Langkah-langkah menjual rumah
OK.. minggu lepas kita dah cerita pasal perkara-perkara penting semasa jual rumah. Sekarang mari kita bincangkan pasal langkah-langkah untuk menjual rumah. Nak diingatkan.. saya pun baru dalam hal ni.. cuma saya rumuskan beberapa nota dengan sedikit pengalaman yang saya ada. Kalau nak tau lebih lanjut.. baik tanya lawyer anda.. Anyway, mari teruskan…
Apa dia langkah-langkah menjual rumah?
1. IKLAN: Apa-apa hal pun.. kenalah kita iklankan rumah kita dulu. Internet.. suratkhabar.. majalah.. iklan 7e.. brochure.. lagi best kalau dapat letak iklan kat forum persatuan penduduk.. Boleh juga guna agent.. tp untuk jual rumah.. saya tak berapa gemar guna agent.. Juga boleh kat papan tanda.. macam yang kita nampak dekat bawah traffic light sekarang ni.. boleh jugak buat petunjuk arah kalau nak buat gempak sikit.. Terpulang la apa cara yang anda mahu.. Idea untuk antara benda yang anda boleh tulis - kalau betul tak nak agent.. boleh letak.. “No Agent Please”. Dan saya suka dengan frasa “Serious/Genuine Buyer Only”.. pasal masa saya tak letak frasa tu.. ramai orang telefon.. tapi takde siapa confirm.. test market je.. bila saya letak frasa tu.. kurang orang telefon.. tapi selalu yang telefon ni.. memang betul-betul.. Kawan saya lagi best.. dia jenis serius sikit.. jadi letak macam-macam rules kat situ.. tak boleh call waktu ofis la.. downpayment minima berapa la.. siap letak google map lagi jadi orang tak tanya kat mana rumah dia nak jual tu..
2. SURVEY & SETUJU: Lepas caller kata ok.. caller aka pembeli akan survey rumah.. kalau dia setuju.. dengan harga berapa2.. kata 100k ke.. boleh letak deposit.. selalunya letak 2% dari harga jualan.. tapi kalau korang baik hati.. mau letak 1k ke 2k ke.. terpulang lah.. yang penting… jangan bila buyer back-out.. anda pulak yang rugi kena tanggung legal fee.. dan pastikan nilainya cukup tinggi jadi buyer tak main-main untuk beli.. tapi taklah pulak tinggi sangat sampai xde buyer sanggup kan.. agak-agaklah.. Masa ni kalau setuju.. boleh la bagi dokumen-dokumen yang perlu untuk kedua-dua belah pihak.. Antara dokumen:
- dari pembeli: letter of intent to buy, ic pembeli
- dari penjual: snp lama, copy geran, ic penjual, letter of intent to sell dan resit kalau buyer ada bayar deposit. Dokumen loan penjual tak perlu bagi buyer.. tapi perlu bagi lawyer penjual..
Sebagai tambahan, dalam legal term.. pembeli tu dipanggil PURCHASER dan penjual tu VENDOR..
3. DOWNPAYMENT: Lepas tu buyer & seller akan forward dokumen masing-masing pada lawyer masing-masing. Sesetengah buyer akan insist seller guna lawyer diorang.. tp kalau saya.. prefer utk ada lawyer sendiri.. Kalau mau cepat bolehla share lawyer.. tapi kalau mau selamat.. mau hak anda terjamin.. boleh ada lawyer masing-masing.. dalam 14 hari.. lawyer buyer akan sediakan s&p.. then forwarded to lawyer seller.. lawyer review.. kalau masing-masing ok.. bolehla sign snp.. Masa S&P ni.. buyer akan bayar baki downpayment 10% pada seller.. contoh.. kalau buyer dah bayar deposit 2%.. masa S&P ni bayar lagi 8%…
4. CONSENT: Steps lepas ni banyak kerja lawyer je. Consent ni maksud kebenaran dari pihak berwajib.. macam PBT ke.. contohnya untuk rumah leasehold.. malay reserve.. master title..
