Kisah kunci yang hilang

August 6, 2009 · Posted in Case Study, Hartanah, Motivasi 

Dah lama nak post pasal ni.. tapi dok delay sebab nak cari ayat paling halus.. paling bagus supaya orang tak terasa.

Tapi ingat saya plan nak jual rumah AB saya? Atas sebab tertentu, tak dapat dijual. Alhamdulillah sekarang rumah ni telah disewa.. walaupun bukan positif.. tapi alhamdulillah.. siapa yang nak tolong bayarkan kan..

Sebelum abortion penjualan tu, pembeli nak pinjam kunci untuk buat valuation. Sekali bila pulangkan kunci, alamak.. tak cukup. Bila tanya lawyer.. dia kata dia cuma terima 3 anak kunci je.. padahal sebelumnya ada 4. Kalau ikut legal, bila benda ni berlaku, memang leceh la.. kena buat laporan polis la.. kena tukar kunci atau mintak pampasan la..

Jadi kesimpulannya, kalau anda tak berapa kenal buyer anda, pastikan segala urusan peminjaman kunci ni melalui lawyer. Semuanya documented. Dalam surat undertaking bagi pinjam tu nyatakan berapa anak kunci bagi pinjam, clause kalau hilang berapa penalty.. bagitau awal2 supaya kalau benda macam ni terjadi anda bukanlah dkt losing end. Kalau anda pulak yang jadi buyer, pastikan amanah, ni beli rumah – bukan hal main2.. ni business puluh2/ratus ribu punya.. pastikan anda dapat kunci tu berapa.. pulangkan banyak mana anda dapat juga..

Dari kisah ni pun saya belajar we can’t expect people to be like they should be. Kalau kita takut nak pegang kunci rumah orang.. orang lain mungkin main2 je pegang kunci rumah orang. Jadi apa2 hal bincang elok2, bgtau upfront, document kan apa yang patut document.. Semoga kesilapan kita bukannya menjadi batu penghalang untuk terus berjaya, tapi menjadi sesuatu yang dapat kita pelajari, untuk lebih cemerlang pada masa hadapan.. InsyaAllah..

Comments

3 Responses to “Kisah kunci yang hilang”

  1. nana on August 10th, 2009 12:50 pm

    macammana pulak kalao si penjual tu yang hilangkan kunci??
    hampeh betull… loan dah disbursed, pastu boleh buat2 taktau pulak.. senyap je dah dapat duit. kunci tak bagi2 jugak!!
    bila tanya, baru kalut nak cari kunci tu, kata dah hilang… bodoh punya orang!! bodoh punya penjual… dah tahu nak jual rumah, siap2kan lah segala kunci ke apa ke… duit keuntungan dia dapat jual rumah tu aku tak halalkan, dunia akhirat ….baru tau…

    so, berbalik kepada ceritanya, bagaimana kalau loan dah disbursed, tapi si PENJUAL tu hilangkan kunci dia, dan tak bagi2 kunci lagi.. apa hak pembeli dalam hal ini?

  2. treec00l on August 12th, 2009 10:16 am

    sedari nana,

    saye tolong jawapkan.

    a. sekiranya urusniaga dah selesai, maksudnya pindah nama semua dah selesai, ada 2 cara. cara pertama, dapatkan vacant order (tanya lawyer anda mcmane), dan cara ke-2, sekiranya anda berani & sanggup tanggung risiko di saman, anda bole panggil tukang kunci utk pecah masuk terus, hehehe.

    b. sekiranya urusan pindah nama belum selesai, xboleh buat apa2. tunggu urusan pindah nama dah selesai, baru boleh execute cara a.

  3. Motivasi Kerja on October 1st, 2009 3:41 pm

    “Dari kisah ni pun saya belajar we can’t expect people to be like they should be.” Memang benar zaman skrg lagilah kita tidak boleh mempercayai orang dengan mudah sebab ramai yang berlakon. Nasib baik hilang kunci. Kalau hilang perabot ke apa ke..lagi naya!

    salam perkenalan dari Motivasi Kerja.

Leave a Reply