Cari modal dengan hartanah

April 28, 2009 · Posted in Hartanah 

2 hari lepas aku borak2 dengan ofismate aku.. Memang suka la tengok cara dia kerja.. cekap.. efisyen.. pernah jadi manager waktu umur muda2 lagi.. tp dia tak minat nak sambung kot.. so dia cari kerja yang non-managerial.. Kawan ni pun minat hartanah.. tah berapa rumah yang pernah dia ada.. dia cerita dulu dia beli studio kat Hartamas.. beli 150k.. bila siap.. jual 240k.. wow wow.. banyak kan.. itu baru satu.. kalau rumah dia lebih dari tu.. kira sendirilah.. Anyway pada siapa yang tak percaya lagi.. betulla kata orang.. hartanah ni pelaburan yang berbaloi..boleh sampai 100%++.. wow wow.. tak payah nak masuk skim2 yang mencurigakan ni.. tp jangan la tamak haloba putih mata.. macam cerita Pak Tam aku pernah cerita dulu..

Kawan ni pun cerita la dia dah bayar tax adalah suku juta.. Kalau senang kira kan.. katakan taxable income 1/3 n non-taxable income 2/3.. jadi cash/gaji bersih dia dah dapat adalah 500k.. belum lagi kira hartanah.. ASB ASN ASW.. cerita pasal ASN ni.. dia kata eloklah beli ASN masa zaman-zaman gawat macam ni.. masa murah.. nanti bila ekonomi naik.. harga dia pun naik banyak.. macam main saham pulak.. pastu better masuk December.. sebab tak macam ASB.. dia tak pro-rate.. tulah apa yang dia cerita.. aku pun baru tau kebaikan ASN ni.. dulu x minat pun.. sebab biasa dengan ASB je kan..

Ok.. habis dah introduction.. Jom kita bincangkan macamana korang cari modal dengan hartanah.. kiranya dari hartanah yang korang ada.. kembangkan.. untuk tambah hartanah lain..

Apa yang aku dapat fikirkan..
1. Beli rumah tengah dibina, bila dah siap.. jual
2. Beli rumah auction/sub-sale gile2 rendah dari MV.. jual
3. Refinance rumah sekarang atau beli rumah rendah2 dari MV then refinance
4. Jadi agen.. jangan main2.. kalau dapat jual rumah 300k.. 2% dah berapa..
5. Sewa.. tapi slow sikitla macam ni kalau nak kumpul modal..

Mari bincangkan..

Comments

12 Responses to “Cari modal dengan hartanah”

  1. sourplum on April 29th, 2009 1:25 am

    ouh. ASN ek
    ni idea baru.
    kena study ni

  2. ikhwankia on May 3rd, 2009 11:15 am

    Betul tu wida. Semua tu boleh menjana pendapatan/kekayaan.Tapi awas kerana property gain tax aktiviti2 tu tinggi. Kalu beli tanah…then convert & jual lot lagi manyak untong lo. Tax pun tak kena. Boleh masuk business plan cari&convert tanah tak???..aku fikir business ini lebih halal dari ASB & ASN…amacam..

  3. Syahman on May 3rd, 2009 7:32 pm

    Salam en bro..saya orang baru dalam blog anda. Best!

  4. nurulwahida on May 3rd, 2009 11:37 pm

    Sourplum, saya pun baru tau.

    Ikhwankia, buat pengetahuan saudara, RPGT tu dah dimansuhkan. Alhamdulillah, adalah advantage untuk pelabur2 macam kita ni. Pendapat Ikhwankia pasal convert tanah tu betul – ramai yang dah berjaya buat pecah tanah ke lot banglo, tapi setakat ni saya xde plan lagi buat macam tu. Saya rasa mesti Ikhwankia berminat nak lawat blogJuruukur… dia banyak cerita pasal lot-lot tanah ni.

    Syahman.. terima kasih sebab sudi melawat blog ni ;)

  5. Syahman on May 5th, 2009 12:09 am

    Ops..sori bukan en bro, cik sis..

    salam kenal pada anda dan rakan2 blog anda. Saya sebenarnya agak baru dalam bidang hartanah. Berminat nak mendalami bidang ini.. :-) Blog yang membina saya.

  6. tree_c00l on May 5th, 2009 3:05 pm

    wida,

    cukai tu mmg dah x wujud ke? cukai2 lain yg berkaitan dgn untung hasil jual tanah ade x?

  7. nurulwahida on May 6th, 2009 9:38 am

    Yup, Fahim.. RPGT dah mansuh dah.. tu best sket buat jual beli rumah zaman sekarang ni.. RPGT ni % dia tinggi..

    Cukai lain.. yang aku tahu tunggakan cukai tanah + pintu, kalau ada.. yang lain-lain tak tahu.. kalau siapa2 ada idea.. boleh la share di sini..

  8. sourplum on May 6th, 2009 9:58 am

    RPGT tu ape ek

  9. nurulwahida on May 6th, 2009 1:07 pm

    sourplum.. RPGT tu Real Property Gain Tax.. dikenakan oleh LHDN kalau kita jual rumah sebelum tempoh tertentu dari tarikh kita beli.. RPGT ni utk mengelakkan spekulasi dalam bidang hartanah.. tp pada tahun 2007.. tax ni dah dikecualikan.. dalam buku azizi ali ada terangkan dengan lebih lanjut.. pasal pengecualian tu boleh baca kat sini..

    http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/4/14/business/17427395&sec=business

  10. wan on May 13th, 2009 8:26 pm

    salam.
    pasal beli umh baru then jual:
    mse beli kn kne wat loan.interest je da bape.untung ke if jual balik?
    cter sket kak.leh kongsi idea

  11. zull on May 23rd, 2009 5:19 pm

    apa kata kalau group pmc jv beli tanah dan pecah lot…boleh gak join…tapi ambik masa lama kan nak pecah lot…biasa berapa lama eh???

  12. rohaniah noor on May 24th, 2009 9:11 pm

    nak pecah lot, untung lagi dasat tp lagi banyak pakai duit la..
    kena mohon dan bayar utk apply tukar condition of land dr agriculture (biasanya la) ke building
    kena bayar caj utk ukur tanah (land survey)
    bayar premium kat pejabat tanah utk pecah kecil lot (subdivision)
    dan of course fee utk transfer hakmilik lot ke pembeli.
    betulkan saya kalau saya silap sbb saya pun belum pernah jd developer atau kerja dgn developer.
    ini apa yg saya blaja sem lepas.
    tp mahal apa pun modalnya, takde apa yg mustahil kan

Leave a Reply