Idea Hari Ini: Skim Ar-Rahnu dari Bank Rakyat

July 29, 2008 · Posted in Emas 

Borak-borak dengan teman sepejabat, dan dia ada membeli 2 syiling Kijang Emas dari Maybank.

Saya terfikir, simpan di rumah tidak begitu selamat dan tidak mendatangkan keuntungan. Ibu ada bercerita tentang skim Ar-Rahnu dari Bank Rakyat. Ar-Rahnu adalah pajak gadai yang (insyaAllah) berdasarkan hukum-hakam Islam.

Caranya .. simpan (atau sebenarnya, pajak) syiling emas, atau barang kemas di dalam Bank Rakyat. Bank Rakyat akan memberikan wang tunai 65% dari nilai barangan emas, dan kemudian ditolak caj-caj berkaitan. Dari wang tunai yang didapati, bolehlah melabur pada tempat-tempat lain (beli emas dalam bentuk passbook, mungkin?). Apabila tempoh matang, jual balik pelaburan anda, dapatkan keuntungan, dan bayar semula pada Bank Islam, jumlah yang telah anda dapati pada awal pelaburan. Di sini anda akan mendapat 2 kali keuntungan kerana:

1. Nilai syiling yang anda pajak, akan meningkat. Terpulang pada anda untuk menjualnya atau memasukkannya semula ke dalam skim Ar-Rahnu.

2. Pelaburan yang didapati dari wang tunai yang anda dapat dari Bank Rakyat. Tetapi, dengan syarat, anda harus menjual semula pelaburan anda dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Melaburlah di dalam program yang menjanjikan keuntungan, kerana sekiranya anda rugi, anda terpaksa menambah jumlah kerugian anda untuk menampung pembayaran semula ke Bank Rakyat.

Skim Ar-Rahnu juga ada ditawarkan oleh syarikat Estet Emas dan Yapeim. Saya tidak pernah membaca atau mempunyai pengalaman dengan 2 syarikat ini, tetapi sekadar memberitahu alternatif yang ada. Akan tetapi, ingin sekali saya sarankan agar anda memilih syarikat yang stabil dan boleh dipercayai, kerana syarikat yang baru lebih senang untuk bankrup, dan sekiranya sesebuah syarikat itu bankrup, maka tiada siapa tahu apa yang bakal terjadi kepada pajakan anda.

Setakat ini, secara peribadi, saya merasakan Bank Rakyat adalah pilihan terbaik untuk Skim Pajakan Ar-Rahnu. Terus-terang saya katakan, saya belum pun mempunyai dinar emas atau terlibat secara langsung dengan Ar-Rahnu, tetapi secara teorinya, saya yakin idea ini akan berhasil. Doakan saya berjaya, dan saya juga doakan anda berjaya. Amin.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.bankrakyat.com.my/index.php?ch=6&pg=26&ac=13&lang=en

Comments

8 Responses to “Idea Hari Ini: Skim Ar-Rahnu dari Bank Rakyat”

  1. sothye on August 20th, 2008 7:33 pm

    Salam,

    Untuk Ar Rahnu bank rakyat, keeping fee dikenakan adalah sekitar 7% daripada value emas yang disimpan..

    Contoh (value dibundarkan utk simplifykan calculation):
    ——-
    Nilai emas: RM 2900 (~31g)
    Nilai pajak: RM 1885 (kiraan: 65% of nilai emas)
    Keeping fee sebulan RM21.75 (kiraan: 0.75*2900/100)

    Selepas matang (6 bulan) dan nak tebus emas tersebut, customer harus kembalikan nilai pajak tadi, dgn keeping fee utk 6 bulan

    Nilai tebus: RM 2015 (kiraan: 1885 + 21.75*6 )
    Peningkatan sekitar 6.92% or ~7% dari nilai pajak tadi.

    Jika wang pajak tadi ingin dilaburkan, kita harus mencari pelaburan yang dpt memulangkan ~14%p.a sekadar untuk breakeven. Sukar juga tu…

  2. nurulwahida on August 28th, 2008 10:48 am

    Terima kasih Sothye.. saya tak sedar akan kewujudan keeping fee untuk Bank Rakyat Ar-Rahn.. dan agak tinggi..

    Nampaknya kita perlu mencari pelaburan yang agresif (seperti CPO?) atau membuat perniagaan yang menjanjikan pulangan sekiranya kita ingin menjayakan idea ini..

    Terima kasih kerana ini ilmu baru bagi saya juga..

  3. kat on April 12th, 2009 7:06 pm

    salam..saya nak tanya tentang Ar-Rahnu dari bank rakyat ni..
    kalau xde akaun dlm bank rakyat, boleh ke nk join skim ni tnpa akaun?

  4. nurulwahida on April 14th, 2009 7:01 pm

    Kat.. kalau nak skim ni.. kenalah mendaftar.. xperlu akaun simpanan.. tp akaun ar-rahnu.. untuk simpan pajakan kita..

  5. cdanhash on June 21st, 2009 10:39 pm

    Ar-Rahnu Bank Rakyat memberi pilihan untuk memajak emas selain dari kedai pajak Ah Chong. Upah simpan sebanyak RM0.75 setiap RM100 nilai emas (marhun) sebulan. Jika nilai marhun RM3,000, upah simpan RM22.50 sebulan.

    Kemudahan ini digunakan oleh para pelabur emas ketiga harga jatuh, hasil pajakan digunakan untuk membeli emas tambah pelaburan yang sedia ada. Ansuran pinjaman dan upah simpan dibuat setiap bulan seolah-olah membeli emas secara ansoran.

  6. peruzz on July 6th, 2009 9:41 pm

    saya ada penah jgk mebri arrahnu ni simpan simpan saya yg sedikit tuh…betull.. caj yg dikenakan agak tinggi..
    boley try jgk agro bank..agro bank caj rm0.50 untuk rm1100 nilai barang dah die kasik 50% duit dr nilai barang jgk.. lg tinggi agro bank kasik.. tggi lg cajnye.. ..
    rm0.50..nilai rm100.. 50%
    rm0.60..nilai rm100.. 60%
    rm0.70..nilai rm100.. 70%

    tp kekurangannye.. taim gadai tuh.. die juz kasik 50% saje.. satu lagik.. had limit die kasik satu hari juz rm10k..

  7. peruzz on July 6th, 2009 9:46 pm

    alamak.. betul sket ayat kt atas tuh..
    mebri = memberi..
    simpan simpan = simpan emas..
    i,m sorii

  8. ataufik3 on July 9th, 2009 11:29 pm

Leave a Reply