Perbezaan utama hartanah lelong vs sub-sale

January 22, 2009 · Posted in Hartanah · 12 Comments 

Sebelum memasuki mana-mana lelong, ada bagusnya untuk mengetahui 3 perbezaan utama membeli rumah lelong vs subsale.

1. Tunggakan

Selalunya sebelum vacant posession, untuk sub-sale, lawyer (kita) akan pastikan semua tunggakan ni clear. Tapi untuk rumah lelong, tunggakan ni adalah perkara biasa. Maintenance, cukai tanah, cukai pintu, selalunya ni boleh claim. Tapi bil api, air, IWK.. bayar sendiri. Hari ni baru tau.. ada satu item lagi yang kita tak boleh pandang rendah.. interest late payment masa bank disburse ke developer masa owner lama dulu.. kalau xde mention dalam POS.. ada kemungkinan kita kena bayar sendiri.. ye.. SENDIRI!! Dalam satu case ni, lawyer aku cerita, ada satu owner ni interest sampai RM27k.. woww!! Boleh beli 4/5 bijik rumah dengan duit sebanyak tu!

2. Vacant posession

Vacant posession ni dalam lay-man term, lebih kurang maksudnya kena jual dalam keadaan rumah tu kosong la, takde orang duduk. Selalunya untuk sub-sale, dalam S&P ni ada clause vacant posession. Tapi kalau dalam POS, selalunya akan mention, jual dalam as-is basis.. dan tiada guarantee on vacant posession.. Jadi tak hairanla kalau anda beli rumah.. tengok2 ada orang duduk.. Jadi di situ pentingnya buat homework.. Survey rumah sebelum bidding..

3. Harga

Sebab utama orang masuk lelong adalah kerana harganya yang rendah. Tak hairanla kalau harga boleh capai RM50-RM60k lagi murah dari harga pasaran. Tetapi ada jugak hartanah lelong ni yang harga mula sama dengan harga pasaran. Jadi, tepuk dada.. tanya selera!!

Okeh.. jadi ini serba sedikit tips untuk hari ni. Komen aku, kalau ada 2 unit rumah.. satu sub-sale.. satu lelong.. harga lebih kurang.. baik ambik yang subsale je.. Tapi kalau beza harga banyak.. pastu lepas tolak all the tunggakan masih dapat untung/sewa kow-kow.. Apa salahnya kan ;)

Tips memilih rumah lelong

January 15, 2009 · Posted in Hartanah · 8 Comments 

Memilih rumah lelong, untuk disewakan, berbeza dengan pembelian rumah baru atau sub-sale. Untuk memilih rumah yang benar-benar memuaskan hati..tips dibawah ni mungkin dapat menolong:

1. Pastikan tujuan membeli..

Nak beli untuk apa.. sewa ke.. jual beli ke (capital appreciation).. Kalau untuk guna sendiri.. kita bincang lain hari.. sebab topik ni lebih kepada untuk buat duit..

2. Pastikan market value rumah berkenaan

Untuk ini, boleh call valuer or banker bahagian loan untuk memberi estimate harga. Dari pembacaan blog sifu-sifu baiklah kalau harga tu 20%-30% lebih rendah dari harga sebenar.  Kalau auction, 35% pun mungkin tercapai. Kalau harga dia lebih kurang je dengan harga market, baikla check kat mudah.my atau classified lain.. dan beli sub-sale saje..Contohnye ada satu kes Penara (kes ni femes dalam geng PMC).. bidding sampai RM117k.. tapi kalau check mudah.my masih boleh dapat RM68k..

3. Pastikan condition rumah berkenaan

Elok ke tak elok ke rumah tu.. ada apa-apa rosak ke.. selalu rumah auction ni xdpt nak masuk ke dalam.. selalu dapat tengok luar je.. Melainkanlah kalau tenant bagi masuk rumah.. Kalau tak dapat tengok pun.. boleh hantar orang.. PMC and SatuSolution ada service survey rumah..

Pastu tengokla surrounding dia mcmn.. ok ke tak.. senang sewa ke tak.. kalau selesa.. proceed..

Ada orang kata boleh call auctioneer/lawyer klu nak try tengok dalam.. tp aku tak pernah try.. Comment anybody?

4. Pastikan tunggakan

Kuang kuang.. ni benda penting ni.. jangan main2.. boleh sampai 8k tunggakan ni.. tu baru maintenance.. belum cukai tanah, cukai pintu, api, air, IWK lagi..walaupun maintenance dan cukai2 tu boleh claim.. tapi kalau nak cepat proses tukar nama etc.. Maintenance kena dahulukan guna duit kita dulu.. pastu baru claim.. berapa lama.. aku pun xtau lagi.. sebab belum pernah claim..

Kena ingat ada benda lain gak kena bayar – contoh sape yg downpayment 5% je macam aku.. hehe.. kena bayar outstanding downpayment.. lawyer fee.. auction n survey fee.. banyak juga.. so jangan pandang rendah itu maintenance kalau xde cash in hand..

