Pro dan Kontra Pelaburan Emas VS Hartanah

September 16, 2009 · Posted in Emas, Hartanah · 47 Comments 

Salam semua, mari bincangkan sedikit pasal pro dan kontra pelaburan emas vs hartanah. Sebenarnya saya tak suka nak membincangkan pasal perbezaan dua jenis pelaburan ni.. pasal kedua-duanya terletak pada kelas yang berbeza. Orang putih kata, “instead of both being contradicting, it’s actually complementing each other”. Tapi, baru tadi saya baca pos Pie dan komen dengan sangat panjang.. alang-alang saya letak lah komen tu di sini untuk kemaslahatan bersama.

pro dan contra la..

kalau beli emas ni selalunya kena ada cash on hand.. lepas tu modal stuck.. nak buat rolling susah.. tapi yg best tak banyak paper work..boleh beli sikit2 masa ada duit lebih 3/4 ratus.. kalau nak buat jual beli short term.. kena ada ilmu.. pandai buat technical analysis.. kena tengok historical value.. banyak kena study.. kalau untuk long term.. tak kisah beli bila2 pun boleh.. tapi fyi, selalu kalau kita tengok blog emas.. deorg cerita pasal 10 years historical return, memang nampak graf menaik je.. tapi kalau kita tengok graf 30 years atau 50 years back.. ada satu kali tu harga emas turun dengan sangat tajam.. kita kena tau tu kenapa..

kalau beli hartanah.. kita hanya perlu 10% downpayment dan legal fee.. modal lain akan free.. boleh buat benda lain.. dapat sewa lagi.. dari duit sewa pun boleh kumpul untuk rolling.. bila hartanah tu dah sampai peak..boleh jual.. tapi leceh dan banyak paper work.. nak kejar orang lagi..hartanah ni kalau leceh memang nombor satu pasal kena deal dengan orang.. tapi kena ingat risiko hartanah lagi rendah sebab kita tak terbelenggu dengan speculation price..semua ni boleh projected..

bagi aku kalau untuk newbie.. baik masuk hartanah dulu.. pasal modal tak seberapa.. kalau nak beli emas.. beli sket2 lama2 jadi bukit.. target untuk hold lama agi selamat..anyway apa pasal aku kata masuk hartanah dulu.. sebab kita bukannya selamanya umur 25 tahun.. bukan selamanya boleh buat loan selama 30/40 tahun.. kalau katakan sekarang kita kerja company best then kita nak resign buat bisnes.. baik beli hartanah banyak2 masa kerja company best.. sebab masa tu lg senang bank nak bagi loan.. kalau katakan gaji sekarang banyak then expected akan berkurangan.. baik beli rumah sekarang.. pasal reason loan tu jugak..

ini pendapat aku yg masih belajar.. apa-apa hal kena ada ilmu la.. kalau xde ilmu, pelaburan bagus pun jadi tak bagus.. kalau ada ilmu.. pelaburan tak bagus pun boleh jadi bagus..

semoga berjaya semua..

Tambahan, kalau anda ada RM2,000-3,000 dalam tangan.. bolehla anda membeli emas kalau dah tak tahan.. tapi kalau ada RM10,000-15,000 dalam tangan ada bagusnya sekiranya anda “consider” membeli rumah. Ini terpulang pada kedudukan kewangan anda dan pilihan anda.

Mari bincangkan. Kalau ada soalan, jangan malu jangan segan.. sila tulis komen di bawah. Saya akan cuba membantu selagi termampu. InsyaAllah.