Aktiviti di Miri
Salam semua,
Minta maaf sebab lama tak update blog. Agak susah nak dpt access ke internet kecuali di ofis, tapi kalau di ofis, susahla mau update blog kan..
Setakat ni saya belum jumpa lagi apa aktiviti pelaburan nak buat di Miri lagi. Masih mencari-cari apa yang sesuai lagi. Ada la saya terjumpa satu nama satu auctioneer ni Praise Million Sdn. Bhd. tapi ofisnya di Kuching, jadi saya kurang pasti macamana aktiviti auction di Miri ni. Doa-doakan saya jumpa apa yang saya cari.
Minggu lepas, hari Sabtu, saya join aktiviti company. Tanam pokok buah-buahan di Kompleks Kebajikan Hamidah, Persatuan Anak-anak Yatim Sarawak (Peryatim). Seronok jumpa adik-adik (ke anak-anak?) sama-sama happy tanam pokok. Agak lucu bila semua orang terkocoh-kocoh tanam pokok sebelum hari hujan.
Apa-apa pun jom tengok gambar kat bawah..
Dapat upload 2 gambar je.. yang lain2 error.. anyway.. enjoy!!


