Pro dan Kontra Pelaburan Emas VS Hartanah
Salam semua, mari bincangkan sedikit pasal pro dan kontra pelaburan emas vs hartanah. Sebenarnya saya tak suka nak membincangkan pasal perbezaan dua jenis pelaburan ni.. pasal kedua-duanya terletak pada kelas yang berbeza. Orang putih kata, “instead of both being contradicting, it’s actually complementing each other”. Tapi, baru tadi saya baca pos Pie dan komen dengan sangat panjang.. alang-alang saya letak lah komen tu di sini untuk kemaslahatan bersama.
pro dan contra la..
kalau beli emas ni selalunya kena ada cash on hand.. lepas tu modal stuck.. nak buat rolling susah.. tapi yg best tak banyak paper work..boleh beli sikit2 masa ada duit lebih 3/4 ratus.. kalau nak buat jual beli short term.. kena ada ilmu.. pandai buat technical analysis.. kena tengok historical value.. banyak kena study.. kalau untuk long term.. tak kisah beli bila2 pun boleh.. tapi fyi, selalu kalau kita tengok blog emas.. deorg cerita pasal 10 years historical return, memang nampak graf menaik je.. tapi kalau kita tengok graf 30 years atau 50 years back.. ada satu kali tu harga emas turun dengan sangat tajam.. kita kena tau tu kenapa..
kalau beli hartanah.. kita hanya perlu 10% downpayment dan legal fee.. modal lain akan free.. boleh buat benda lain.. dapat sewa lagi.. dari duit sewa pun boleh kumpul untuk rolling.. bila hartanah tu dah sampai peak..boleh jual.. tapi leceh dan banyak paper work.. nak kejar orang lagi..hartanah ni kalau leceh memang nombor satu pasal kena deal dengan orang.. tapi kena ingat risiko hartanah lagi rendah sebab kita tak terbelenggu dengan speculation price..semua ni boleh projected..
bagi aku kalau untuk newbie.. baik masuk hartanah dulu.. pasal modal tak seberapa.. kalau nak beli emas.. beli sket2 lama2 jadi bukit.. target untuk hold lama agi selamat..anyway apa pasal aku kata masuk hartanah dulu.. sebab kita bukannya selamanya umur 25 tahun.. bukan selamanya boleh buat loan selama 30/40 tahun.. kalau katakan sekarang kita kerja company best then kita nak resign buat bisnes.. baik beli hartanah banyak2 masa kerja company best.. sebab masa tu lg senang bank nak bagi loan.. kalau katakan gaji sekarang banyak then expected akan berkurangan.. baik beli rumah sekarang.. pasal reason loan tu jugak..
ini pendapat aku yg masih belajar.. apa-apa hal kena ada ilmu la.. kalau xde ilmu, pelaburan bagus pun jadi tak bagus.. kalau ada ilmu.. pelaburan tak bagus pun boleh jadi bagus..
semoga berjaya semua..
Tambahan, kalau anda ada RM2,000-3,000 dalam tangan.. bolehla anda membeli emas kalau dah tak tahan.. tapi kalau ada RM10,000-15,000 dalam tangan ada bagusnya sekiranya anda “consider” membeli rumah. Ini terpulang pada kedudukan kewangan anda dan pilihan anda.
Mari bincangkan. Kalau ada soalan, jangan malu jangan segan.. sila tulis komen di bawah. Saya akan cuba membantu selagi termampu. InsyaAllah.
Comments
38 Responses to “Pro dan Kontra Pelaburan Emas VS Hartanah”
Leave a Reply

saya mesti piley…sebab saya ada 200K pasal tu 2-2 buat…hartanah & emas….
“Ini terpulang pada kedudukan kewangan anda dan pilihan anda.”
kelebihan orang yang kurang duit adalah beli rumah..rumah boleh leverage..modal kecil..konsep leverage/OPM…untung lebih kurang sama mcm beli emas..
emas sesuai utk orang2 yang cash byk..boleh beli byk2..nisbah 1:1..beli 1,untung 1..
kalau rumah nisbah 1:x…x boleh jadi -ve jugak..hehehe…
ni satu jer..byk lg klebihan/kekurangan..pendapat aku saja..mls mau tulis pjg2..
