Emas naik dalam susah dan senang
Dah lama tak tulis pasal emas.. tapi harga emas semalam memang menarik-narik hati saya untuk menulis.. Senang-senang saja emas saya yang dalam bentuk paper naik Rm600 ringgit.. itu untuk berapa gram dan berapa bulan je tu.. bagus untuk jual sekarang..
Tahun 2009.. Masa ekonomi jatuh.. zaman susah.. Harga emas naik
Kenapa?
Kerana nilai USD turun, maka ramai berebut-rebut membeli emas untuk protect harta mereka…
Tahun 2009 juga.. semalam.. harga saham-saham semua naik.. indication untuk ekonomi pulih semakin memberansangkan.. dan harga emas nak hingga 1000 USD + per ounce.
Kenapa?
Saya pun tak tau. Belum sempat baca kenapa.
[Update: Trend ni dipercayai berlaku kerana peningkatan pembelian di India disebabkan musim perkahwinan dan perayaan di sana. Untuk pengetahuan anda, India adalah pengguna terbesar emas dunia.]
Menarik kan? Marilah melabur di dalam emas.
