Surat dari pembaca: Bagaimana mahu bermula
Jumaat lepas saya dapat surat dari seorang pembaca bernama Syikin. Since sedikit sebanyak ia dapat membantu orang lain, saya letakkan e-mailnya di sini.
salam wida.. nama saya syikin.. saya ada masuk web anda dan info2 di dalamnya
bagus sekali.. sekiranya wida bleh berkongsi ilmu saya ingin bertanya sedikit tentang
pelaburan hartanah..
buat masa ini saya ada 3 biji rumah yang mana 1 apartment, 1 flat kos rendah dan 1, 2 storey
teres.. saya tinggal di apartment ini dan yang 2 lagi disewakan..saya secara tidak sengaja membeli
3 biji rumah (yang ni panjang cerita) melalui pembelian biasa, iaitu beli sebelum rumah siap..
Pahit getir membeli rumah belum siap ni pun telah saya lalui dan rasanya lepas ni kalau nak beli
pun rumah dah siap je..
Untuk menggandakan kewangan saya, pernah juga saya menjalankan perniagaan.. tapi hasilnya tak lah seberapa..
Jadi saya rasa daripada duit saya tersilap labur, ada baik saya laburkan dlm hartanah..Untuk pelaburan wang saya
akan datang ni.. saya agak berminat tuk buat pelaburan dalam bidang hartanah..
Apa yang saya tahu, kita boleh dapat rumah yang murah melalui auction.. Saya ni memang naif tentang
auction ni.. Agak takut juga bila mendengar perkara2 negatif.. Saya dengar walaupun harga rumah lelong
murah tetapi byk kos2 tersembunyi yang kita tak tahu.. dan masa lelongan akan ada org yang akan sengaja
pura2 bid utk naikkan hga RP dan ulat2 yang dpt duit.. Mungkin saya tidak ada ilmu tentang
auctiion jadi saya tidak dpt menilai baik buruknya..
Boleh tak cik wida beri saya tips/prosedur apa yang saya perlu buat sekiranya berminat dgn auction.. Saya selalu
nampak banner rumah dilelong ditampal di pokok2.. Apa yang saya tahu kita kena tengok dulu lokasi rumah, hutang2
yang masih tertunggak (esp maintenance fee kdg2 mencecah belas2 ribu), kena tgk keadaan rumah rosak teruk ke tak.
Saya lihat ada beberapa flat yang nak dilelong kawasan2 yang saya kira agak strategik tetapi tidak tahu prosedur
dan langkah2 yang perlu diambil.. Saya takut dgn ilmu yang sedikit, saya tersilap langkah pula dlm pelaburan
hartanah..
Diharap Cik Wida sudi berkongsi ilmu.. Terima Kasih..
Ni jawapan saya..
Salam Syikin,
Terima kasih sebab sudi melawat blog saya. Untuk permulaan, ada juga bagus Syikin baca post ni..
http://emasdantanah.com/blog/2009/01/15/tips-memilih-rumah-lelong/
http://emasdantanah.com/blog/2009/01/22/perbezaan-utama-hartanah-lelong-vs-sub-sale/
dan juga
http://hot-auction-property.blogspot.com/2008/08/panduan-ringkas-sebelum-membeli-rumah.html
Ada lagi beberapa post oleh kawan-kawan, tp saya x simpan linknya
Dalam banyak2 tips ni, apa yang penting bagi Wida baca Procalamation of Sales (POS) dan Condition of Sales (COS) betul-betul. Selain downpayment, buyer selalunya kena bayar legal fee, registration bil air/api baru (maybe kena bayar tunggakan klu deposit owner lama tak cukup – ni ditanggung oleh kita). Maintenance, quit rent, cukai taksiran selalunya bank pelelong cover. Tapi kena baca pos betul2 sebab ada bank yang cover maintenance until certain amount je. Hidden charge yang lain – ikut pengalaman Wida, kena bayar progressive payment.. boleh baca di sini
http://emasdantanah.com/blog/2009/05/08/case-study-cyberia/
Untuk dapat untung harga belian nanti tak boleh melebihi market price. Dan harga cukup rendah, so installment dapat cover sewa bulan-bulan. Harga ni kita boleh control dengan letakkan berapa max budget untuk bidding nanti. Dan better buat survey dulu, kalau boleh hindarkan rumah yang berpenghuni especially owner.
http://emasdantanah.com/blog/2009/04/09/anda-beli-rumah-lelong-dan-sudah-ada-penyewa/
Pasal ulat nak naikkan harga tu.. saya tak rasa jadilah kes tu.. psl katakan Syikin dah target sampai certain amount, pastu ulat tu angkat tangan lagi n dia menang.. maknanya dia kenalah beli rumah tu. Syikin kena tegar dengan amount yang Syikin nak.. xleh emosi nak menang la. Tapi ulat yang ada.. deorang akan kowtim dan mintak duit dengan genuine buyer kononnya dia akan lepaskan unit dia kalau buyer bayar sekian-sekian amount. Ada banyak cerita ulat kat blog Faris.
http://faridzaswadi.blogspot.com/
Saya takde cerita sebab saya selalu minta kawan-kawan saya wakilkan, macam Farah dan Faris. Deorang ni agent, since ini kali pertama Syikin nak masuk bidding mungkin bagus juga Syikin guna khidmat deorg dulu, ambik aura dulu.. hehe.. Deorang ni dah expert menghadapi ulat-ulat
http://faridzaswadi.blogspot.com/ Farishttp://hot-auction-property.blogspot.com Farah
Selain tu, rujukan utama saya untuk rumah lelong ni boleh check di blog Sifu Pie http://www.pie2020.com/blog