rasa ikut apa yg kita selesa skrg… cam kalu loan tak penuh lagi tu baik buat rumah lelong abis2an.. bila dah loan dah kaw2 guna.. diversify buat other investment plaks… emas diantaranye cz mmg tak dinafikan value emas tu boleh defray inflation etc etc esp. ade plak cara org bagi rempit emas ni plak.. huhu.. my 2 cents worth of opinion ;P
salam,
Tertarik dgn ayat “2 jenis pelaburan yang berbeza”…Dah nama pun berbeza, jenis pun berbeza, jadi x perlu nak jadikan isu sebenarnya antara emas ngan hartanah ni…
Perbezaan ni macam kita cuba buat perbandingan antara kuda dengan kereta la…Ada kata kuda ni lebih laju dari keta, ada plak yang kata keta ni tentu le lebih cantek dari kuda…
Itu semua subjektif..
Dalam hal emas ni, pun subjektif gak…Orang yg fokusnya pada hartanah, takkan kata emas ni best…macam tu jugak orang yang fokus pada emas, tentu cakap hartanah ni berisiko…
Walhal dua-dua saling lengkap melengkapi…
Sbg contoh ,ada yg cakap umah trendnya naik je saban tahun…let say tempat tu 1 hari ada pembunuhan, rasa2 nak naik ke trend harga umah or rental rate kat situ selepas kes bunuh tu? ada ke?
Kalau duit sikit, belum boleh buat loan ( 1:10 ), boleh mula dgn meyimpan sikit2…dari simpan di bank, lebih baik simpan dlm bentuk emas..ada byk manfaatnya
Bila dah berketul2 emas, loan pun dah boleh buat, tunggu apa lagi..cashkan terus emas tu xpun gadai aje…guna la duit cash tadi buat byr downpayment umah…Kan senang macam tu…
xsemua org boleh terus pinjam duit dr bank macam tu aje…kena fikir gak…alahai,kalau semua org blh buat loan ngan bank, berlambak le umah lelong org pi…hoho…
itu le opinion saya…hehe
tapi en naem..emas ada pasang surutnya jugak..sila rujuk sejarah harga emas…
Saya suka ngan pandangan en naem pasal emas, tapi saya lagi tertarik ngan kes pembunuhan tue..semoga akan ramai lg yg akan takut beli rumah sebab takut akan ader kes pembunuhan.
Lain-lain perkara yg anda patut takut ngan pembelian rumah ialah:
- rumah akan mendap dan roboh selepas beberapa tahun anda membelinya
- ada binatang ganjil yg membiak di atas siling anda
- penghuni rumah terdahulu mati dibunuh, rohnya tidak aman dan merayau-rayau didalam rumah
- rumah anda dihuni oleh penjenayah kejam yg menanam beberapa mayat di dalam dinding rumah serta tangki septik
- dll..anda tambah la sendiri. Bab tahyul nie best untuk diconsider secara serius.
Sekiranya anda bermasalah ngan rumah anda disebabkan perkara-perkara diatas, silalah hubungi saya, saya sudi membelinya (bergantung kepada lokasi) kerana saya jangka harga yg diwarakan adalah murah. Tambahan pula saya mempunyai bomoh-bomoh handal menghalau hantu. Email saya : matt4304@yahoo.com. Thanks
Contoh kes bunuh : Suajaya Condo di sentul.
Sewa: x pernah jatuh
Harga : Pun x pernah jatuh. ada satu lelongan drpd harga 70k naik 115k
cam xde effect je…
memang patut harga rumah tu jatuh..senang sikit nak beli..
kalau kat US, harga umah jatuh….sebabb?
Harga emas akan sentiasa naik……so beli skrg pun akan untung
hhahahah…matt..awak manyak bagus…kasik tau sape tarak mau inbest umah…juai sama awak……kasik sy senyum ajer….bagus…sonang kawan mau masuk next auction nnti…hahahahahah
mari2…beli emas….jgn beli umah…:D
p/s : sy pong sudi beli umah anda……wakakakaka……….
Assamualaikum wida.
Terima kasih kerana singgah dan tulis komen di blog saya semalam.
pertama kali bekunjung ke mari…
“Wah!..banyaknya ilmu di sini; ilmu spesifik pula tu..” kataku dalam hati
“Rata-rata orang berduit ni…; masing2 mahir bercakap hal2 investment”
blog ini akan jadi rujukan saya bila tiba masanya nanti.
Salam perkenalan dari saya.
Moga kita jadi kawan yang bermanfaat.
