Pro dan Kontra Pelaburan Emas VS Hartanah

September 16, 2009 · Posted in Emas, Hartanah · 31 Comments 

Salam semua, mari bincangkan sedikit pasal pro dan kontra pelaburan emas vs hartanah. Sebenarnya saya tak suka nak membincangkan pasal perbezaan dua jenis pelaburan ni.. pasal kedua-duanya terletak pada kelas yang berbeza. Orang putih kata, “instead of both being contradicting, it’s actually complementing each other”. Tapi, baru tadi saya baca pos Pie dan komen dengan sangat panjang.. alang-alang saya letak lah komen tu di sini untuk kemaslahatan bersama.

pro dan contra la..

kalau beli emas ni selalunya kena ada cash on hand.. lepas tu modal stuck.. nak buat rolling susah.. tapi yg best tak banyak paper work..boleh beli sikit2 masa ada duit lebih 3/4 ratus.. kalau nak buat jual beli short term.. kena ada ilmu.. pandai buat technical analysis.. kena tengok historical value.. banyak kena study.. kalau untuk long term.. tak kisah beli bila2 pun boleh.. tapi fyi, selalu kalau kita tengok blog emas.. deorg cerita pasal 10 years historical return, memang nampak graf menaik je.. tapi kalau kita tengok graf 30 years atau 50 years back.. ada satu kali tu harga emas turun dengan sangat tajam.. kita kena tau tu kenapa..

kalau beli hartanah.. kita hanya perlu 10% downpayment dan legal fee.. modal lain akan free.. boleh buat benda lain.. dapat sewa lagi.. dari duit sewa pun boleh kumpul untuk rolling.. bila hartanah tu dah sampai peak..boleh jual.. tapi leceh dan banyak paper work.. nak kejar orang lagi..hartanah ni kalau leceh memang nombor satu pasal kena deal dengan orang.. tapi kena ingat risiko hartanah lagi rendah sebab kita tak terbelenggu dengan speculation price..semua ni boleh projected..

bagi aku kalau untuk newbie.. baik masuk hartanah dulu.. pasal modal tak seberapa.. kalau nak beli emas.. beli sket2 lama2 jadi bukit.. target untuk hold lama agi selamat..anyway apa pasal aku kata masuk hartanah dulu.. sebab kita bukannya selamanya umur 25 tahun.. bukan selamanya boleh buat loan selama 30/40 tahun.. kalau katakan sekarang kita kerja company best then kita nak resign buat bisnes.. baik beli hartanah banyak2 masa kerja company best.. sebab masa tu lg senang bank nak bagi loan.. kalau katakan gaji sekarang banyak then expected akan berkurangan.. baik beli rumah sekarang.. pasal reason loan tu jugak..

ini pendapat aku yg masih belajar.. apa-apa hal kena ada ilmu la.. kalau xde ilmu, pelaburan bagus pun jadi tak bagus.. kalau ada ilmu.. pelaburan tak bagus pun boleh jadi bagus..

semoga berjaya semua..

Tambahan, kalau anda ada RM2,000-3,000 dalam tangan.. bolehla anda membeli emas kalau dah tak tahan.. tapi kalau ada RM10,000-15,000 dalam tangan ada bagusnya sekiranya anda “consider” membeli rumah. Ini terpulang pada kedudukan kewangan anda dan pilihan anda.

Mari bincangkan. Kalau ada soalan, jangan malu jangan segan.. sila tulis komen di bawah. Saya akan cuba membantu selagi termampu. InsyaAllah.

Grill rumah AB

September 10, 2009 · Posted in Uncategorized · 3 Comments 

Ahad lepas saya dah pi tengok grill belakang rumah AB yang baru dipasang.  RM1200 untuk rumah lebar 24 kaki. Harga macam OK.

Simple je kan. Tapi saya suka.

Emas naik dalam susah dan senang

September 9, 2009 · Posted in Emas · 5 Comments 

Dah lama tak tulis pasal emas.. tapi harga emas semalam memang menarik-narik hati saya untuk menulis.. Senang-senang saja emas saya yang dalam bentuk paper naik Rm600 ringgit.. itu untuk berapa gram dan berapa bulan je tu.. bagus untuk jual sekarang..

Tahun 2009.. Masa ekonomi jatuh.. zaman susah.. Harga emas naik

Kenapa?

Kerana nilai USD turun, maka ramai berebut-rebut membeli emas untuk protect harta mereka…

Tahun 2009 juga.. semalam.. harga saham-saham semua naik.. indication untuk ekonomi pulih semakin memberansangkan.. dan harga emas nak hingga 1000 USD + per ounce. 

Kenapa?

Saya pun tak tau. Belum sempat baca kenapa.

[Update: Trend ni dipercayai berlaku kerana peningkatan pembelian di India disebabkan musim perkahwinan dan perayaan di sana. Untuk pengetahuan anda, India adalah pengguna terbesar emas dunia.]

Menarik kan? Marilah melabur di dalam emas.

Kisah lelong bulan Ramadhan

September 6, 2009 · Posted in Uncategorized · 5 Comments 

Salam semua.. Salam Ramadhan ke 16..

Hari Jumaat lepas saya ada lah masuk auction dengan rakan JV saya. Area hot. Selalunya susah nak dapat. Sekali apa yang saya rasa, betul – gagal.

Sebab dah gagal, saya proceed masuk auction hari Sabtu. Malam tu survey2 sket..

