Bajet 2010
Salam semua.. bajet 2010 dah keluar.. dengan tema “1 Malaysia, Kemakmuran Bersama”.
Jom kita tengok apa yang menarik untuk kita sebagai pelabur tahun ni. Sebelum tu, untuk ucapan penuh, boleh pergi ke link ni http://utusan.com.my/utusan/specialcoverage/BAJET2010/bajet2010.pdf
1. Merancakkan aktiviti pelancongan seperti peningkatan kemudahan homestay. Menggunakan internet untuk promosi aktiviti pelancongan negara. Antara produk Pesta Air Nasional, Rain Forest Eco Challenges.
2. Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012. Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.
3. Mempergiat industri halal
4. Sektor pertanian – akuakultur, tanaman makanan, tanaman organik, herba, rumpai laut dan sarang burung walit dan ternakan
5. Memperkasa perusahaan kecil dan sederhana – Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk Tekun dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya. Banyak point on this.. sila baca laporan penuh untuk maklumat lanjut..
6. Mencergaskan pasaran saham
7. Memajukan lagi sistem kewangan Islam
8.Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu.
9. Pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya. Kat point ni ada diterangkan apa future development, sila rujuk ucapan penuh.
10. GST pada peringkat akhir kajian.
11. Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010. Walau bagaimanapun, pengecualian cukai sedia ada dikekalkan seperti pemberian hadiah bagi pelupusan hartanah antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, antara datuk, nenek dan cucu. Pengecualian cukai juga diberi ke atas pelupusan sebuah rumah kediaman sekali sepanjang hayat.
(Wow.. reintroduction of RPGT?)
12. Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus.
13. Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.
14. Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara.
15. Bantuan kewangan untuk projek perumahan yang terbengkalai.
16. Pengenalan skim bagi membolehkan pencarun KWSP menggunakan simpanan sedia ada dan mengambil kira simmpanan masa depan Akaun 2. Ini bertujuan untuk mendapatkan jumlah pembiayaan yang lebih bagi membolehkan mereka membeli rumah yang bernilai lebih tinggi atau membeli rumah tambahan. Skim ini meningkatkan daya pembelian dan terhad pada pembelian satu rumah pada satu masa serta tertakluk kepada syarat-syarat KWSP. Akan dilancarkan pada Januari 2010.
17. Sukuk 1Malaysia
18. Skim Persaraan 1Malaysia
19. Pembangunan Hartanah Wakaf
20. Menambah baik pengangkutan awam
21. Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari, 2010.
Di sini saya highlightkan apa yang saya rasa penting sebagai pelabur dan juga untuk monthly cashflow kita. Yang saya bold di atas pula berkaitan tentang hartanah dan tax dan yang saya find quite mmh memeranjatkan. Banyak juga saya tak sebut di sini, contoh pasal keselamatan, kesihatan, pendidikan awal.. Semua ni boleh didapati di ucapan penuh seperti link di atas. Semoga ringkasan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda merencana keluar masuk wang anda sebagai individu dan sebagai pelabur.
Selamat berjaya!
Comments
3 Responses to “Bajet 2010”
Leave a Reply

cukai perkhidmatan kad kredit dan tax hartanah tu yg tak tahan tu..
tax hartanah ni mcm lagi teruk dr RPGT je.. at least RPGT dikenakan kalau kita pindah milik hartanah dlm masa 5 tahun. yg baru ni takde tempoh masa
lets wait penjelasan dr LHDN utk implementation nnt…klu xde tempoh masa…masak wooo…
apa cite lepas ni cc yg free for life…mine smua pun free for life….but yg guna 2 je…tu pun no outstanding…nk kene adjust strategi la mcm ni…
orang yang pakai kad kredit banyak nie bukan sbb nak berhutang tetapi nak point, kadang2 orang yang ada 2-3 kad kredit nie yang fully utilize dia punya credit limit. Jom potong wuuuhuhuhu