Salam ceria & inspirasi
Assalamualaikum
“Pemburu impian”
Salam Fathuri.. saya pun amat seronok membaca blog saudara semalam.. Ada perspektif dalam penulisan saudara yang tidak pernah terjangkau oleh pemikiran saya sebelum ini.. Terima kasih di atas enlightenment dalam penulisan saudara.. Salam perkenalan dari saya juga.. Semoga kita sama-sama berjaya mengejar impian.. Teruskan menulis ye
Saya pun setuju emas ngn hartanah tak boleh di bandingkan side by side…sekarang saya invest dalam hartanah…nanti saya nak invest dalam emas plak….pelbagaikan portfolio…..apa beza emas perhiasan dengan emas yg ketul2 tu??…
Salam Ja.. betul tu.. macam saya kata.. investment ni complementing each other.. bukannya contradicting..
Perbandingan ini dibuat khasnya pada sesiapa yang baru nak mula invest.. sebab bila kita baru mula invest.. capital kurang.. mungkin cukup untuk satu jenis pelaburan saja.. jadi kenalah buat kajian sikit mana yang memberikan pulangan lebih baik.. Mana bagi pulangan terbaik bagi modal yang dilaburkan.. mana lagi selamat. Bagi sesiapa yang ada modal.. digalakkan masuk kedua-dua investment ni..
Kenapa? Sebab melalui emas dan tanah.. kita ada control terhadap investment kita.. modus operandi nya mudah nak faham.. bagi saya dua ini pelaburan pilihan saya..
Sekali lagi.. pilihan di tangan ada..
Emas vs hartanah ada pro & contra…. tetapi kedua2nya adalah harta….
hartanah:
- nilai hartanah berbeza mengikut lokasi
- margin keuntungan mengikut lokasi
- pemilikan hartanah memerlukan modal yg besar
- penjualan balik hartanah memerlukan masa yg agak panjang untuk mendapatkan buyer
- hartanah mendapat dua keuntungan, dari lebihan sewa bulanan dan penjualan balik (ROI)
emas:
- nilai yg sama walaupun lokasi berbeza
- emas boleh dibeli setiap bulan – modal kecil
- jualan balik emas dapat dibuat dalam masa yg singkat
- margin keuntungan mengikut harga semasa
- mendapat keuntungan apabila dijual (ROI)
kedua2nya harus diberi perhatian…. tepuk dada, tanya kemampuan….
INGAT HARTANAH… INGAT EMAS…
i like, all comment
-pembaca setia ilmu pelaburan-
salam
terima kasih semua sbb berminat dalam hartanah & emas
sama macam saya
sapa beli emas dgn saya akan dapat ebook free
rahsia emas
wida…apa email anda?
pokli nak email ebook ni….
beli emas dgn pokli akan dpt
1) main games cash flow 101
2) ebook emas free
3) kongsi lokasi hartanah yg HOTTTTTTT…….HOTTTT….paanassss
4) perancangan kewangan percuma
sharing is caring
memang terbaekk betul la matt punya idea.. gila takut aku nak beli rumah lepas ni.. lagi pun.. rumah tak boleh masuk dalam poket.
Emas penting, tanah pun penting.
1) Emas dari zaman Nabi sampai skang masih bnilai, klu susut nilai utk jangka pendek but klu nilai mningkat melebihi waktu susut.
cth: harga kambing zaman nabi = 1 dinar, ari nie harga seekor kambing masih sama (1 dinar = RM 500 mebih kurang)
2) Tanah amat penting utk invesment, kbiasaannye nilai tanah akan mningkat but x semestinya.
cth; harga tanah kat bukit antarabangsa skang jatuh mjunam but klu dlu beli kat kaw yg strategik mcm kat KL, Subang, Sepang dll pasti melompat kgembiraan ari nie,
Cuma 1 nak pesan, emas bleh di bawa ke seluruh dunia but tanah x, cuba bayangkan klu negara kita blaku perang mcm kat Iraq, sapa ada emas pasti org tu bleh hidup walau ke mana dia pergi but tanah xleh bawak beb.
masa perang tu kalau bawak emas 1 kilo, agaknya camne la nak lari tu…
pastu kena lak tahan dgn askar, pastu kena rompak dgn orang lain…
sama je ..semua ada risiko…
kalau dah perang, nyawa kita la yang paling bernilai…
ada ke nak pikir pasal emas atau tanah ?
confius betul aku manusia zaman sekarang…
pelaburan dlm emas tak bermaksud kita kena beli emas seketul sekilo..
