anda mahu kaya?
Sebelum kita membincangkan tentang emas dan tanah, mari saya tanya beberapa soalan..
Soalan 1: Apakah definisi KAYA pada anda?
Soalan 2: Adakah anda mahu KAYA?
Soalan 3: Kenapa anda mahu KAYA?
KAYA.. boleh diintepretasikan berbeza-beza bagi setiap orang..
Bagi sesetengah orang.. kaya bermaksud hidup sederhana – tidak berhutang dan tidak menyusahkan orang, tapi mampu membayar bil setiap bulan, dan hidup tenang.. kaya dengan kasih sayang suami, isteri, ibu bapa dan keluarga. Ada yang memandang kaya sebagai mampu memiliki condo mewah, memandu kereta sport, saban hari bershopping membeli pakaian dan kasut berjenama dan makan di restoren 5 bintang. Ada yang mendefinisikan kaya dengan mampu menjana pendapatan pasif, mempunyai portfolio perniagaan dan pelaburan yang banyak dan mampu bersara awal.. dan tak kurang juga yang memandang kaya sebagai perkara yang menjijikkan.. kerana kerakusan orang-orang kaya yang sanggup memijak-mijak warga biasa pada anda.
Jadi apa definisi KAYA pada anda? Adakah anda mahu kaya? Kenapa anda mahu kaya? Jawapannya – tepuk dada.. tanya selera..dan lebih bagus – TANYA IMAN.. Pastikan definisi KAYA pada anda tidak menghalang anda untuk lebih berjaya, kerana sebagai seorang muslim, hari ini harus lebih elok dari semalam, dan hari esok harus lebih baik dari hari ini. Pastikan definisi KAYA anda komprehensif, tidak sekadar diukur pada faktor fizikal seperti emas dan harta sahaja, kerana KAYA yang sebenarnya sepatutnya mampu memberi ketenangan dunia akhirat. Kaya adalah kaya bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk orang disekitar kita juga. Tidak salah mengumpulkan kekayaan, asal saja kita tidak leka dan lupa peranan kita sebagai hamba Allah. InsyaAllah.
Semasa saya melayari internet, saya ada terjumpa slide dari Saudara Hamdi, penulis buku “Rancang Hidup Rancang Wang” (saya belum baca bukunya), satu slide yang bagus yang mampu memberikan kita pandangan yang menyeluruh tentang istilah kaya. Sila lawatinya di sini.
Selamat datang ke Emas dan Tanah @ wordpress.com
Assalamualaikum dan selamat datang ke Emas dan Tanah @ wordpress.com!
Semoga anda dapati blog ini mampu memberi sedikit ilmu, dan menjadi cita-cita saya untuk mendapat sedikit ilmu dari anda melalui blog ini juga.
Ada sebab mengapa saya memilih emas dan tanah/hartanah sebagai instrumen pelaburan.
Sila ikuti blog ini, dan saya akan memberitahu mengapa saya memilih dua instrumen ini.
Jadi.. “stay tune”.. dan berjumpa anda di lembaran akan datang..
Wassalam
Sampai berjumpa lagi,
Wida