5. SETTLEMENT PERIOD: Ni maksudnya segala-gala hal yang pembeli dan bank pembeli harus settlekan dengan penjual dan bank penjual. Kalau takde consent.. lepas je bayar SNP.. settlement period bermula.. kalau ada.. lepas tarikh consent diperolehi.. Settlement period ni within 90 days. Kalau lebih dari period ni.. buyer kena bayar interest.. Masa ni buyer kena cari loan.. Bank buyer akan mintak redemption statement dari bank seller melalui S&P lawyer penjual. Bila redemption statement keluar dari bank seller.. bank buyer akan prepare redemption sum (jumlah hutang seller pada bank). Lepas dapat cheque.. bank buyer akan keluarkan dokumen macam original title, discharge form, duplicate charge.. (Tak faham dokumen ni untuk apa.. harap lawyer dan bakal lawyer boleh tolong
).. Lepas tu S&P lawyer akan forward to bank lawyer.. Lepas tu bank lawyer akan sediakan memorandum of transfer (MOT) / Charge form / Discharge of charge (Lagi sekali nak mintak tolong lawyer atau bakal lawyer.. hehe). Lepas MOT registration kat pejabat tanah, atau lepas registration of private caveat, barulah bank pembeli akan release lagi baki harga jualan.
6. HABIS: Bila MOT dah sedia.. maknanya selesailah proses tukar nama dari penjual ke pembeli.
Kalau nak tau lebih lanjut atau nak tau berapa lama proses ni siap boleh pergi ke sini.
Kalau beli tunai, proses jualan ni banyak cepat. Settlement period tak perlulah nak lama-lama.. sebab xde involve bank.. lagi-lagi kalau dua-dua buyer dan seller beli cash..
Akhir kata.. sekarang ni ramai orang masuk bidding.. good luck pada semua kawan-kawan yang masuk bidding.. Kalau ada sesiapa nak jual lepas dapat hartanah.. harap-harapnya artikel ni serba sedikit dapat la membantu.. Ramai orang tanya.. boleh ke lepas kita dapat rumah lelong.. kita mau terus jual? Jawapannya yang saya jumpa pun sama je.. tak boleh.. kena settle urusan tukar nama dulu.. bila dah nama kita.. baru boleh.. Jadi sekian saja buat kali ni.. sampai berjumpa lagi!!
Comments
12 Responses to “Langkah-langkah menjual rumah”
Leave a Reply

bgus jgk tips2 mengiklan tuh
=)
Guud info, Wida. Nanti check email ye. Thanks.
Salam Tuan.
Very nice blog and so informative.
Izinkan saya ambil article tuan utk diletakkan di blog personal saya(untuk rujukan sendiri).TQ so much.
Dipersilakan rejab..jangan lupa letak link rejab di sini ya..dan jgn lupa link balik ke sini..terima kasih!
macammana nak dapat kan
“letter of intent to sell”
Juanita.. letter of intent tu.. kita tulis sendiri.. dalam tu tuliskan lebih kurang macam ni..
saya bernama ini.. dengan IC ini.. berniat untuk menjual rumah beralamat ini.. kepada encik ini.. dengan IC nya sekian2…
Salam wida,
Terima kasih atas jawapan tu. Nak tanya lagik. Macam saya ni, umah atas nama arwah. So snp tu nak tuka atas nama owner baru. Apa process nye ye…
Salam.. Juanita.. setahu Wida.. sebelum jual.. nama tu kita kena pindahkan ke nama kita.. tapi saya pun tak pasti macamana proses pindah nama tu.. untuk ni better tanya lawyer
salam… nak tanya..Legal fee sebuah rumah .. kira cam ner erk…ikut harga rumah atau area rumah tu..contoh kalau RM60k berape legal fee dia
Terbongkar! Satu Peluang Kerjaya Yang Memberikan Pulangan Yang Amat Lumayan. Perniagaan Multi Billionaire. Kerjaya Dalam Bidang Hartanah Adalah Kerjaya Jutawan Di Dunia.
Layari laman web di http://www.seminarhartanah.com untuk maklumat lanjut.
kalau kita ada hutang bank tertunggak hampir 12 bulan….macamana? nak settle ngan pihak mana dulu….
Kena settle dengan bank dulu.