Aktiviti di Miri

November 19, 2009 · Posted in Hartanah, Kebajikan · 3 Comments 

Salam semua,

Minta maaf sebab lama tak update blog. Agak susah nak dpt access ke internet kecuali di ofis, tapi kalau di ofis, susahla mau update blog kan..

Setakat ni saya belum jumpa lagi apa aktiviti pelaburan nak buat di Miri lagi. Masih mencari-cari apa yang sesuai lagi. Ada la saya terjumpa satu nama satu auctioneer ni Praise Million Sdn. Bhd. tapi ofisnya di Kuching, jadi saya kurang pasti macamana aktiviti auction di Miri ni. Doa-doakan saya jumpa apa yang saya cari.

Minggu lepas, hari Sabtu, saya join aktiviti company. Tanam pokok buah-buahan di Kompleks Kebajikan Hamidah, Persatuan Anak-anak Yatim Sarawak (Peryatim). Seronok jumpa adik-adik (ke anak-anak?) sama-sama happy tanam pokok. Agak lucu bila semua orang terkocoh-kocoh tanam pokok sebelum hari hujan.

Apa-apa pun jom tengok gambar kat bawah..

 

14112009206

14112009209

Dapat upload 2 gambar je.. yang lain2 error.. anyway.. enjoy!!

TT Pakatan Miri… malam ni.. mau kaaa?

November 13, 2009 · Posted in TT · 6 Comments 

Salam semua.. pada siapa yang mau.. TT pakatan Miri.. kalau jadi.. kat Banana Leaf.. on the way ke Marriot.. 8pm..

TT ni tak confirm lagi.. kalau mau..  call aku 016-3412158.. kalau ada orang.. baru aku buat..

Please call before 8pm..

Kalau aku tak angkat.. message pun ok.. Arigato’

Sudah di Miri! Selamat tinggal Kuala Lumpur..

November 10, 2009 · Posted in Kebajikan, Motivasi · 6 Comments 

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Alhamdulillah 2 hari lepas dah sampai ke Miri.. tengok-tengok cepat jugak perubahan kat sini.. padahal baru tinggalkan Miri setahun lebih je.

Masa last day kat ofis Jumaat lepas tu ada la rasa sedih sket. Tapi sayang tak dapat jumpa kawan-kawan pasal ramai yang outstation. Lambat gak balik.. kemas.. banyak gak barang.. nampak macam sket je.. Sabtu tu pulak, tunggu shipper amik keta.. Janji pukul 2.. Tapi pukul 3 lebih baru datang.. kul 4 baru settle. Lepas tu keluar jalan-jalan, tengok movie untuk kali terakhir sebelum pindah Miri. Ahad naik flight.. Peruzz pun ada kat KLIA.. tp xdpt nak jumpa pasal Peruzz kata “tak mau kacau”.. haha..lawaks.. Dah masuk ruang menunggu pun tak sempat.. pasal flight masuk awal..

Masa menulis ni, dapat berita sepupu saya, Hazirah bt. Abdul Rahman, tengah kritikal kerana jangkitan kuman di Jerman. Pakcik pun dah ada sana. Minta jasa baik pada sesiapa yang mengenali dan juga kawan-kawan di sini mendoakan kesihatan Zira.

Cut short entri kali ni. Cuma nak mengingatkan diri dan kawan-kawan di sini untuk ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satu nya.. sihat sebelum sakit.. Sebab kita tak tau bila kita akan sakit.. hatta masa muda pun..

Terima kasih..

Projek baru di Cyberjaya

November 6, 2009 · Posted in Cyberjaya, Hartanah · 11 Comments 

Salam semua,

Saya baru je balik dari menghadiri promosi projek perumahan baru di Cyberjaya. Tadi ada beberapa developer - UEM, Mah Sing, Emkay dan Setia Haruman.

Projek-projek baru di Cyber ni mahal-mahal belaka. UEM dengan projek Symphony Hills, Emkay dengan Neocyber dan Domain 2. Mah Sing dan Setia Haruman saya tengok dari jauh je.

Symphony Hills ni projek rumah landed – Semi-D, link dan townhouse. Townhouse ni ada 3 tingkat, tapi dua rumah. Rumah atas duplex, yang bawah studio. Townhouse duplex dari 500k++, studio dari 350k++. Link house 700k++, Semi-D juta-juta.

