Cerita akhir bulan November

November 28, 2008 · Posted in Emas · 1 Comment 

Sudah 2 3 hari saya tidak mengikuti harga emas..

Tup tup.. bila check hari ni.. harga kijang emas 1 ounce dah meningkat ke RM3k ++!!

Isnin 2 minggu lepas, 7/11/2008, saya ada pergi ke Habib Jewel.. temankan mak tengok-tengok emas.. masa tu harga agak murah.. penjual tu kata harga tak pernah semurah tu.. walaupun ketika itu harga di Habib masih RM100+ per gram. Sebenarnya kalau saya pergi kedai lain..rasanya boleh dapat RM80-RM90+ per gram.

Tengok balik kat website BNM, harga Kijang emas pada 7/11/2008 pun memang rendah. Ni top 5 harga paling rendah, dari 1/8/2008 sampai 25/11/2008:

Tarikh Jualan Belian
04/11/2008 2,725 2,639
23/10/2008 2,731 2,644
12/09/2008 2,739 2,652
07/11/2008 2,744 2,657
31/10/2008 2,759 2,671

Soalan.. jadi adakah untung sebenarnya pelaburan emas ni? Saya akan kata YA!! Dalam 2 minggu sahaja anda boleh untung beratus ringgit. Katakan anda beli pada 4/11/2008 RM2725, dan jual pada hari ini RM3013, anda dah untung RM288. Nak tau turun naik harga emas ni bagus juga kalau tau teknikal analisis.. yang mana saya belum tahu lagi sekarang. Kalaupun harga jatuh..simpan dulu sehingga harga naik. InsyaAllah harga akan sentiasa naik. Dalam 10 tahun ni harga emas tak pernah turun secara total.

Cuma nak diingatkan sepertimana pelaburan lain.. emas pun ada risikonya.. Jangan tamak.. jangan sombong..berfikirlah sebelum bertindak..