Perbezaan utama hartanah lelong vs sub-sale
Sebelum memasuki mana-mana lelong, ada bagusnya untuk mengetahui 3 perbezaan utama membeli rumah lelong vs subsale.
1. Tunggakan
Selalunya sebelum vacant posession, untuk sub-sale, lawyer (kita) akan pastikan semua tunggakan ni clear. Tapi untuk rumah lelong, tunggakan ni adalah perkara biasa. Maintenance, cukai tanah, cukai pintu, selalunya ni boleh claim. Tapi bil api, air, IWK.. bayar sendiri. Hari ni baru tau.. ada satu item lagi yang kita tak boleh pandang rendah.. interest late payment masa bank disburse ke developer masa owner lama dulu.. kalau xde mention dalam POS.. ada kemungkinan kita kena bayar sendiri.. ye.. SENDIRI!! Dalam satu case ni, lawyer aku cerita, ada satu owner niĀ interest sampai RM27k.. woww!! Boleh beli 4/5 bijik rumah dengan duit sebanyak tu!
2. Vacant posession
Vacant posession ni dalam lay-man term, lebih kurang maksudnya kena jual dalam keadaan rumah tu kosong la, takde orang duduk. Selalunya untuk sub-sale, dalam S&P ni ada clause vacant posession. Tapi kalau dalam POS, selalunya akan mention, jual dalam as-is basis.. dan tiada guarantee on vacant posession.. Jadi tak hairanla kalau anda beli rumah.. tengok2 ada orang duduk.. Jadi di situ pentingnya buat homework.. Survey rumah sebelum bidding..
3. Harga
Sebab utama orang masuk lelong adalah kerana harganya yang rendah. Tak hairanla kalau harga boleh capai RM50-RM60k lagi murah dari harga pasaran. Tetapi ada jugak hartanah lelong ni yang harga mula sama dengan harga pasaran. Jadi, tepuk dada.. tanya selera!!
Okeh.. jadi ini serba sedikit tips untuk hari ni. Komen aku, kalau ada 2 unit rumah.. satu sub-sale.. satu lelong.. harga lebih kurang.. baik ambik yang subsale je.. Tapi kalau beza harga banyak.. pastu lepas tolak all the tunggakan masih dapat untung/sewa kow-kow.. Apa salahnya kan
