Vista Lavender, Kinrara, Puchong untuk disewa

May 31, 2009 · Posted in Hartanah, Vista Lavender · 15 Comments 

Hi semua,

Kami mempunyai satu unit Vista Lavender, Kinrara, Seksyen 3, Puchong untuk disewa.

Pangsapuri untuk disewa,unit tepi,tingkat atas sekali
3 bilik tidur, 2 bilik air
852 sq. ft.
Pemandangan cantik dengan balkoni
Setiap bilik dilengkapi kipas siling
Peti ais 2 pintu, sofa 2 seater, meja kopi

Kemudahan:
Sekuriti 24 jam dengan kad akses
Surau,Lif, Gelanggang Badminton ,Taman Permainan
Wet & Dry laundry,Dewan Serbaguna

Easy access to Kesas highway and LDP.

Berdekatan kemudahan awam – bank, kedai, stesyen minyak, sekolah, stesyen bas, restoren 24 jam

10 minit ke LRT Station, Bukit Jalil
15 minit ke Mid Valley, Tesco, Sunway Pyramid
20 minit ke KL Sentral

Pengangkutan awam:-
Bas Rapid KL dan Metro ke KL Sentral dan Kotaraya.

Sewa RM700 (nego) RM550 sahaja!! *Update 22/7/2009
Deposit 2 + 1 + Utiliti (300)
Kemasukan Jun 2009
Sila hubungi Wida (016-3412158) atau Peruzz (012-9863732)

Terima kasih.

Map: http://wikimapia.org/#lat=3.0622246&lon=101.6403794&z=16&l=0&m=b&tag=949

Tiara Beach Resort!!

May 29, 2009 · Posted in Hartanah, TBR · 11 Comments 

Alhamdulillah.. dengan limpah kurniaNya.. bertambah rezeki.. Semalam.. dalam pukul 11 tghr lebih kurang.. Bri call aku.. buat nada sedih.. aku dah expect.. tak dapat.. sekali Bri kata.. “Dengan dukacitanya.. ko dapat TBR pada 78k”.. hahaha.. Cheitt.. apa la Bri ni.. terkena aku..  hehehe.. Aku target tak dapat.. pasal ada berita akan ada orang lain bajet hangit masuk.. bagi aku.. kalau tak dapat.. takpelah..tapi alhamdulillah dapat.. aku dengar banyak geng masuk.. tapi aku tau tau siapa..

Jadi rancangannya, mau bagi PMC jaga.. Yang bestnya.. mak aku beli satu unit kat sana dari Tuan Besar Pie juga.. so ada 2 unit.. Mak aku dah tengok.. dia pun happy.. ada pool besar.. gilelah.. sape nak buat terjun tiruk.. berenang rama-rama.. kupu-kupu.. hatta berenang singa laut pun ada ruang.. Cuti sekolah nak dekat dah ni.. jadi jangan malu-malu.. boleh book direct pada Sifu Tuah 013 – 3931828..yeah yeah mari mari siapa cepat dia dapat..siapa lambat dia tak dapat.. Hehe..

Untuk info lanjut.. boleh pergi website ni.. http://pmcresort.blogspot.com/2008/12/tiara-beach-resort.html

Mari mari mari..

Mari mari mari bercuti di PD.. bercuti di Melaka.. macam-macam ada.. sila pergi ke link PMC di atas..

Malam ni ada TT anjuran Sifu Besar Pie.. kat Ramal Junction, Kajang.. kul 9 ke atas.. bestnya.. lama dah takde TT pasal Sifu Besar kena kuarantin.. insyaAllah kalau takde aral melintang..  aku akan pergi dengan Cik Puding.. jumpa anda di sana.. sana.. sana..!!

Langkah-langkah menjual rumah

May 27, 2009 · Posted in Hartanah · 10 Comments 

OK.. minggu lepas kita dah cerita pasal perkara-perkara penting semasa jual rumah. Sekarang mari kita bincangkan pasal langkah-langkah untuk menjual rumah. Nak diingatkan.. saya pun baru dalam hal ni.. cuma saya rumuskan beberapa nota dengan sedikit pengalaman yang saya ada. Kalau nak tau lebih lanjut.. baik tanya lawyer anda.. Anyway, mari teruskan…

Apa dia langkah-langkah menjual rumah?

