Sudah di Miri! Selamat tinggal Kuala Lumpur..

November 10, 2009 · Posted in Kebajikan, Motivasi · 6 Comments 

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Alhamdulillah 2 hari lepas dah sampai ke Miri.. tengok-tengok cepat jugak perubahan kat sini.. padahal baru tinggalkan Miri setahun lebih je.

Masa last day kat ofis Jumaat lepas tu ada la rasa sedih sket. Tapi sayang tak dapat jumpa kawan-kawan pasal ramai yang outstation. Lambat gak balik.. kemas.. banyak gak barang.. nampak macam sket je.. Sabtu tu pulak, tunggu shipper amik keta.. Janji pukul 2.. Tapi pukul 3 lebih baru datang.. kul 4 baru settle. Lepas tu keluar jalan-jalan, tengok movie untuk kali terakhir sebelum pindah Miri. Ahad naik flight.. Peruzz pun ada kat KLIA.. tp xdpt nak jumpa pasal Peruzz kata “tak mau kacau”.. haha..lawaks.. Dah masuk ruang menunggu pun tak sempat.. pasal flight masuk awal..

Masa menulis ni, dapat berita sepupu saya, Hazirah bt. Abdul Rahman, tengah kritikal kerana jangkitan kuman di Jerman. Pakcik pun dah ada sana. Minta jasa baik pada sesiapa yang mengenali dan juga kawan-kawan di sini mendoakan kesihatan Zira.

Cut short entri kali ni. Cuma nak mengingatkan diri dan kawan-kawan di sini untuk ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satu nya.. sihat sebelum sakit.. Sebab kita tak tau bila kita akan sakit.. hatta masa muda pun..

Terima kasih..