Ia lebih kepada simpanan dalam bentuk emas berbanding simpanan
wang. So. tak perlu takut emas dirompak.. Inflasi akan menyusutkan nilai wang tetapi pelaburan dlm emasakan melawan inflasi.. Di Malaysia nilai hartanah naik mengikut lokasi kecuali di tempat tertentu seperti Bukit Antarabangsa dan TTDI Jaya ( sbb pena kes banjir dulu..tapi now dah naik balik)..
Belum pernah terjadi kes seperti di Indonesia spt tsunami di Acheh dan gempa bumi di Padang..Andai kata (kuasa Allah) terjadi di Malaysia ( mintak dijauhi) kejadian bencana alam..ia akan mempengaruhi harga pasaran di lokasi tertentu.. Yang pernah berlaku di Malaysia adalah banjir dan tanah runtuh..
Jadi ada baiknya kita tidak letakkan pelaburan di dalam satu bakul.. Agihkan pelaburan kita untuk mengurangkan risiko setiap pelaburan..
betul wan….aku rasa ianya satu bentuk simpanan, bukan pelaburan.
pelaburan boleh generate passive income…
untuk keluar drpd rat race…
Sebenarnya aku nak galakkan orang menggunakan EMAS sebagai matawang. Ikut Nabi. Bukannya quote nabi ckp apa dan gunakan ia sebagai modal bisnes…
http://www.kuemas.com.my
Koperasi Usahawan Emas (M) Berhad
“Daripada orang ISLAM
Kepada orang ISLAM”
Modal bisness 2 bukan ke pelaburan, cuba baca sirah nabi dlu baru bg komen & cuba tegok ape yg terjadi kat negara afrika yg tgh bperang Wang & tanah x bnilai but emas la yg mnentukan ssog 2 bleh servive @ x
Di afrika, adakah mereka menggunakan emas sebagai matawang?
tidak jugak…mereka lebih suka guna US Dollar…
kenapa?
Afrika 2 benua, salah 1 negara yg blaku krisis wang fiat ialah Zimbabwe, Rakyat Zimbabwe akhirnya terpaksa mendulang emas untuk membeli barangan keperluan, 2 yg diorg x pentingkan wang kertas lg, emas adalah alat bertukaran yg penting bg mgantikan wang fiat. Bg rakyat kemboja yg bhijrah ke malaysia pulak akibat perang mereka mjadi senang di sini bab mereka jd peniaga di kelantan dgn bmodalkan emas yg mereka bawa dr negara asal. nak buka blog pun mesti kena ada ilmukan?
Pandangan dari sy klu nak minta pendapat bkaitan pelaburan buat lah tajuk:
* Kebaikan pelaburan hartanah & emas
bukan
* Pelaburan hartanah VS emas
dua² aku suke….
hartanah ble bagi income bulan² tanpa perlu gi arrahnu…
emas ble bagi aku income bile terdesak….nak jual senang banget…takyah jupe lawyer pejadah
tak kisahla pro@cons, saya pilih emas & hartanah….
dah beli emas?
armootz.blogspot.com
Ha, kan dah dpt feedback yg +, sy stuju Alhamdulillah emas sy dah beli, rumah pun cam 2, InsyaAllah Bulan 5 tahun depan akan m’perolehi tanah plak, doa2kan ye!
Abg Foto.. kalau abg baca betul2.. saya pro dua-dua pelaburan.. kalau saya.. saya suka buat pro n cons semua benda.. jadi kita ada perspektif yang seimbang bila buat keputusan.. kalau kita pro saje.. tak tgk cons.. samalah macam kita main judi atau masuk skim cepat kaya.. nampak yang cantik2 saja.. yang buruk tak nampak.. kesimpulannya.. takde satu pelaburan pun yang perfect untuk semua orang.. kita yang kena belajar menilai benda tu sesuai.. yakni.. risk nya baik atau buruk utk kita.. wallahua’lam..