1. IKLAN: Apa-apa hal pun.. kenalah kita iklankan rumah kita dulu. Internet.. suratkhabar.. majalah.. iklan 7e.. brochure.. lagi best kalau dapat letak iklan kat forum persatuan penduduk.. Boleh juga guna agent.. tp untuk jual rumah.. saya tak berapa gemar guna agent.. Juga boleh kat papan tanda.. macam yang kita nampak dekat bawah traffic light sekarang ni.. boleh jugak buat petunjuk arah kalau nak buat gempak sikit.. Terpulang la apa cara yang anda mahu.. Idea untuk antara benda yang anda boleh tulis - kalau betul tak nak agent.. boleh letak.. “No Agent Please”. Dan saya suka dengan frasa “Serious/Genuine Buyer Only”.. pasal masa saya tak letak frasa tu.. ramai orang telefon.. tapi takde siapa confirm.. test market je.. bila saya letak frasa tu.. kurang orang telefon.. tapi selalu yang telefon ni.. memang betul-betul.. Kawan saya lagi best.. dia jenis serius sikit.. jadi letak macam-macam rules kat situ.. tak boleh call waktu ofis la.. downpayment minima berapa la.. siap letak google map lagi jadi orang tak tanya kat mana rumah dia nak jual tu..

2. SURVEY & SETUJU: Lepas caller kata ok.. caller aka pembeli akan survey rumah.. kalau dia setuju.. dengan harga berapa2.. kata 100k ke.. boleh letak deposit.. selalunya letak 2% dari harga jualan.. tapi kalau korang baik hati.. mau letak 1k ke 2k ke.. terpulang lah.. yang penting… jangan bila buyer back-out.. anda pulak yang rugi kena tanggung legal fee.. dan pastikan nilainya cukup tinggi jadi buyer tak main-main untuk beli.. tapi taklah pulak tinggi sangat sampai xde buyer sanggup kan.. agak-agaklah.. Masa ni kalau setuju.. boleh la bagi dokumen-dokumen yang perlu untuk kedua-dua belah pihak.. Antara dokumen:

  • dari pembeli: letter of intent to buy, ic pembeli
  • dari penjual: snp lama, copy geran, ic penjual, letter of intent to sell dan resit kalau buyer ada bayar deposit. Dokumen loan penjual tak perlu bagi buyer.. tapi perlu bagi lawyer penjual..

Sebagai tambahan, dalam legal term.. pembeli tu dipanggil PURCHASER dan penjual tu VENDOR..

3. DOWNPAYMENT: Lepas tu buyer & seller akan forward dokumen masing-masing pada lawyer masing-masing. Sesetengah buyer akan insist seller guna lawyer diorang.. tp kalau saya.. prefer utk ada lawyer sendiri.. Kalau mau cepat bolehla share lawyer.. tapi kalau mau selamat.. mau hak anda terjamin.. boleh ada lawyer masing-masing.. dalam 14 hari.. lawyer buyer akan sediakan s&p.. then forwarded to lawyer seller.. lawyer review.. kalau masing-masing ok.. bolehla sign snp.. Masa S&P ni.. buyer akan bayar baki downpayment 10% pada seller.. contoh.. kalau buyer dah bayar deposit 2%.. masa S&P ni bayar lagi 8%…

4. CONSENT: Steps lepas ni banyak kerja lawyer je. Consent ni maksud kebenaran dari pihak berwajib.. macam PBT ke.. contohnya untuk rumah leasehold.. malay reserve.. master title..

5. SETTLEMENT PERIOD: Ni maksudnya segala-gala hal yang pembeli dan bank pembeli harus settlekan dengan penjual dan bank penjual. Kalau takde consent.. lepas je bayar SNP.. settlement period bermula.. kalau ada.. lepas tarikh consent diperolehi.. Settlement period ni within 90 days. Kalau lebih dari period ni.. buyer kena bayar interest.. Masa ni buyer kena cari loan.. Bank buyer akan mintak redemption statement dari bank seller melalui S&P lawyer penjual. Bila redemption statement keluar dari bank seller.. bank buyer akan prepare redemption sum (jumlah hutang seller pada bank). Lepas dapat cheque.. bank buyer akan keluarkan dokumen macam original title, discharge form, duplicate charge.. (Tak faham dokumen ni untuk apa.. harap lawyer dan bakal lawyer boleh tolong ;) ).. Lepas tu S&P lawyer akan forward to bank lawyer.. Lepas tu bank lawyer akan sediakan memorandum of transfer (MOT) / Charge form / Discharge of charge (Lagi sekali nak mintak tolong lawyer atau bakal lawyer.. hehe). Lepas MOT registration kat pejabat tanah, atau lepas registration of private caveat, barulah bank pembeli akan release lagi baki harga jualan.

