Kisah bulan Syawal

October 13, 2009 · Posted in Hartanah, Motivasi · Comment 

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca Emas dan Tanah.

Selamat menyambut bulan Syawal yang tinggal beberapa hari lagi, dan semoga sempatlah bagi sesiapa yang belum habis berpuasa enam untuk menghabiskannya. InsyaAllah.

Mintak maaf kerana lama tidak menulis. Takdelah bz sangat, sekarang ni cuma banyak habiskan masa dengan keluarga sebelum dijangka berpindah pada bulan 11 ni. Banyak hal keluarga 2 3 menjak ni, dengan ibubapa yang nak ke Mekah dan adik yang telah berpindah. Weekend pula menziarah saudara-mara lebih-lebih lagi yang tua. Seronok dapat melawat yang tua-tua macam atuk-atuk sedara, sebab 2/3 tahun jugak tak dapat menziarah mereka atas tuntutan kerja.

Dalam satu ziarah, dapat saya berborak dengan salah seorang sepupu saya. Sekarang ni dia bekerja dengan pak cik saudaranya (belah lagi satu). Yang menarik pasal pakcik sepupu saya ni, dia dah jutawan. Expenses bulan-bulan satu keluarga sampai berbelas ribu, rumah, kereta dah habis bayar. Dah 2 tahun tak kerja, tapi relax je.. mungkin pasal duit dah bertimbun. Isteri ada 2. Cuba bayangkan satu isteri belanja bulanan berbelas ribu.. kalau 2?

Jadi saya tanya apa sebenarnya pakcik dia buat ni. Rupanya pakcik dia dulu kerja dengan DO office. Tapi sampai satu tahap, pakcik dia berhenti dan jadi certified land consultant. Cerita je lah pasal ambil alih tanah, dia tau luar dalam. Tanah mana yang tak ada tuan tanah. Tanah mana yang boleh dipohon. Sama juga dengan rumah. Kalau dia tengok ada rumah, dia boleh cari owner dia. Selain dia consult kerajaan dalam urusan ambil alih tanah, dia juga ada buat jual-jual tanah ni. Menarik kan?

Jadi saya just pesan pada sepupu saya tu, belajar la segala-galanya yang boleh dari pakcik tu. Bukan semua orang dapat peluang macam tu.

Seronok kan dengar cerita macam tu. Semoga ia menjadi inspirasi dan motivasi untuk kita terus berjaya dan berjaya.