Cerita pasal 3-ply mask lagi!!

August 27, 2009 · Posted in Face mask, Jom Meniaga! · Comment 

Salam berbuka puasa! Sebagai promosi.. saya akan turunkan harga face mask ke RM 22 sekotak! Mari lindungi keluarga anda dari bahaya H1N1 dan jerebu (alhamdulillah dah berkurangan)!

Minimum order adalah 2 kotak utk pos dan 1 kotak untuk COD.

COD area Keramat, Melawati, Wangsa Maju, Taman Melati atau yang berdekatan.

COD di area LRT Bangsar, KL Central, atau KLCC, atau kat mana-mana laluan LRT Putra dari Wangsa Maju ke KL Sentral boleh diatur.. tapi kat 3 area ni kena janji awal2 dulu!

Sila rujuk pos terdahulu..

Ini gambar stok terbaru!

3859721045_6657d44167

Salam Ramadhan! Mari meniaga 3-ply face mask!

August 25, 2009 · Posted in Face mask, Jom Meniaga! · 2 Comments 

Alhamdulillah sekarang dah masuk hari keempat kita berpuasa. Semoga kita berusaha mencapai Ramadhan yang lebih sempurna tahun ini.. InsyaAllah. Bila baca blog Ustaz Asri Rabbani rasa sayu je, sebab dalam blog beliau, tergambar kerinduannya pada Ramadhan, tapi sudah ketentuan, dia tak sempat menemuinya. Semoga kita yang masih berpeluang ni, mengambil peluang dan mengambil iktibar insyaAllah.

Dalam bulan puasa ni, Allah murahkan kita dengan pahala, dan murahkan kita juga dengan rezeki. Pasal tulah walaupun banyak Bazaar Ramadhan tumbuh, masih ramai peniaga yang untung. Saya pun ambil kesempatan ni untuk meniaga. Bukannya meniaga kuih-muih atau air tembikai, tapi meniaga face mask untuk melindungi keluarga anda dari zaman-zaman penyakit sekarang ni. Alhamdulillah setakat ni, stok round pertama dah habis, stok round kedua, baru je sampai.. belum tengok lagi.. sebab saya belum balik rumah lagi..

Bagi sesiapa yang berminat nak meniaga face mask ni boleh lah hubungi saya di 016-3412158 atau 019-8151406 atau email saya di nurul.wahida [at] yahoo.com

Specification:

3 ply mask – Tie On

Satu kotak 50 keping

Minimum order:

2 kotak untuk pos

Tambahan: 1 kotak untuk COD

Harga:

Kuantiti kurang dari 2 kotak, RM25 sekotak

3 kotak ke atas, RM23 sekotak  RM22 sahaja!

Ada diskaun kalau beli lebih dari 10 kotak, sila e-mail saya.

Cara penghantaran:

COD area Keramat, Melawati, Wangsa Maju, Taman Melati atau yang berdekatan, atau

(Tambahan: Boleh juga di LRT Bangsar, KL Sentral, KLCC atau kat laluan LRT Putra dari Wangsa Maju ke KL Sentral – tapi ni kena janji-janji dulu)

Poslaju (Charge RM5 tak kira apa kuantiti) – Sila beri 2 hari untuk sampai..

Apa bagusnya beli?

1. Melindungi keluarga anda.. off coz..

2. Boleh buat meniaga. Satu keping tu kalau ikut harga cap kerajaan, 80 sen.. ada 50 keping.. satu kotak boleh dapat RM40.  Katakan anda beli 6 kotak, 1 kotak RM23. Senang2 je dapat RM40-RM23=RM17 satu kotak!! RM17 x 6 = RM102 untuk 6 kotak!! Tapi saya nampak ramai jual RM1 satu keping. Satu kotak dapat RM50.. RM50-RM23=RM27 satu kotak!! RM27 x 6= RM162 untuk 6 kotak!! Modal cuma RM138! Lebih dari 100% tu untung!! Sesiapa yang kenal orang-orang  sekolah, senang la pasal budak-budak sekolah ni kena tukar face mask deorang hari2.. Malah ada sorang kenalan saya dah pun jadi distributor ke sekolah-sekolah area Bera..

Jadi sesiapa yang berminat silalah hubungi saya segera, sebab sekejab je saya boleh habiskan stok ni. Modal rendah, margin tinggi.. Jadi tunggu apa lagi? Hubungi saya segera!

IMGP3551

(Ni contoh gambar stok terdahulu..yang loop. Stok baru ni jenis ikat belakang)

EmasdanTanah.com dilancarkan! Dapatkan freebies – OD Tracker anda di sini!

August 8, 2009 · Posted in Uncategorized · 17 Comments 

Dengan lafaz Bismillah..

Seperti yang dijanjikan..

EmasdanTanah.com telah dilancarkan!

Sebagai cenderahati di atas sokongan anda – dapatkan freebies – OD Tracker seperti di bawah!

http://www.emasdantanah.com/odtracker/odtracker.html

Semoga kita sama-sama mengorak langkah untuk lebih maju dan maju. Semoga diperkenankan oleh Allah hendaknya. InsyaAllah!!

Kisah kunci yang hilang

August 6, 2009 · Posted in Case Study, Hartanah, Motivasi · 3 Comments 

Dah lama nak post pasal ni.. tapi dok delay sebab nak cari ayat paling halus.. paling bagus supaya orang tak terasa.