Setuju but bukan VS, vs mean berlawan so mcmana kta nak mdpt kebaikan @ keburukan (pro & con) klu kta mlagakan keduanye, klu kta mlagakan kta dpt jwpan satu betul @ satu salah (menang @ kalah), itu pandangan saya, maaf klu saya salah.
kedua dua pelaburan ni masing2 ade pro n cons..
tak perlu untuk dibandingkan…kenapa nak memlilih salah satu ..kalo kite boleh pilih keduanya..
tumpang tanya ..apa beza emas poh kong , habib ngan emas kt kedai biasa .. ada beza ker kt buat pelaburan kt emas2 tuh .. ker bila nk jual rega dia samer jer … sorry x tau sgt psl emas nie ..tp interested ngan this kind of investment …tq
Salam caffein.. maksud caffein emas pakai ke.. kalau emas pakai sama je antara kedai2 emas tu.. 916k..
Bila nak jual kedai emas akan tolak 25-30% dari harga emas semasa..
Selalunya kalau nak buat pelaburan orang akan cari coin, dinar emas atau jongkong.. macam Kijang Emas dari maybank, Dinar Emas Kelantan atau emas Public Gold
nak labur emas ker hartanah ker, mula2 kasik simpan asb, bout OD baru guna utk invest dalam hartanah pulak
aku nak berkongsi pengalaman bab rumah and emas ni. pada aku, the ‘best investment’ is relative from one person to another.
currently aku ada personal loan bayar bulan2 rm1100(semput den). then aku ada jual rumah sekangkang kera dapat la cash money.
then aku beli rumah lelong rm105k , market price 170k.
perancangan aku, settlekan rumah lelong tu 105k dan buat keje2 renovation sket around 15k so total rumah tu rm120k. kendian, aku settle personal loan aku, so slip gaji aku bersih balik(mcm anak dara, suci… hahah)
then aku refinance rumah lelong tu up to 170k, bayar bulan2 pun around rm1100 gak.
next step aku nak sewakan around rm700. so kat sini aku sebelum ni bayar 1100 untuk personal loan now 1100 untuk housing loan plus sewa aku dapat 700. maintenance 100 so income aku 600 (rental income).
so 1100-600= 500 je aku bayar kat bank. later on bila market cantik semula, aku nak jual rumah tu. even kalau kene penalty 1% pun aku kene around rm2000. masih untung lagi la. rumah tu 120k jual 170k.
sebelum di jual tu, cash yg aku dapat balik aku letak asb then aku OD kan, so aku ada bullet untuk next rumah lelong. dividen asb aku dapat, rental income + capital appreciation(harga rumah naik) pun aku dapat.
satu skill aku buat ni, tenancy agreement tu aku letak monthly rental rm1000. dan aku masukkan tiap2 bulan rm1000 dari duit aku sendiri(duit rental dari penyewa aku kutip by hand). so masa loan dengan bank extra income aku rm1000(infact rm700) je. adakah aku menipu bank? ahh itu aku panggil skill hahah…so benda ni aku rotate je step step nya sampai 5 bijik rumah(skang baru ada 1)
duit dari od asb sebahagiannya aku letak dalam emas(tak lebih 10k)…. kot2 ada pandangan dari member2 ….. avocrado
Kalau nak invest hartanah, pilih lokasi harta yang ada potensi naik tinggi. Kalau takat 5% setahun, baik beli emas. Potensi kenaikan harga leh tanya kat Jabatan Penilaian atau bank. Emas satu pelaburan yang baik juga berbanding saham. Satu lagi alternatif, kalau ada cash banyak, beli rumah cash, peh tu cagarkan rumah tu pada bank untuk dapat kemudahan Overdraf, peh tu guna 100% overdraf tu untu beli emas. Tolak interest bulanan yang dibayar atas overdraf, anda boleh untung antara 20-25% setahun.
Rumah yang anda beli tu pulak boleh jana lagi satu income kalau disewakan.
Emas yang anda beli tu pulak boleh rolling lagi ngan arrahnu.. Ce ce ce !!! kalau ada duit semua jadi kan.
Hehe pusing pusing..
Joko, nampak ok. Yang penting jangan terpeleot.
Just nak sentuh satu, rasanya penalty around 3%. Boleh baca clause loan tu. Ada penalty based on pinjaman. Ada juga pada baki yang tinggal. Kalau based on baki yang tinggal, ada trick sket boleh guna, masukkan, katakan 90% cash dari baki yang tinggal. Jadi masa kita settle tu, kita just kena penalty dari baki 10% yang tinggal. Better la dari bayar penalty dari 100% yg tinggal, kan?
kalau saya ada 50k duit asb,apa yg bagus untuk dapat lebih pulangan…