Perbezaan utama hartanah lelong vs sub-sale

January 22, 2009 · Posted in Hartanah 

Sebelum memasuki mana-mana lelong, ada bagusnya untuk mengetahui 3 perbezaan utama membeli rumah lelong vs subsale.

1. Tunggakan

Selalunya sebelum vacant posession, untuk sub-sale, lawyer (kita) akan pastikan semua tunggakan ni clear. Tapi untuk rumah lelong, tunggakan ni adalah perkara biasa. Maintenance, cukai tanah, cukai pintu, selalunya ni boleh claim. Tapi bil api, air, IWK.. bayar sendiri. Hari ni baru tau.. ada satu item lagi yang kita tak boleh pandang rendah.. interest late payment masa bank disburse ke developer masa owner lama dulu.. kalau xde mention dalam POS.. ada kemungkinan kita kena bayar sendiri.. ye.. SENDIRI!! Dalam satu case ni, lawyer aku cerita, ada satu owner niĀ interest sampai RM27k.. woww!! Boleh beli 4/5 bijik rumah dengan duit sebanyak tu!

2. Vacant posession

Vacant posession ni dalam lay-man term, lebih kurang maksudnya kena jual dalam keadaan rumah tu kosong la, takde orang duduk. Selalunya untuk sub-sale, dalam S&P ni ada clause vacant posession. Tapi kalau dalam POS, selalunya akan mention, jual dalam as-is basis.. dan tiada guarantee on vacant posession.. Jadi tak hairanla kalau anda beli rumah.. tengok2 ada orang duduk.. Jadi di situ pentingnya buat homework.. Survey rumah sebelum bidding..

3. Harga

Sebab utama orang masuk lelong adalah kerana harganya yang rendah. Tak hairanla kalau harga boleh capai RM50-RM60k lagi murah dari harga pasaran. Tetapi ada jugak hartanah lelong ni yang harga mula sama dengan harga pasaran. Jadi, tepuk dada.. tanya selera!!

Okeh.. jadi ini serba sedikit tips untuk hari ni. Komen aku, kalau ada 2 unit rumah.. satu sub-sale.. satu lelong.. harga lebih kurang.. baik ambik yang subsale je.. Tapi kalau beza harga banyak.. pastu lepas tolak all the tunggakan masih dapat untung/sewa kow-kow.. Apa salahnya kan ;)

Comments

12 Responses to “Perbezaan utama hartanah lelong vs sub-sale”

  1. zulrashid on January 25th, 2009 6:55 pm

    Terima kasih bagi tips yang amat berguna tu…

  2. nurulwahida on January 28th, 2009 3:20 pm

    Terima kasih juga Zulrashid :)

  3. kazam on January 29th, 2009 3:19 pm

    Hi Nuulwahida,

    sub-sale tu macammana?

    Pelaburan emas skrg bagaimana…adakah memberangsangkan?
    Nak bjar tentang emas dgn Nurul bleh..

  4. nurulwahida on February 4th, 2009 12:16 am

    Kazam.. sekarang ni harga emas tinggi.. baik tunggu harga emas jatuh dulu.. sila rajin-rajinkan diri rujuk link bnm seperti di bawah…
    http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

    Sub-sale tu bermakna pembelian terus dari owner terdahulu.. kalau kereta kita panggil “second-hand”.. kalau rumah.. kita panggil “sub-sale”..

  5. Matt on February 5th, 2009 9:12 pm

    Wida…nak cerita pasal emas lagie…dah lama tunggu nie..bz ke..:)

  6. MET on February 11th, 2009 5:41 pm

    bijak2…hu.

    em.kalau lelongan emas plak biasa di mana ye?

  7. nurulwahida on February 11th, 2009 5:50 pm

    Matt.. yelah.. sekarang ni memang bz.. tak sempat nak post tajuk baru.. tunggu yee…

  8. nurulwahida on February 11th, 2009 5:51 pm

    MET, boleh cari dekat Ar-Rahnu.. selalunya sekali setahun je.. year end.. Bank Rakyat pun ada buat.. cuma kena alert masa bank announce kat branch..

  9. fara on March 18th, 2009 10:01 am

    Salam wida, ape cerite cyberia? Dpt kawtim dgn ex-owner tak?

  10. goldman on January 18th, 2010 4:16 pm

    Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Terima kasih.

  11. Wida on January 19th, 2010 8:19 am

    Aduh..apesal semua buat iklan kat sini

Leave a Reply