Kijang emas pertama dan harga emas minggu ini
Saya beli kijang emas pertama saya pada 8/8/2008. Ketika itu cawangan Maybank yang saya lawati hanya mempunyai syiling 1/2 ounce – jadi saya membelinya dengan harga RM1543.
Harga emas semakin turun dan perbezaannya sangat ketara semalam. Walaupun saya membeli dengan lebih tinggi, tetapi saya tidak menyesal, kerana saya baru berpindah – dan di tempat baru ini bukanlah mudah untuk pergi ke cawangan Maybank yang menjual Kijang Emas.
Dua hari lepas, harga emas dunia mencecah USD808, dan kesannya dapat dilihat pada harga jualan kijang emas semalam – RM2866 untuk 1 ounce!! Kurang dari RM3000!! Hari ini harga jualan meningkat RM2921.
Sila rujuk link BNM di bawah untuk harga bulan Ogos:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
Saya tidak dapat mengagak harga emas minggu hadapan. JutawanEmas meramal harga emas menggunakan analisis teknikal tetapi saya masih belum tahu bagaimana untuk menggunakannya.
Jaga diri semua~~
Comments
5 Responses to “Kijang emas pertama dan harga emas minggu ini”
Leave a Reply

Salam.
Tahniah dgn purchase Kijang Emas anda. Saya juga turut mengikuti harga Kijang Emas ini slm bbrp bulan,
pada 19/8/2008 harganya menjunam ke RM2,803/oz (paras terendah tahun ni rasanya)
Tapi harini 20/8/2008, ia naik ke RM2,876/oz.
Saya belum berkesempatan nak beli lagi, sbb nak kena lari ke Maybank Shah Alam (tu je yg tersenang nak pegi since saya kerja @ Cyberjaya).
Ikut analisa JutawanEmas, bulan August ni lah waktu terbaik utk beli Kijang Emas kerana harganya akan meloncat2 ke paras tertinggi pada december nanti, kalau ikut trend dari 2001 lah…
Tanya sikit, Kijang Emas boleh pajak kat Bank Rakyat Ar-Rahn kan?
Terima kasih Sothye.. tak sangka pulak blog ni ada pembaca.. saya belum promote lagi
Yup, pada 19/8/2008 adalah harga terendah dan sekarang ni harga meningkat perlahan-lahan, tapi untuk kijang emas masih di bawah paras RM3000 untuk 1 ounce.
Setahu saya, Kijang Emas boleh dipajakkan di Bank Rakyat Ar-Rahn.
emang susAH buat menebak harga emas…
dan kita emang harus tetap berhati-hati
Salam investasi emas.. ye betul tu.. in fact apa-apa pelaburan pun kita kena hati2
berarti mana yang mahalan emas sama kijang ya..??