Cari modal dengan hartanah

April 28, 2009 · Posted in Hartanah · 12 Comments 

2 hari lepas aku borak2 dengan ofismate aku.. Memang suka la tengok cara dia kerja.. cekap.. efisyen.. pernah jadi manager waktu umur muda2 lagi.. tp dia tak minat nak sambung kot.. so dia cari kerja yang non-managerial.. Kawan ni pun minat hartanah.. tah berapa rumah yang pernah dia ada.. dia cerita dulu dia beli studio kat Hartamas.. beli 150k.. bila siap.. jual 240k.. wow wow.. banyak kan.. itu baru satu.. kalau rumah dia lebih dari tu.. kira sendirilah.. Anyway pada siapa yang tak percaya lagi.. betulla kata orang.. hartanah ni pelaburan yang berbaloi..boleh sampai 100%++.. wow wow.. tak payah nak masuk skim2 yang mencurigakan ni.. tp jangan la tamak haloba putih mata.. macam cerita Pak Tam aku pernah cerita dulu..

Kawan ni pun cerita la dia dah bayar tax adalah suku juta.. Kalau senang kira kan.. katakan taxable income 1/3 n non-taxable income 2/3.. jadi cash/gaji bersih dia dah dapat adalah 500k.. belum lagi kira hartanah.. ASB ASN ASW.. cerita pasal ASN ni.. dia kata eloklah beli ASN masa zaman-zaman gawat macam ni.. masa murah.. nanti bila ekonomi naik.. harga dia pun naik banyak.. macam main saham pulak.. pastu better masuk December.. sebab tak macam ASB.. dia tak pro-rate.. tulah apa yang dia cerita.. aku pun baru tau kebaikan ASN ni.. dulu x minat pun.. sebab biasa dengan ASB je kan..

Ok.. habis dah introduction.. Jom kita bincangkan macamana korang cari modal dengan hartanah.. kiranya dari hartanah yang korang ada.. kembangkan.. untuk tambah hartanah lain..

Apa yang aku dapat fikirkan..
1. Beli rumah tengah dibina, bila dah siap.. jual
2. Beli rumah auction/sub-sale gile2 rendah dari MV.. jual
3. Refinance rumah sekarang atau beli rumah rendah2 dari MV then refinance
4. Jadi agen.. jangan main2.. kalau dapat jual rumah 300k.. 2% dah berapa..
5. Sewa.. tapi slow sikitla macam ni kalau nak kumpul modal..

Mari bincangkan..

Anda beli rumah lelong.. dan sudah ada penyewa

April 9, 2009 · Posted in Case Study, Cyberia, Hartanah · 17 Comments 

Anda baru saja menang lelong.. jauuuhh sangat dari MV.. untung.. anda memang untung.. bijak.. anda memang bijak..

Tapi sekali bila anda pergi balik ke rumah yang anda telah menangi.. jeng jeng.. ada penyewa.. dulu masa survey takde.. sekarang.. ada.. jadi.. apakah yang akan anda lakukan? Jeng jeng..

Sekiranya anda sudah biasa membaca blog Pie, atau Faris, atau sifu-sifu lain seperti link di sebelah kanan blog saya ini, anda akan dapati deorang selalunya jumpa penyewa – discuss elok-elok.. kalau penyewa setuju dengan rate/syarat-syarat lain.. bolehlah sambung.. kalau deorang tak setuju.. secara berbudi.. bagilah notis sebulan.. etc.. ikut budi bicara anda sebagai tuan rumah..

Tapi sekali tiba-tiba datang bekas tuan rumah, meminta sewa dari penyewa atau anda. Dan dia kata anda tiada hak untuk masuk rumah tu selagi urusan pindah nama belum selesai. Di manakah hak anda?

Secara legal, anda memang masih tiada hak.. tetapi perkara yang sama terhadap owner lama. Ketika itu, rumah itu adalah hak milik bank. Cuma anda sebagai owner baru, sudah sebelah kaki dalam pemilikan rumah itu, tetapi owner lama, telah terbatal terus haknya ke atas rumah itu. Tenancy agreement antara owner lama dan penyewa juga secara otomatik terbatal. Ini bermakna owner lama tiada lagi hak ke atas sewa. Untuk mengelakkan berlakunya perselisihan, mungkin kita boleh deal half-half sewa dengan owner lama. Terpulang pada anda. Tetapi, sekiranya berlaku sesuatu, dan tak dapat buat secara negotiation, apa yang boleh kita buat ialah kontek lawyer. Lawyer akan advise untuk buat tenancy agreement sementara, dan dia akan jadi pemegang amanah, sementara proses tukarmilik. Jadi apa-apa yang owner lama tak berpuas hati, bolehlah deal sama lawyer. Kalau pun anda salah, at least anda telah dinasihat oleh lawyer dan buat cara teratur.

Bagaimana pula kalau owner sendiri yang duduk? Woww.. berpeluh juga nak menjawab ni. Saya rasa lebih baik tanya sifu-sifu yang berpengalaman kerana saya tak ada pengalaman begini.

Secara kesimpulannya, setelah dapat rumah, ceritakan segala hal rumah anda A to Z kepada lawyer anda. Carilah lawyer yang baik dan gunakan khidmat professional mereka sepenuhnya. Sekian.