Neocyber dan Domain 2, boleh tanya Rohani. Soalan untuk Ani – Domain 2 ada studio dan dua bilik je?

Mah Sing pun projek Semi-D dan link.

Setia Haruman dengan CBD Perdana 2 – commercial lot. Nampak macam ada residential project tapi macam saya cakap tadi.. saya tak check.

CBD Perdana 2: http://www.cyberjaya-msc.com/Residential/cbd2/cbd2_intro.asp

Shell pun ada rancangan nak buat U-Village di situ.

Semoga dengan perkembangan terbaru ni Cyberjaya terus naik, lagi-lagi dengan projek pasaraya dan lain-lain yang baru diumumkan dalam Bajet 2010 baru-baru ni.

Semoga berjaya!

Apa lagi yang anda perlu tahu tentang Ar-Rahnu

November 4, 2009 · Posted in Ar-Rahnu, Emas · 3 Comments 

Salam semua..

Saya berpeluang untuk ikut kenalan saya untuk meng-Ar-Rahnu kan emas-emasnya. Mengikut pegawai Bank Rakyat, ada 2 jenis pajak gadai di situ, iaitu Ar-Rahnu dan Az-Zahab. Ar-Rahnu ni untuk nilai kurang dari RM10,000 dan Az-Zahab lebih dari RM10,000.

Benda-benda basic yang kena tahu tentang Ar-Rahnu..

(Rujuk: http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu)

1. Loan amount 65% dari nilai keseluruhan emas

2. Upah simpan 75 sen bagi setiap 100 gram u

3. Maximum RM100,000 dan minimum RM100 (Ini menurut pegawai bank tersebut – berbeza dengan apa yang dinyatakan dalam website Bank Rakyat).

4. Tempoh – 6 bulan maksima.

Dalam website Bank Rakyat dan blog-blog emas lain, banyak yang membincangkan tentang Ar-Rahnu ni dengan lebih lanjut. Tapi dalam entri kali ni saya nak memberitahu benda-benda tambahan yang mungkin anda tak ketahui sebelum ni..

1. Bank Rakyat biasanya beri nilai lebih rendah dari pajak gadai biasa. Contohnya.. kalau barang kemas tu 916k, tapi melalui timbangan dan ukuran isipadu berbeza.. deorg mungkin ambilnya sebagai 835k. Ini terjadi maybe pasal design barang kemas tu.. contoh berlubang/berlohong/berongga.. Jadi harga pajakan pun akan berbeza ikut timbangan/karat yang Bank ambil.

2. Barang kemas berbatu tak diterima.

3. Untuk barang-barang kemas yang hollow (berlohong/berongga), satu hari maksima hanya akan dinilaikan sehingga RM5000 sahaja. Kiranya kalau nilai barang kemas anda tu Rm6000, Bank tak kira lagi RM1000 tu. Rugi sikit di sini, sebab pajakan yang anda dapat tak bertambah, tapi upah simpan bertambah.

4. Pembayaran kepada anda boleh dibuat melalui cash, cheque atau IGB (bank-in terus) ke akaun bank anda.

Semoga dapat membantu. Selamat berjaya!

Apartment Flora Damansara untuk disewa

November 3, 2009 · Posted in Flora Damansara, Hartanah · 5 Comments 

Salam semua.. ni ada unit Flora Damansara milik encik Peruzz untuk disewakan..

FD

Flora Damansara, Damansara Perdana Blok D

3 bilik tidur 2 bilik air. Dengan kitchen cabinet. Tiles, tingkat tinggi. Pemandangan cantik.

15 minit ke KLCC melalui Penchala Link.

5-10 minit ke Mont Kiara, TTDI, Bangsar, Sri Hartamas, KLCC melalui Penchala Link.

Berhampiran Ikea, Tesco, The Curve, Courts, Cineleisure, Ikano, Mutiara Damansara.

Kemudahan lain: Maybank, Citibank, Petronas & etc.

Sewa RM550 unit – untuk furnishing boleh runding..

Sila hubungi Encik Fairuz aka Peruzz 012-9863732

P/S: Dari dulu saya suka FD ni.. lokasi best..