6. HABIS: Bila MOT dah sedia.. maknanya selesailah proses tukar nama dari penjual ke pembeli.

Kalau nak tau lebih lanjut atau nak tau berapa lama proses ni siap boleh pergi ke sini.

Kalau beli tunai, proses jualan ni banyak cepat. Settlement period tak perlulah nak lama-lama.. sebab xde involve bank.. lagi-lagi kalau dua-dua buyer dan seller beli cash..

Akhir kata.. sekarang ni ramai orang masuk bidding.. good luck pada semua kawan-kawan yang masuk bidding.. Kalau ada sesiapa nak jual lepas dapat hartanah.. harap-harapnya artikel ni serba sedikit dapat la membantu.. Ramai orang tanya.. boleh ke lepas kita dapat rumah lelong.. kita mau terus jual? Jawapannya yang saya jumpa pun sama je.. tak boleh.. kena settle urusan tukar nama dulu.. bila dah nama kita.. baru boleh.. Jadi sekian saja buat kali ni.. sampai berjumpa lagi!!

Gambar Vista Lavender dah keluar!!

May 23, 2009 · Posted in Hartanah, Vista Lavender · 19 Comments 

Minggu ni.. Rabu..20/5/2009  alhamdulillah.. Peruzz+Aku dah menang satu rumah di Kinrara – Vista Lavender. Selama 2, 3 minggu bincang.. akhirnya kitorang sepakat nak amik rumah di VL. Masa bidding, Faris dan Peruzz yang pergi.. aku xpi.. pasal kerja.. Ini adalah projek JV aku yang pertama.. Peruzz pulak.. projek kedua rasanya.. Moga-moga projek ni boleh jadi base untuk projek JV lain yang lagi besar. Amin.

Semalam Faris dan Peruzz dah pecah rumah. Aku tak dapat ikut jugak.. macam biasa.. kerjalah.. Faris ada tangkap beberapa gambar.. sila lihat di sini.

OK entri pendek je kali ni.. Jaga diri semua!!~

Perkara-perkara penting sebelum jual rumah

May 21, 2009 · Posted in Hartanah · 14 Comments 

Jual rumah.. Mungkin ada yg xbiasa berada dlm situasi ni.. Selalunya kita biasa jd pembeli je.. Saya pun sama..Sebelum kita jual..kita kenalah check

1. Baki loan,etc pada bank- kita boleh dptkan statement dari bank dipanggil redemption sum. Statement ni akan bg seluruh baki loan + 3% penalty dan apa2 berkaitan. Tempoh penyediaan..bergantung pd bank..dlm kes saya,2 minggu dan kena bayar RM50 sbg cas penyediaan.Tak semua bank kena cas ni, hari tu sy ada terjumpa dlm blog Keown*. Statement ni ada expiry date,jd kita kena settlekan urusan jualan dlm tempoh tu. Satu yg sy xberapa suka, redemption sum ni one-liner,x itemized. Klu ada siapa yg pernah dpt itemized, sila share di sini ye.

2. Apa2 tunggakan – api, air, segala cukai2..kenalah kita settlekan dulu

3. Market price – ni penting utk tahu anda letak harga yg bpatutan dgn market..tinggi sgt,maybe org xbeli, rendah sgt,oppurtunity loss..boleh chk dgn bank/valuer utk ni.tp tgk juga apa approach anda menjual,letak tinggi2 tp boleh tawar..atau letak harga patut tp xboleh tawar atau tawar sket2 je..tpulang pd anda..lagi satu.. Capital appreciation rumah berbeza2 mengikut lokasi dan jenis..ada yg x naik2 setelah byk tahun..dan ada yg naik 50k dlm 6 bulan je..ada yg naik beberapa ratus ribu..dlm masa kurang dari sepuluh tahun..

4. Yuran lawyer dan agent – yuran lawyer penjual xbyk berbanding pembeli.. Boleh chk dgn deorg.. Yuran agent 2%-3% dari harga jualan.. Hati2 bila guna agent.. Sbb xsemua jujur..

5. Lock-in period.. selalunya bila kita buat loan.. ada minima tahun kita kena hold loan tu.. kalau jual rumah sebelum tu.. akan kena penalti 3%.**

Kalau ada tambahan jgn malu2 tambah di sini..

p/s: alhamdulillah Isnin semalam baru dpt rumah di VL.. Jv dgn sifi peruzz..

