Anda beli rumah lelong.. dan sudah ada penyewa
Anda baru saja menang lelong.. jauuuhh sangat dari MV.. untung.. anda memang untung.. bijak.. anda memang bijak..
Tapi sekali bila anda pergi balik ke rumah yang anda telah menangi.. jeng jeng.. ada penyewa.. dulu masa survey takde.. sekarang.. ada.. jadi.. apakah yang akan anda lakukan? Jeng jeng..
Sekiranya anda sudah biasa membaca blog Pie, atau Faris, atau sifu-sifu lain seperti link di sebelah kanan blog saya ini, anda akan dapati deorang selalunya jumpa penyewa – discuss elok-elok.. kalau penyewa setuju dengan rate/syarat-syarat lain.. bolehlah sambung.. kalau deorang tak setuju.. secara berbudi.. bagilah notis sebulan.. etc.. ikut budi bicara anda sebagai tuan rumah..
Tapi sekali tiba-tiba datang bekas tuan rumah, meminta sewa dari penyewa atau anda. Dan dia kata anda tiada hak untuk masuk rumah tu selagi urusan pindah nama belum selesai. Di manakah hak anda?
Secara legal, anda memang masih tiada hak.. tetapi perkara yang sama terhadap owner lama. Ketika itu, rumah itu adalah hak milik bank. Cuma anda sebagai owner baru, sudah sebelah kaki dalam pemilikan rumah itu, tetapi owner lama, telah terbatal terus haknya ke atas rumah itu. Tenancy agreement antara owner lama dan penyewa juga secara otomatik terbatal. Ini bermakna owner lama tiada lagi hak ke atas sewa. Untuk mengelakkan berlakunya perselisihan, mungkin kita boleh deal half-half sewa dengan owner lama. Terpulang pada anda. Tetapi, sekiranya berlaku sesuatu, dan tak dapat buat secara negotiation, apa yang boleh kita buat ialah kontek lawyer. Lawyer akan advise untuk buat tenancy agreement sementara, dan dia akan jadi pemegang amanah, sementara proses tukarmilik. Jadi apa-apa yang owner lama tak berpuas hati, bolehlah deal sama lawyer. Kalau pun anda salah, at least anda telah dinasihat oleh lawyer dan buat cara teratur.
Bagaimana pula kalau owner sendiri yang duduk? Woww.. berpeluh juga nak menjawab ni. Saya rasa lebih baik tanya sifu-sifu yang berpengalaman kerana saya tak ada pengalaman begini.
Secara kesimpulannya, setelah dapat rumah, ceritakan segala hal rumah anda A to Z kepada lawyer anda. Carilah lawyer yang baik dan gunakan khidmat professional mereka sepenuhnya. Sekian.
Comments
17 Responses to “Anda beli rumah lelong.. dan sudah ada penyewa”
Leave a Reply

beli umah lelong nie byk kebaikan dan keburukannya…
saya tidak mahu menyentuh ttg kebaikan sj…ttg keburukan yg penah saya lalui sbg pembeli umah lelong adalah :-
1)kos2 pembaikan umah…kalau yg nie tak riki..jgn terkejut dengan keadaan umah anda…sy penah beli umah yg penuh dengan batu bata…sehingga kini ada lagik…hehehehe
2) kos2 outstanding bill…jgn terperanjat..jika bil tunggakan mencecah 5 angka…jenuh tu beb…
3) kalau ada tenant..elok berdiscusi..pengalaman sy..bile p usha umah..tenant yg dah tau umah telah dilelong..tgh bersiap sedia tuk kuaq umah…lega sy dapat cam2…
4) kalau owner ada…sy tiada lagi pengalaman nak halau..molek berdiscusi bebaik…cuba selak2 kt blog pie..faris…ada bab nie
note : dalam byk2 cabaran nie…yg paling mencabar skali adalah sifu syada…beli umah dapat bangla…hehehehehe…syada..komen skett…ahaksss
Ermmm..Beli umah lelong dan ada penyewa..untung berganda kalau tenant tu nk smbng terus sewa n owner lme aware dan x kacau lagi itew umah..Kes yg cmni best kalau ada..Xyah pening2 cr penyewa dah..
Kalau kes sebaliknya terjadi..jgn risau Mr Negotiator..Faridz sedia mmbntu..Mulut mau manis,hati mau baik..Insyaalah masalah dpt diatasi.
hehehe… betul tu kawan2… mcm2 ragam… kalau tak tahan lantik je mr negotiator… apa yg susah sgt…
Alhamdulillah setakat ni kes aku xde lagi yg pelik2… doa minta Allah permudahkan urusan kita semua… Amin…
Haih.. penat beb jadi negotiator ni.. hahah
Salam.
payah gak dapat owner cam tuh… tapi kawan aku pun ada pengalaman kena lelong rumah dia… dia sakit hati sebab memang dah berbulan tak dapat bayar… tapi dalam perbincangan nak keluar KWSP… officer bank tu tak layan.. terus lelong… member aku ni hangin… habis rumah tu dikerjakan… segala tiles dikopek.. pintu dicabut… tingkat dipecah… pagar diruntuh.. (aku pun ambik kesempatan sekali..)) hehehehe.. pendek kata, termenung gak laa siapa yang berjaya dapat lelong tuh… kah kah kah… cuma dapat dinding jek… padan muka!!!..
nasib baik rumah lelong yang aku dapat perfect!!
sorry wida.. aku lupa lak nak masuk nama…
apa-apa hal kena tanya otai nie..