Cat rumah buruk.. tp touch-up sket guarantee cantik. Takde orang duduk.. Tengok bil letrik pun dah takde reading sejak 2008.

nidia

Area tu best la.. security best.. parking OK.. dekat dengan masjid.. dekat dengan tempat makan.. Memang suka la sebab area ni pun rumah 1st yang saya bid dekat2 dengan rumah parents..

Hari Sabtu tu tunggu-tunggu result. Sekali Faris kata tak dapat. 2 bidder.. kalah by 1k.. :(

Takde rezeki lagi bulan Ramadhan ni. Saya doa2 lah agar diberikan ilham rumah mana lagi boleh bid lepas ni. Amin.

Me-Remote-Control-kan rumah sewa anda

September 3, 2009 · Posted in Hartanah, Pengurusan Sewa · 4 Comments 

Salah satu sebab pelabur-pelabur memilih untuk melabur dalam hartanah, dan bukan instrumen-instrumen lain adalah sebab kerana kurangnya pengurusan yang perlu pelabur lakukan. Dengan adanya teknologi seperti internet banking, makin mudah kita sebagai pelabur untuk me-remote control-kan rumah sewa kita.

Selain itu, kita pun boleh monitor pembayaran bil penyewa melalui internet:

1. TNB
https://e-services.tnb.com.my/

2. Syabas
http://www.syabas.com.my/

Anda ada tips untuk me-remote-control-kan atau automate process penyewaan rumah anda? Mari cerita di ruang komentar..

Salam Merdeka! Update sedikit pasal hartanah..

September 1, 2009 · Posted in Alam Budiman, Cyberia, Face mask, Hartanah, Jom Meniaga! · 2 Comments 

Salam Merdeka dan Salam Ramadhan buat semua!

Dah lama tak cerita pasal hartanah.. 2 minggu lepas saya ke AB sebab tenant mintak tambah grill belakang.. jadi saya pergi sana untuk tempah.. contractor yang saya guna ni.. dulu saya pernah guna untuk buat grill-grill lain dan kitchen cabinet.. setakat ni memang saya puas hati jadi saya takde hal nak guna khidmat deorang lagi..

Patutnya Jumaat lepas deorang dah siap pasang.. tapi sekali hari Sabtu tu.. contractor tu call.. dia kata kilang dah salah buat.. Dia kata grill yang salah tu lagi cantik.. ada bunga-bunga.. ala-ala wrought iron.. lagi mahal dari yang saya tempah.. dia tanya lah saya nak proceed ke tak.. Saya kata macamana nak proceed.. tak tau lagi rupanya.. nak pergi AB tak boleh la.. sebab Sabtu tu saya ada hal lain.. HP saya pulak problem.. last-last mintak tenant emailkan gambar grill pasal grill tu dah ada depan rumah..

grill

Sekali tengok gambar.. memang cantik.. tapi tak kena dengan selera sayalah.. pastu rasa macam senang pecah/bengkok je.. Jadi saya kata pass.. Contractor pun tak kata banyak.. dia tukar ikut original spec yang saya nak.. Cuma kena tunggu sket jelah.. Best tul tenant.. dapat grill baru untuk raya nanti.. hehe

Sabtu tu.. saya tak dapat pi AB.. sebab saya pi Cyberia.. pastu nak pi Kajang.. jumpa tenant ayah kat rumah atas kayangan.. hehe.. Cyberia ni lama betul saya tak bayar maintenance.. jadi nak bayar tunggakan.. sekali pi maintenance office.. deorg kata deorg takde info.. saya pun pelik la.. sebab last saya pi.. dalam Mei lepas.. sistem deorg bagus.. nampak efisyen.. pastu saya tanya la.. eh dulu bukan ada ke? Pastu bila orang maintenance office tu tunjuk PC dia.. tengok nama company dah lain.. ooh JMB dah outsource ke Raine & Horne sejak Jun 2009.. jadi deorg ada data start bulan Julai je.. data-data lain nak kena tunggu audit statement JMB.. cuma lepas audit saya boleh bayar tunggakan sebelum Julai.. patut la Siti a.k.a. assistant lawyer kata susah nak dapat statement dari maintenance office untuk urusan reimbursement.. (Hmm bila lah nak dapat duit claim balik?).. Jadi sesiapa yang ada beli subsale/lelong Cyberia atau bercadang nak beli dalam masa terdekat ni.. harapnya notice la benda ni.. dan buat persiapan..

Lepas bayar maintenance, saya pi unit saya kejab.. hantar meja.. Pastu nak pi jumpa tenant ayah.. dia takde lak.. dah balik Penang.. cuti panjannngg kan..

Apa lagi nak cerita..

Ooh.. minggu lepas dalam hari Khamis ada sorang Singaporean ni call saya.. tanya pasal Cyberia.. dia pun minat nak beli untuk investment..

Dalam minggu lepas, kawan saya di Kota Kinabalu pun ada masuk auction.. Emi namanya.. Wow Wow.. hebatkan! Dalam diam-diam je.. Emi tak dapat rumah tu..tapi dia balik bawak RM3k.. Emi.. kalau ko baca ni.. jangan sedih-sedih.. cuba lagi! (P/S: Sia sangat suka KK! The most beautiful city in Malaysia! Kalau ikut hati mau beli satu buat investment..tapi siapa mau jaga rumah jauh2 tu.. huhu)..

Sebagai penutup.. saja nak bagitau.. sekarang ni saya sangat seronok meniaga facemask.. at least duit tu dapat la bantu sket2 bayar grill.. Siapa yang nak meniaga facemask tu jangan lupa hubungi saya 016-3412158.. Take care semua!!