[*Pembetulan: Link untuk charges bank adalah ke blog Keown.. bukan Wan Keepitreal.. Sori ye Keown dan Wan.. Blog Wan di sini.]

[**Tambahan: Terima kasih pada Kak Ani atas tambahan ni.. Sila ikuti perbincangan dari Kak Ani pasal agent/penipuan dalam komen di bawah ni.. best!]

Kerja hari ini

May 16, 2009 · Posted in Hartanah · 11 Comments 

Hari ini.. aku akan pergi Balai Polis Jalan Bandar untuk dapatkan keputusan laporan keta eksiden hari tu.. kalau berjaya la.. dapatlah aku claim insurans atas pelanggar.. harap-harapnya dapat pasal keta aku kena langgar lari..belum keluar workshop lagi pasal claim atas insurans aku pun xsiap lagi.. haii.. kenalah aku tukar insurans keta pas ni.. tak larat kalau orang buat claim lambat-lambat ni..

Anyway hari ni aku akan ke Cyberia lagi.. sebab perabot mau sampai.. nanti aku akan sambung post ni.. cerita pasal furnishing dan belanja-belanja untuk rumah ni..

Esok pulak aku ke Shah Alam.. mau tengok hasil grill lepas touch up.. hari tu aku belum bayar baki pasal kerja x kemas sangat..

Sekarang ni setiap minggu aku uruskan rumah sewa/jual aku.. harapnya dapat la tambah dalam masa terdekat ni..doakan saya.. err.. kami..

Stay tune for more update ya!!

Seraya Apartment, 2 unit, Semi-D..

May 11, 2009 · Posted in Hartanah, Seraya · 2 Comments 

Seraya Apartment untuk dijual! Rumah lebih selesa untuk keluarga anda!

Ada 2 unit, sebelah-menyebelah untuk dijual.. kalau anda mau duduk bersebelahan abang/kakak/adik anda.. inilah peluangnya.. takpun jika anda inginkan rumah lebih selesa.. anda sentiasa boleh pecahkan dinding tengahnya.. jadikan Semi-D.. terpulang..

Seraya Apartment, Kajang Utama

950 kaki persegi
3 bilik tidur,2 bilik air
1 stor
Dijaga rapi
Penjaga keselamatan (Security)
Menghadap taman kanak-kanak
Angin sepoi-sepoi bahasa
Yuran penyenggalaraan bulanan rendah (RM60)
Berdekatan komuter Kajang
Kawasan bersih dan terjaga

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Othman (013-2292658) atau Wida 016-3412158
Price:RM 90 000 seunit (nego)

http://emasdantanah.wordpress.com/2009/01/05/seraya-apartment-kajang-utama-untuk-dijual-dan-peluang-jana-pendapatan/

Terima kasih!

P/S: Doa-doa semoga forum Bicarajutawan.com cepat pulih.. sudah rindu mau baca post di sana..

Case Study: Cyberia

May 8, 2009 · Posted in Alam Budiman, Case Study, Cyberia, Hartanah · 17 Comments 

Salam semua.. okeh.. mukadimah.. alhamdulillah dalam 2 minggu lepas.. dah 2 transaksi berkenaan rumah berlaku.. satu sewa rumah Cyberia.. masa Faris call tu.. aku tengah dalam kenduri kawin.. bising.. tak dengar sangat.. Faris kata ada orang nak tgk rumah.. alih-alih hari tu terus nak masuk.. alhamdulillah.. satu lagi jual rumah.. buyer tu.. datang tengok sekali.. terus letak booking fee.. alhamdulillah.. rezeki Allah..Sebenarnya baru je plan mau cakap dengan Bri dan Faris pasal bulan 6 ni student MMU register.. tp tak sempat cakap.. dah dapat tenant ;)

Anyway, aku dah janji pada diri sendiri.. kalau rumah Cyber ni dah stabil sket.. aku nak cerita pasal kes-kes di sini.. elok la tulis kat sini.. supaya jadi panduan pada orang lain.. what might go wrong.. jadi kita akan ada mind-set yang lebih bersedia nak menghadapi beberapa cubaan dalam membeli rumah lelong..