Yes, apa-apa hal baik kita bertanya pada yang lebih pakar..
Ooh abang roslan la yang rosak-rosakkan rumah ye.. sepertioslanmerosakkan rumah.. hehehe ;p
hehehe.. tp masyuk.. oklah tu.. membantu kami insan-insan yang memerlukan..
kalau kita rosakkan umah kita yg kena lelong, bukan ke kerja sia-sia?
apa yg kita dapat ? kepuasan? Sakit hati hilang?
Kadang2x manusia bertindak tanpa menggunakan akal. Biarlah org lain dapat merasa benda yg pasti kita
tidak akan dapat merasa lagi.
Memang kita rugi, but be a man. Life goes on. Tiles kopak, kita still kena build up balik.
Wallahualam. Renung-renungkan lah
emmm…aku dah baca blog ni b4 masuk bid rumah…alih arini dapat rumah yg dah ada penyewa….tahu dah b4…dah survey…tapi sib baik ada sifu2 yg boleh tunjuk ajar…aku dah contact penyewa..tp dia mcm kompius….dia kata bkn rumah tu yg kena lelong tp bila tgk POS….mmg alamat tu…emm..anyway aku nego utk dia byr sewa kat aku nx month …tp dia mcm bingung……tapi…tgk keadaan dulu….dia pon baru sewa bln 12….skrg bln 4….emmm…std deposit 2+1…aku rasa suruh dia duduk free 1 bln…pastu chow la…masa tu bank aku pon dah disbuss kat pelelong kot….risau jgk seposen…
niat aku nak baiki rumah… tapi udahnya seperti tikus membaiki labu!! wakakaka
aku nak komen cikit pada nama (roslan)
Adakah kawan en Roslan puas hati dengan tindakan merosakkan rumah yg akan dilelong….sampai biler hati itu puas…selama-lamanya ker..disini aku melihat kawan en roslan yang telah ingkar dlm membuat bayaran bulanan seperti dalam perjanjian jual beli..adakah pihak bank yang bersalah kerena melelong rumah itu padahal kawan en roslan yang mungkir perjanjian….
…aku takut yang akan padan muka nanti adalah kawan encik roslan..mungkin tidak didunia tp bagaimana di akhirat kelab….fikir2 kan
hanya sekadar pandangan peribadi
Betul tindakan bank kalau dah lebih 7 bulan tak berbayar… dah le member aku tuh bisnes dia lingkup… memang ada masalah nak bayar.. ok.. kita tengok dari sudut lain.. bila kita berniaga.. ada pasang surut.. bila ianya berlaku, dia terpaksa gunakan duit yang ada kepada keperluan lain yang lebih penting… bila loan dah tertunggak 4 bulan, memang dia cadang nak keluarkan epf untuk kurangkan baki hutang (laki bini punyai simpanan epf yang banyak, rumah 2 penama).. MALANGNYEE… pegawai bank terbabit dengan SENGAJA melengahkan proses dukementasi yang perlu disertakan untuk proses pengeluaran EPF… PEGAWAI terbabit dengan sengaja tidak mahu menurut kehendak kawan saya dengan mengatakan kawan aku perlu melunaskan tungakan nya dahulu (bukankah pengeluaran epf tu untuk tujuan tuh???!!!) Sikap tidak berhati perut pegawai tersebut (sebuah bank asing) akhirnya membawa kepada rumah tersebut dilelong… kawan aku masih menduduki rumah tersebut… tidak mempunyai wang untuk menyewa rumah lain… itu lah rumah dia, tempat tinggal dia… dengan bisnesnya yang hancur… hutang Ah Long keliling pinggang… dia amat sakit hati dengan tindakan pegawai bank tersebut… sepatutnya jalan keluar masalah tunggakan tersebut adalah dengan PENGELUARAN EPF!!!!
Kawan aku terpaksa keluar dengan terpaksa… surat lawyer mengarahkan beliau keluar dalam tempoh seminggu… aku terpaksa tolong kawan aku pindah ke rumah yang lebih kecil dan terpaksa tolong bayar deposit rumah tersebut…
tindakan beliau merosakkan rumah tersebut, tanda protes ketidak adilan tindakan bank terhadap beliau… yang hanya pentingkan duit tanpa peduli perasaan orang yang menghuninya… malah sanggup menutup sebelah mata bila orang yang teranaya itu adalah bukan dari KAUMnya…
Jangan cakap berkenaan tolak ansur… saya dan kawan saya adalah bekas pekerja syarikat kewangan yang ternama… KAMI SANGGUP MENJAWAB DENGAN BOSS, ORANG ATASAN DAN AUDITOR DEMI Keperihatinan kami terhadap pelanggan kami!! Mereka Manusia biasa… Bank hanya pentingkan duit dan interest!! tapi ingatlah bila kita sendiri dalam situasi seperti MEREKA….
Salam.. okes kita dah dengar cerita dari dua2 belah pihak.. di harap semua dapat bertenang demi kemaslahatan bersama.. terima kasih..
kenapa cakap pasal kaum plak?marah la pada individu yang berkaitan bukan pada kaum.merosakkan keharmonian tul.