Anda beli rumah lelong.. dan sudah ada penyewa

April 9, 2009 · Posted in Case Study, Cyberia, Hartanah · 17 Comments 

Anda baru saja menang lelong.. jauuuhh sangat dari MV.. untung.. anda memang untung.. bijak.. anda memang bijak..

Tapi sekali bila anda pergi balik ke rumah yang anda telah menangi.. jeng jeng.. ada penyewa.. dulu masa survey takde.. sekarang.. ada.. jadi.. apakah yang akan anda lakukan? Jeng jeng..

Sekiranya anda sudah biasa membaca blog Pie, atau Faris, atau sifu-sifu lain seperti link di sebelah kanan blog saya ini, anda akan dapati deorang selalunya jumpa penyewa – discuss elok-elok.. kalau penyewa setuju dengan rate/syarat-syarat lain.. bolehlah sambung.. kalau deorang tak setuju.. secara berbudi.. bagilah notis sebulan.. etc.. ikut budi bicara anda sebagai tuan rumah..

Tapi sekali tiba-tiba datang bekas tuan rumah, meminta sewa dari penyewa atau anda. Dan dia kata anda tiada hak untuk masuk rumah tu selagi urusan pindah nama belum selesai. Di manakah hak anda?

Secara legal, anda memang masih tiada hak.. tetapi perkara yang sama terhadap owner lama. Ketika itu, rumah itu adalah hak milik bank. Cuma anda sebagai owner baru, sudah sebelah kaki dalam pemilikan rumah itu, tetapi owner lama, telah terbatal terus haknya ke atas rumah itu. Tenancy agreement antara owner lama dan penyewa juga secara otomatik terbatal. Ini bermakna owner lama tiada lagi hak ke atas sewa. Untuk mengelakkan berlakunya perselisihan, mungkin kita boleh deal half-half sewa dengan owner lama. Terpulang pada anda. Tetapi, sekiranya berlaku sesuatu, dan tak dapat buat secara negotiation, apa yang boleh kita buat ialah kontek lawyer. Lawyer akan advise untuk buat tenancy agreement sementara, dan dia akan jadi pemegang amanah, sementara proses tukarmilik. Jadi apa-apa yang owner lama tak berpuas hati, bolehlah deal sama lawyer. Kalau pun anda salah, at least anda telah dinasihat oleh lawyer dan buat cara teratur.

Bagaimana pula kalau owner sendiri yang duduk? Woww.. berpeluh juga nak menjawab ni. Saya rasa lebih baik tanya sifu-sifu yang berpengalaman kerana saya tak ada pengalaman begini.

Secara kesimpulannya, setelah dapat rumah, ceritakan segala hal rumah anda A to Z kepada lawyer anda. Carilah lawyer yang baik dan gunakan khidmat professional mereka sepenuhnya. Sekian.