1. Progressive payment

Masa mula-mula beli tu.. aku dikejutkan dengan berita kena bayar 5% (ke 2.5%.. tak ingat) denda late progressive payment ni.. Denda ni.. adalah bila developer first jual rumah.. masa tengah bina.. ataupun sejurus selepas siap.. pastu katakan bank buyer disburse lambat.. so denda ni akan dikenakan pada buyer.. Sebab transaksi ni berlaku antara developer dengan first buyer.. aku fikir.. eh.. apa kena mengena aku sebagai second buyer pulak kena bayar.. kalau orang putih kata..eh why do I have to clean other ppl’s sh*t?!! (huhu sorilah kalau ada yang tak suka ayat ni..saja nak bagi rempah ratus sket).. tapi sebab benda ni tak cover dalam POS.. dan developer pun tak nak keluarkan undertaking.. jadi nak tak nak.. kenalah aku bayar.. benda ni boleh check dari developer sendiri.. dan bila borak2 dengan bling.. ada 2 benda lagi kita kena check.. caveat dan kebenaran dari pihak berwajib.. ni boleh check kat pejabat tanah dan perbandaran tempatan..

Anyway, bagus di sini nak diingatkan pada siapa yang beli rumah baru.. rajin-rajin la kontek bank anda bila developer hantar surat suruh bayar progressive payment.. bank ni kadang-kadang buat suka hati dia je.. kalau salah bank.. takkan kita nak tanggung pulakkan.. jadi rajin-rajin la menyelamatkan diri anda dari denda yang tak perlu..

2. Tenant ada tapi…

Aku dapat rumah tu bulan 12.. tp sampai bulan 2 tak dpt masuk lagi.. sebenarnya mau pecah dalam bulan 1.. tapi landlord lama call.. mintak tlg jangan pecah.. sebab tenant dulu tu foreigner.. dan dia bercuti.. so oklah.. rehat dulu lah..lgpun installment pun belum bayar lagi..bila tenant balik.. kita pun discuss sket2 dengan tenant.. then discuss sket2 dengan landlord lama.. landlord lama kata nak further discuss.. alih-alih dapat tau landlord lama dah amik sewa dari tenant.. belum habis discuss lagi.. wlupun rumah tu dah half under aku.. bila aku cakap dengan landlord lama tu.. putar alam bukan main.. kata pasal legal.. selagi loan belum disburse.. aku tak boleh masuk rumah n so on.. tp dia tu sebenarnya lagi sudah hilang hak totally atas rumah tu.. maintenance pun dah under aku.. dia pulak amik sewa??!! cis!! huhu..tp rumah tu ada air-cond.. ohh rupanya sewa 3 bulan dia amik tu utk byr air-cond dia ke.. huhu.. fikir positif je lah..

3. Lawyer pelelong.. takde berita..

Dah nak masuk 90 hari.. lawyer pelelong takde reply apa2 lagi.. lawyer aku, Junny cerita.. aduh takut dengar.. last-last sebab lewat sangat.. lawyer deal direct dengan bank pelelong.. mula2 bank pelelong tak nak layan.. tapi bila lawyer aku cerita sudah 3 bulan takde satu reply pun.. baru deorang mau reply.. so dapat extension.. sebulan.. ditanggung oleh bank pelelong.. tu pun deorang mula-mula berangan mau charge interest.. tapi Junny kata mau tarik balik pembelian.. mintak balik semua bayaran.. tak mau pulak deorg.. lepas sebulan pun xsiap lagi.. tambah lagi sebulan.. sekarang ni lawyer loan pulak sudah sibuk2.. bagusla maknanya bank loan dah mau disburse pada bank pelelong.. moga-moga bolehla close dengan selamat..

Tapi apa-apa hal pun aku bersyukur la dapat rumah ni.. despite all the hardship.. aku dapat rumah yang cantik.. dan rate sewa pun ok.. moga-moga tenant pun ok.. tahniah pada team satusolution dan lawyer Junny yang banyak membantu..bulan 6 ni student MMU akan mula semester.. jadi sesiapa yang ada rumah area Cyberjaya.. semoga berjaya!!

Terima kasih banyak-banyak dan sehingga berjumpa lagi!!

Tambahan 8/5/2009: Jangan terperanjat sekiranya tunggakan tinggi.. pasal maintenance tinggi aku pernah dengar sebelum ni.. tapi dalam kes Cyberia.. baru tau.. assessment pun boleh sampai ribu-ribu jugak.. Quit rent.. tak banyak sangat.. Kos baiki rumah.. takde sangat.. taklah macam kes Faris kat Penara baru-baru ni.. huhu..