Cerita akhir bulan November
Sudah 2 3 hari saya tidak mengikuti harga emas..
Tup tup.. bila check hari ni.. harga kijang emas 1 ounce dah meningkat ke RM3k ++!!
Isnin 2 minggu lepas, 7/11/2008, saya ada pergi ke Habib Jewel.. temankan mak tengok-tengok emas.. masa tu harga agak murah.. penjual tu kata harga tak pernah semurah tu.. walaupun ketika itu harga di Habib masih RM100+ per gram. Sebenarnya kalau saya pergi kedai lain..rasanya boleh dapat RM80-RM90+ per gram.
Tengok balik kat website BNM, harga Kijang emas pada 7/11/2008 pun memang rendah. Ni top 5 harga paling rendah, dari 1/8/2008 sampai 25/11/2008:
| Tarikh | Jualan | Belian |
| 04/11/2008 | 2,725 | 2,639 |
| 23/10/2008 | 2,731 | 2,644 |
| 12/09/2008 | 2,739 | 2,652 |
| 07/11/2008 | 2,744 | 2,657 |
| 31/10/2008 | 2,759 | 2,671 |
Soalan.. jadi adakah untung sebenarnya pelaburan emas ni? Saya akan kata YA!! Dalam 2 minggu sahaja anda boleh untung beratus ringgit. Katakan anda beli pada 4/11/2008 RM2725, dan jual pada hari ini RM3013, anda dah untung RM288. Nak tau turun naik harga emas ni bagus juga kalau tau teknikal analisis.. yang mana saya belum tahu lagi sekarang. Kalaupun harga jatuh..simpan dulu sehingga harga naik. InsyaAllah harga akan sentiasa naik. Dalam 10 tahun ni harga emas tak pernah turun secara total.
Cuma nak diingatkan sepertimana pelaburan lain.. emas pun ada risikonya.. Jangan tamak.. jangan sombong..berfikirlah sebelum bertindak..
Comments
One Response to “Cerita akhir bulan November”
Leave a Reply

Salam tuan tanah… baru hari ini jumpa blog ini… Emas dan Tanah, dua jenis pelaburan yang harus diberi perhatian… masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan.
Syiling Kijang Emas merupakan syiling emas yang pertama dikeluarkan Oleh Bank Negara Malaysia dan dipasarkan melalui Maybank disetiap ibu negeri. Perbezaan harga jualan dan belian atau spread harus diambilkira. Untuk tujuan pelaburan spread yang rendah menjadi pilihan pelabur. Syiling Maple Leaf yang boleh didapati dari OUB menawarkan harga dan spread yang lebih rendah. Kijang Emas dan Maple Leaf merupakan hot item, selalu out of stock tambahan lagi bila harga rendah.
Sebagai alternatif boleh dapatkan gold bar berbagai saiz dari OUB, Public Fine Gold. Public Fine Gold juga ada mengeluarkan Dinar Public dari emas 916, dinar juga berbentuk syiling.
Dinar yang menjadi hot item ialah Dinar Emas Kelantan, kerana spreadnya rendah. Dinar Emas Kelantan boleh diperolehi dari cawangan Ar-Rahn yang berdekatan – web resmi http://dinarkel.com/