Kijang emas pertama dan harga emas minggu ini

August 14, 2008 · Posted in Emas · 5 Comments 

Saya beli kijang emas pertama saya pada 8/8/2008. Ketika itu cawangan Maybank yang saya lawati hanya mempunyai syiling 1/2 ounce – jadi saya membelinya dengan harga RM1543.

Harga emas semakin turun dan perbezaannya sangat ketara semalam. Walaupun saya membeli dengan lebih tinggi, tetapi saya tidak menyesal, kerana saya baru berpindah – dan di tempat baru ini bukanlah mudah untuk pergi ke cawangan Maybank yang menjual Kijang Emas.

Dua hari lepas, harga emas dunia mencecah USD808, dan kesannya dapat dilihat pada harga jualan kijang emas semalam – RM2866 untuk 1 ounce!! Kurang dari RM3000!! Hari ini harga jualan meningkat RM2921.

Sila rujuk link BNM di bawah untuk harga bulan Ogos:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Saya tidak dapat mengagak harga emas minggu hadapan. JutawanEmas meramal harga emas menggunakan analisis teknikal tetapi saya masih belum tahu bagaimana untuk menggunakannya.

Jaga diri semua~~