Harga meningkat naik.. dan berita kijang emas..

August 28, 2008 · Posted in Emas · 1 Comment 

19/8/2008 mencatatkan harga emas terendah. Kijang Emas 1 ounce dijual pada harga RM2803 pada hari itu. Sekarang kita menyaksikan harga emas meningkat perlahan-lahan, tetapi kijang emas 1 ounce masih di bawah RM3000.

Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
01/08/2008 3,149 3,048 1,604 1,524 817 762
04/08/2008 3,143 3,044 1,601 1,522 815 761
05/08/2008 3,089 2,990 1,574 1,495 801 747
06/08/2008 3,047 2,950 1,552 1,475 790 737
07/08/2008 3,063 2,965 1,561 1,482 795 741
08/08/2008 3,028 2,933 1,543 1,467 786 733
11/08/2008 3,022 2,927 1,540 1,464 784 732
12/08/2008 2,890 2,799 1,472 1,399 750 700
13/08/2008 2,866 2,776 1,460 1,388 744 694
14/08/2008 2,921 2,830 1,488 1,415 758 707
15/08/2008 2,807 2,719 1,430 1,359 728 680
18/08/2008 2,812 2,724 1,433 1,362 730 681
19/08/2008 2,803 2,714 1,428 1,357 727 678
20/08/2008 2,876 2,784 1,465 1,392 746 696
21/08/2008 2,871 2,781 1,463 1,391 745 695
22/08/2008 2,949 2,857 1,502 1,428 765 714
25/08/2008 2,912 2,820 1,483 1,410 755 705
26/08/2008 2,934 2,840 1,494 1,420 761 710
27/08/2008 2,951 2,858 1,503 1,429 766 714
28/08/2008 2,963 2,869 1,510 1,435 769 717

Melihatkan trend ini, saya berminat untuk membeli kijang emas lagi sebelum ia mencecah RM3000.

Apa yang menyedihkan stok kijang emas telah habis di Kuala Lumpur! Petaling Jaya hanya ada stok untuk 1/4 ounce.

Untuk cawangan-cawangan yang menjual Kijang Emas, sila rujuk:  http://www.maybank2u.com.my/promotions/branches.html

Sothye, sempat beli di Shah Alam?

Kijang emas pertama dan harga emas minggu ini

August 14, 2008 · Posted in Emas · 4 Comments 

Saya beli kijang emas pertama saya pada 8/8/2008. Ketika itu cawangan Maybank yang saya lawati hanya mempunyai syiling 1/2 ounce – jadi saya membelinya dengan harga RM1543.

Harga emas semakin turun dan perbezaannya sangat ketara semalam. Walaupun saya membeli dengan lebih tinggi, tetapi saya tidak menyesal, kerana saya baru berpindah – dan di tempat baru ini bukanlah mudah untuk pergi ke cawangan Maybank yang menjual Kijang Emas.

Dua hari lepas, harga emas dunia mencecah USD808, dan kesannya dapat dilihat pada harga jualan kijang emas semalam – RM2866 untuk 1 ounce!! Kurang dari RM3000!! Hari ini harga jualan meningkat RM2921.

Sila rujuk link BNM di bawah untuk harga bulan Ogos:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Saya tidak dapat mengagak harga emas minggu hadapan. JutawanEmas meramal harga emas menggunakan analisis teknikal tetapi saya masih belum tahu bagaimana untuk menggunakannya.

Jaga diri semua~~

Turun semakin turun

August 8, 2008 · Posted in Emas · Comment 

Harga emas kijang semakin menghampiri RM3000 bagi satu ouns.

Sila lihat di bawah..

Harga emas sedunia sudah turun melepasi paras 870!!

http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml

Harga emas 2 minggu

August 5, 2008 · Posted in Emas · Comment 

Pada minggu lepas, harga emas jatuh sehingga USD908 pada hari Rabu dan meningkat kembali sehingga Jumaat lepas. Isnin minggu ini, harga emas turut meningkat dan sehingga catatan ini dibuat,hari ini, Selasa, pada 9.14 pagi, harga emas telah turun ke tahap terendah buat 2 minggu, sehingga USD 892.50. Dijangka esok turun lagi dan meningkat kembali pada hari Khamis.

HARGA EMAS TEMPATAN

Maybank

Kijang Emas Daily Prices

SIZE (oz)

SELLING (RM)

BUYING (RM)

ONE

3143

3044

HALF

1601

1522

QUARTER

815

761

 

 

 

Gold Savings Passbook 

 

 

DATE

SELLING (RM/g)

BUYING (RM/g) 

4 – Ogos – 2008

100.71 

93.29