Kenapa anda mahu kaya?

July 27, 2008 · Posted in Motivasi 

Sebelum kita membincangkan tentang emas dan tanah, mari saya tanya beberapa soalan..

Soalan 1: Apakah definisi KAYA pada anda?

Soalan 2: Adakah anda mahu KAYA?

Soalan 3: Kenapa anda mahu KAYA?

KAYA.. boleh diintepretasikan berbeza-beza bagi setiap orang..

Bagi sesetengah orang.. kaya bermaksud hidup sederhana – tidak berhutang dan tidak menyusahkan orang, tapi mampu membayar bil setiap bulan, dan hidup tenang.. kaya dengan kasih sayang suami, isteri, ibu bapa dan keluarga. Ada yang memandang kaya sebagai mampu memiliki condo mewah, memandu kereta sport, saban hari bershopping membeli pakaian dan kasut berjenama dan makan di restoren 5 bintang. Ada yang mendefinisikan kaya dengan mampu menjana pendapatan pasif, mempunyai portfolio perniagaan dan pelaburan yang banyak dan mampu bersara awal.. dan tak kurang juga yang memandang kaya sebagai perkara yang menjijikkan.. kerana kerakusan orang-orang kaya yang sanggup memijak-mijak warga biasa pada anda.

Jadi apa definisi KAYA pada anda? Adakah anda mahu kaya? Kenapa anda mahu kaya? Jawapannya – tepuk dada.. tanya selera..dan lebih bagus – TANYA IMAN.. Pastikan definisi KAYA pada anda tidak menghalang anda untuk lebih berjaya, kerana sebagai seorang muslim, hari ini harus lebih elok dari semalam, dan hari esok harus lebih baik dari hari ini. Pastikan definisi KAYA anda komprehensif, tidak sekadar diukur pada faktor fizikal seperti emas dan harta sahaja, kerana KAYA yang sebenarnya sepatutnya mampu memberi ketenangan dunia akhirat. Kaya adalah kaya bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk orang disekitar kita juga. Tidak salah mengumpulkan kekayaan, asal saja kita tidak leka dan lupa peranan kita sebagai hamba Allah. InsyaAllah.

Semasa saya melayari internet, saya ada terjumpa slide dari Saudara Hamdi, penulis buku “Rancang Hidup Rancang Wang” (saya belum baca bukunya), satu slide yang bagus yang mampu memberikan kita pandangan yang menyeluruh tentang istilah kaya. Sila lawatinya di sini.

Comments

Leave a Reply