5. Pastikan ada orang duduk ke tak..

Orang duduk ni ada 2 jenis.. tuan rumah.. dan penyewa.. Kalau tuan rumah.. mmhh banyak kena bersabar skitlah.. sebab tak tentu dia ada rumah lain lagi nak pergi.. so dia nak kena beli rumah baru la.. etc.. etc.. Contoh kes ni.. kes TuanBri.. jugak femes antara geng PMC..

Kalau penyewa lak.. buat macam sifoo Pie dan konco-konco buat.. jumpa tenant.. dan suruh dia sambung sewa kat kita..

Kalau kosong pulak macamana? Lagilah bagus.. Mintak PMC pecah rumah.. cantik-cantikkan rumah.. then boleh sewa dah.. kalau nak buat sendiri.. pun bolehh…

6. Pastikan sewa berapa..

Ni boleh la tanya.. jiran-jiran.. orang kedai pak gad.. kalau sewa tu +ve income.. n puas hati.. apa lagi.. proceed laaa…

[Tambahan: Pastikan ramai ke tak bakal penyewa kat area tu.. area tu dah over-supply dengan rumah sewa ke tak.. penyewa jenis apa boleh dapat kat area tu.. sebab ni semua mempengaruhi berapa senang nak sewa rumah.. terima kasih :) ].

Nilah dia serba sedikit tips.. dari pengalaman pertama bidding hari tu.. lagipun nak ingatkan diri.. apa yg perlu dilihat kalau nak bid lain hari.. Tips ni juga hasil dari pembacaan otai2 hartanah PMC ni..dan forum.. Kalau tak lengkap/misleading.. bgtaula.. saya budak baru belajar..

Cerita pasal forum.. ni ada satu topik yang menarik dibincangkan.. Homework wajib sebelum bidding..

Jadi apa tunggu lagi.. Selamat membina passive income anda!!

Cyberia update!!

January 14, 2009 · Posted in Cyberia, Hartanah · Comment 

Selasa lepas Bri n Pie tengokkan rumah Cyberia.. still xde orang.. masa mula-mula tengok dulu Bri ada ikat tali kat grill.. tali tu dah berpotong.. tapi masih.. notis yang dihantar kat situ.. belum dibaca lagi..

Loan.. banker tu kata dah approve -1.75. Tuah kata CIMB patut dapat -1.85.. Uncle jaws ada bagi satu link ni.. pun still tulis -1.85

Aku call banker aku , tanya apesal aku dapat rate mcm tu.. sedangkan dia kata dulu -2.2, tapi dia kata.. rate tu untuk hartanah RM500K ke atas.. huhu.. Then aku tanya apesal bukan -1.85, dia kata pasal rate yg dia quote tu untuk yg xde MRTA.. aiseh.. takde MRTA ke.. so aku mintak dia quote yg ada MRTA.. Minggu ni tak sempat update lagi.. bz giler.. minggu depan aku pi Bintulu.. so kena meeting.. baru je tadi sempat message banker ni.. tanya psl update n so on.. Lawyer aku call esok..

Anyway ni ada info dari Tuah.. thanks Tuah!! Untuk CIMB..

kalau cimb last week aku gi, FMC BLR – 1.85%.
kalau utk bawah rm100k plak, takde FMC.
conventional BLR-2.05%
islamic BFR-2.15%
nie rate utk rm100k ke atas kot.
kalau cimb last week aku gi, FMC BLR – 1.85%.
kalau utk bawah rm100k plak, takde FMC.
conventional BLR-2.05%
islamic BFR-2.15%

Selamat datang ke Cyberia..

Seraya Apartment, Kajang Utama untuk dijual!! -dan peluang jana pendapatan!!

January 5, 2009 · Posted in Hartanah, Seraya, Untuk dijual · 11 Comments 

Salam kawan-kawan, ayah aku sekarang tengah cari pembeli untuk apt dia – Seraya Apartment di Kajang Utama. Sekiranya berminat, boleh telefon aku, Wida 016-3412158. Sekiranya ada sesiapa berminat nak jadi ajen, tolong jualkan, boleh la telefon nombor yang sama juga. Komisen – discuss later.

Details:

Seraya Apartment, Kajang Utama

950 kaki persegi
Tingkat 4
3 bilik tidur,2 bilik air
1 stor
Dijaga rapi (Well-maintained)
Penjaga keselamatan (Security)
Menghadap taman kanak-kanak
Angin sepoi-sepoi bahasa
Yuran penyenggalaraan bulanan rendah (RM60)
Berdekatan komuter Kajang
Kawasan bersih dan terjaga

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Wida 016-3412158
Price:RM 92 000

Iklan ni ada dalam Mudah.com, tp kalau korang berminat jadi agent.. aku lagi prefer kalau melalui aku.. So, apa lagi.. ada berani?

TT Tahun Baru 2009!! Dan Cyberia!!

January 4, 2009 · Posted in Cyberia, Hartanah · 11 Comments 

Tahun baru 1430H dan tahun baru 2009.. apakah azam anda tahun ni?

