Projek baru di Cyberjaya

November 6, 2009 · Posted in Cyberjaya, Hartanah 

Salam semua,

Saya baru je balik dari menghadiri promosi projek perumahan baru di Cyberjaya. Tadi ada beberapa developer - UEM, Mah Sing, Emkay dan Setia Haruman.

Projek-projek baru di Cyber ni mahal-mahal belaka. UEM dengan projek Symphony Hills, Emkay dengan Neocyber dan Domain 2. Mah Sing dan Setia Haruman saya tengok dari jauh je.

Symphony Hills ni projek rumah landed – Semi-D, link dan townhouse. Townhouse ni ada 3 tingkat, tapi dua rumah. Rumah atas duplex, yang bawah studio. Townhouse duplex dari 500k++, studio dari 350k++. Link house 700k++, Semi-D juta-juta.

Neocyber dan Domain 2, boleh tanya Rohani. Soalan untuk Ani – Domain 2 ada studio dan dua bilik je?

Mah Sing pun projek Semi-D dan link.

Setia Haruman dengan CBD Perdana 2 – commercial lot. Nampak macam ada residential project tapi macam saya cakap tadi.. saya tak check.

CBD Perdana 2: http://www.cyberjaya-msc.com/Residential/cbd2/cbd2_intro.asp

Shell pun ada rancangan nak buat U-Village di situ.

Semoga dengan perkembangan terbaru ni Cyberjaya terus naik, lagi-lagi dengan projek pasaraya dan lain-lain yang baru diumumkan dalam Bajet 2010 baru-baru ni.

Semoga berjaya!

Comments

11 Responses to “Projek baru di Cyberjaya”

  1. rohaniah noor on November 6th, 2009 6:34 pm

    ye wida. domain 2 cuma ada studio unit dan 2 bedroom unit sahaja…

  2. nurulwahida on November 6th, 2009 6:57 pm

    Thank you Ani..Kalau ada 3 bilik.. mesti lagi best..

  3. engkubujal2211 on November 9th, 2009 2:00 am

    salam tuan tanah…
    just nk tanya pdapat tuan tanah tentang putrajaya..
    dkabar kn bahawa kadar sewa sana rendah &susah nk dpt tenant?? sbb nye ramai mereka d sana suka sewa rmh area luar putrajaya…
    & lg putrajaya ni hanya ramai org gomen … dmana mereka semua dh dpt rmh kerajaan…..

    pls comment skit pasal tanent d sana??

    sy yang buta putrajaya…hehehehe

  4. nurulwahida on November 10th, 2009 11:19 am

    Salam Engku Bujal.. Wida tak berapa familiar area Putrajaya.. tp dulu ada borak dengan member yg sewa kat sana.. apartment pun sewa 600-700 jugak.. mahal jugak.. agak pelik la sebab generally yang Wida tau.. sewa tak tinggi sangat..

    Tak silap.. Faris ada rumah kat sana.. cuba tanya..

  5. engkubujal2211 on November 20th, 2009 2:46 pm

    thank wida for info

  6. Intan on January 9th, 2010 7:44 pm

    salam wida…
    interested dgn Symphony Hills …
    indicative price mmg nampak gila punya mahal tu…
    kalau ada info lagi pls update ok…
    mah sing punya project pun dah kira mahal ari tu masa preview…
    tq

  7. nurulwahida on January 9th, 2010 10:40 pm

    InsyaAllah Intan.. kalau ada update.. Wida bgtau..

  8. rohaniahnoor on January 27th, 2010 6:34 am

    purajaya ni sebenarnya ada dua je flat yg org beli. kt presint 9 dan presint 11. apartment yg lain2 sumer tu kuarters.
    kalau flat kt presint 9 tu hot. sbb dekat dgn bas dan erl.
    bukan apa, tak semua org dpt kuarters kan.. kena pulak kalau org bujang yg takde kereta.
    org yg baru masuk kerja,..terpaksa sewa kat 2 flat ni jer.
    tp kalau rumah teres kat sini mmg tak berbaloi.
    sangat mahal dan sewa murah.
    sbb biasanya kalau org yg dah ada famili ni, dier dah duduk lama kt putrajaya. senang dpt kuarters.
    takpun dah ada kenderaan utk ulang alik, so diorg stay kat luar putrajaya

  9. rohaniahnoor on January 27th, 2010 6:36 am

    just nak inform, domain 3 dah buka utk pendaftaran.
    dlm mingu ni saya nak jumpa developer, nnt saya update kt blog.

  10. nurulwahida on January 27th, 2010 10:40 pm

    Thanks Rohani for the info!

  11. rohaniah noor on January 28th, 2010 10:45 am

    wida, lawak la panggil saya rohani..
    rasa mcm nama mak aji lak.. nama org tua2..
    rohaniah atau anie..

Leave a Reply