Tapi ingat saya plan nak jual rumah AB saya? Atas sebab tertentu, tak dapat dijual. Alhamdulillah sekarang rumah ni telah disewa.. walaupun bukan positif.. tapi alhamdulillah.. siapa yang nak tolong bayarkan kan..

Sebelum abortion penjualan tu, pembeli nak pinjam kunci untuk buat valuation. Sekali bila pulangkan kunci, alamak.. tak cukup. Bila tanya lawyer.. dia kata dia cuma terima 3 anak kunci je.. padahal sebelumnya ada 4. Kalau ikut legal, bila benda ni berlaku, memang leceh la.. kena buat laporan polis la.. kena tukar kunci atau mintak pampasan la..

Jadi kesimpulannya, kalau anda tak berapa kenal buyer anda, pastikan segala urusan peminjaman kunci ni melalui lawyer. Semuanya documented. Dalam surat undertaking bagi pinjam tu nyatakan berapa anak kunci bagi pinjam, clause kalau hilang berapa penalty.. bagitau awal2 supaya kalau benda macam ni terjadi anda bukanlah dkt losing end. Kalau anda pulak yang jadi buyer, pastikan amanah, ni beli rumah – bukan hal main2.. ni business puluh2/ratus ribu punya.. pastikan anda dapat kunci tu berapa.. pulangkan banyak mana anda dapat juga..

Dari kisah ni pun saya belajar we can’t expect people to be like they should be. Kalau kita takut nak pegang kunci rumah orang.. orang lain mungkin main2 je pegang kunci rumah orang. Jadi apa2 hal bincang elok2, bgtau upfront, document kan apa yang patut document.. Semoga kesilapan kita bukannya menjadi batu penghalang untuk terus berjaya, tapi menjadi sesuatu yang dapat kita pelajari, untuk lebih cemerlang pada masa hadapan.. InsyaAllah..

Tolong nasihat

August 6, 2009 · Posted in Kewangan, Motivasi · Comment 

Masih ingat posting saya?.. Anda menguasai duit anda?

Setelah kawan ini diberitahu pasal AKPK.. tentang AKPK boleh force bank2 ambik settlement dengan interest rendah (lebih rendah dari interest credit card for sure).. jawabnya.. “Mana ada masa nak pergi sana” … aduh.. sedih.. kita kasihankan dia.. tapi dia tak kasihankan diri sendiri..

Tolonglah.. tolonglah nasihat saya macamana untuk saya nasihatkan kawan saya ini…

3 kesilapan besar pembeli baru hartanah

August 4, 2009 · Posted in Hartanah · Comment 

3 kesilapan besar pembeli yang baru first time beli rumah yang sangat-sangat biasa dilakukan oleh pembeli-pembeli yang baru beli rumah pertama kali..

1. Tak check market value..

Tidak periksa dengan bank berapa market value sesebuah rumah.. benda ni terjadi kalau beli sub-sale. Banyak juga kawasan tuan rumah jual lebih tinggi dari market value. Kenapa? Mungkin nak cover loss atau nak maksimakan keuntungan.. bank pula akan anggar harga ikut transaction terdahulu, kawasan, jumlah penduduk.. Pembeli baru akan rugi kerana terpaksa top-up duit bila bank beri pinjaman kurang dari 90% dari harga jual.. Bukan setakat kena sediakan deposit.. tapi juga duit top-up. Kalau ada duit takpela kan.. tapi selalunya first time beli rumah.. duit tak banyak sangat.. jadi kenalah pinjam dari bank pa ma minta belas simpati. Untuk selamat, pergi bank.. tanya market value area rumah yang anda target sebelum proceed membeli.

2. Tak check berapa maksima loan yang bank akan beri..

Satu kes.. seorang teman.. dia bercita-cita membeli rumah baru RM400k.. Dia dan suami pergi pejabat developer.. book dan letak deposit 2k.. dan bila pergi ke bank.. bank tengok gaji.. tak cukup untuk dapat loan 400k.. bila combine gaji dengan suami pun tidak boleh.. Kalau ikut buku.. bank hanya akan approve loan 45% dari gaji kita (monthly installment).. Tapi banyak kes yang dapat 75%.. Loan tak dapat.. deposit hangus.. teman buat aduan di KPKT.. sampai sekarang x ada berita lagi..Jadi apa-apa hal, baik check maxima loan yang akan bank bagi sebelum book apa2 rumah..

3. Tidak masukkan kos2 lain untuk membeli rumah

Pembeli ingatkan sediakan deposit dan semua settle.. khalas.. bak kata orang Arab.. tapi tidak.. jangan lupa.. ada kos-kos lain.. lawyer.. registration api air.. maintenance sebelum hand-over (ni untuk kes rumah baru).. kos pasang grill.. kabinet dapur.. kos beli perabut.. kos sewa lori masa pindah.. hmm banyakkan..

Ayah saya suka kata “Kita memang boleh belajar dari pengalaman.. tapi belajar dari pengalaman ini selalunya menyakitkan”.. Jadi bila ada ilmu, gunakan.. supaya kita tidak terperangkap di dalam masalah yang kita sudah ketahui boleh berlaku..