Jumaat baru je geng2 PMC berkumpul untuk TT pertama tahun ni. Kali ni, dah 3 kali aku join aktiviti PMC – 2 TT and 1 paintball. Matt ada balik KL untuk uruskan kontenanya yang hilang tu.. tp semalam tak dapat borak-borak sangat dengan Matt.. biasalah.. kalau dah nama bunga.. mcm cinderella.. pukul 12 mesti balik rumah.. hehe.. Semalam ramai jugak yang datang.. Bunga ada 4 orang.. aku, El, Syada, kak Azian – wife Al_Husni.. yang laki-laki.. Al-Husni, Guru Besar Pie, Faris, Putra, Hanan, Matt, Lanz, Chambink, Diver, Khairul ada lagi 2.. 3 orang.. aduss.. tak ingat pulak sape.. sebab tak borak sama semalam.. tak ingat.. sori ye geng.. Topik semalam.. macam biasalah.. hartanah.. OD.. dan yang best.. jeng jeng.. dividen ASB.. mak aih.. sorang2 dividen tinggi.. Lagi satu.. Sifoo Putra ada cakap sket2 – intro to CPO.. mak aih tinggi pulangan dia.. ni satu bidang yang boleh explore ni.. tp Putra suruh buat homework dulu.. pasal technical analysis..

Cerita pasal Cyberia..1st January to pi sana.. tp still tak dapat jumpa penyewa lagi.. dah tinggalkan notis supaya dia kontek within one week.. due on 7th January.. 2 hari lagi.. Banker dah jumpa hari Jumaat.. mula-mula call dia kata -2.2 BLR, tapi bila jumpa, aiyakk.. he said he will try for it pulak.. pakej dengan current account.. lock-in period 5 tahun.. free moving cost.. Lawyer pun dah kontek.. Maintenance office belum contact lagi – nak tanya pasal access card dan parking..

Jom tengok sket keadaan di Cyberia..

Selamat Tahun Baru 2009!! Azam 2009!!

January 2, 2009 · Posted in Azam Tahun Baru, Emas, Hartanah, Motivasi · 11 Comments 

Panass.. panass.. tengok geng-geng PMC rata-rata dah tulis entri tentang azam baru masing-masing…

Tahun 2006.. 2007.. 2008.. wa memang ada azam sket2.. tp xpernah serius dengan azam wa.. lepas je grad..wa dah jadi macam orang lain.. tp tahun ni wa nak jadi macam diri wa sendiri balik.. membara dan bersemangat!! Syukur pada Allah temukan aku dengan geng2 PMC n sifoo Pie yang suka bakar semangat orang!!

Azam wa:

1. Nak kerja dengan lebih kuat.. nak naik job group dan capai KPI 1.2..

2. Nak target minimum passive income RM2000 per month.. Tahun ni xde apa2 lagi.. walaupun dah start..

3. Nak tambah lagi 4 rumah untuk sewa.. Wa target yang medium cost ke bawah je.. N nak settlekan Cyberia cepat-cepat so wa boleh collect sewa dah..then buat home Xtra untuk modal rumah lain..

4. Buat beli-jual balik rumah-rumah lelong untuk kumpul modal..

5. ASB.. target nak cukupkan 100K.. sket je berbanding geng PMC lain.. tp this is as starter.. dulu silap wa beli rumah bayar downpayment tak guna OD.. byk gak.. dekat 20k++.. tp xpe.. belajar dari kesilapan..chaiyo’ chaiyo’ 100K!!

6. Nak kurangkan berat badan..dan bersenam at least 3x seminggu.. ni dah start.. dah start kurang beratnya.. yeh yeh.. wa happy!! Ni sentimental sket.. sbb setiap kali usaha nak kurangkan berat badan.. mesti wa teringat Allahyarham Pak Andak wa…

7. Nak ajak sorg member aku yg saban hari bermasalah duit jumpa Sifoo.. mintak nasihat.. sian la.. aku pun xlarat nak tolong dia je.. attitude.. attitude.. Since kawan aku ni agak sensitif.. nak mintak nasihat korang.. apa cari terbaik nak ajak kawan ni ikut wa pi dengar nasihat??

8. Menjadi muslim yang beriman .. semua tuntutan yang 5 tu bagi cukup.. syahadah.. solat.. puasa.. zakat.. ooh haji belum lagi ye.. tp dah boleh start register dah.. kena tunggu 5 tahun kan.. sadaqah.. puasa sunat.. bekerja dan cari rezeki dengan halal dan ikhlas Lillahi Taala.. Tambah ilmu agama..

9. Melengkapkan sebahagian dari agama.. kalau ada rezeki.. Insyallah.. ngeh ngeh.. ;) .. Tahun lepas putus chenta.. tp tulah Allah kata.. Inna Ma’al Ngusri Yusro..

10. Buat research pasal emas.. dan usha-usha peluang dalam emas lagi..ni wa takde specific target.. tp bila harga rendah.. ada wang.. insyaAllah dpt dijalankan..

Ada la beberapa benda rasa nak buat jugak.. tp takut tercapai.. So wa target yang 10 ni dulu. Start with the fundamental, expand with knowledge and experience!! Chaiyo’ Chaiyo’.. Semoga berjaya.. InsyaAllah..