‘Keistimewaan’ Diisytiharkan Menjadi Bankrap?
Sebenarnya saya tengah cari maklumat tentang proses orang yang tak bayar hutang kredit kad ni.. Sebagai pengetahuan am..
Ikut pemahaman saya, selalunya bila tak bayar CC, bank akan divertkan ke internal collection unit deorg, kalau banyak kali mintak tak bayar, lawyer pulak akan hantar surat lawyer. Kebiasaannya waktu ni bank (tak semua bank, subject to their discretion) akan bagi option utk tukar hutang CC jadi term loan. Cuma saya masih cari jawapan, kalau orang tu tak servis term loan, apa jadi? Isytihar jadi Non-performing Loan (NPL)? Kalau nilai NPL kurang dari RM30k? Kalau jadi NPL.. apa bank buat lepas tu? Soalan2 ni saya masih cari jawapannya.. kalau ada reader yang tau.. boleh bgtau di sini..
Kesimpulan..
Tak bayar -> Collection Unit -> Surat Lawyer -> Apa jadi???
Tengah-tengah cari jawapan ni.. saya terjumpa pulak artikel ni (artikel ni agak lama):
`Keistimewaan’ Diisytiharkan Menjadi Bankrap
Wow.. ini untuk ilmu/pengetahuan je.. jangan pulak lepas ni semua berkejar-kejar nak jadi bankrap.. Hutang kat dunia memang boleh lepas.. Hutang kat Akhirat.. Hanya Allah yang tahu.. Nauzubillah..
Semoga kita terlepas dari sengsara hutang-piutang.. Rajin-rajinlah amalkan doa di bawah.. Semoga Allah selamatkan kita semua..
Allaahumma innii a’uudzu bika minal hammi wal hazan,
Wa a’uudzu bika minal ‘ajzi wal kasal,
Wa a’uudzu bika minal jubni wal bukhl,
Wa a’uudzu bika min ghalabatid daini wa qahril rijaal.Ertinya:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Buang ‘hutang jahat”.. Simpan hanya “hutang baik”.. InsyaAllah selamat..
Tambahan: Sekarang, minima hutang tertunggak untuk diisytiharkan sebagai bankrap adalah RM30k, dulu-dulu 10k.
Teratak Muhibbah untuk dijual!
Salam semua, ni saja-saja nak tolong kawan.. Jangan pulak hantar message kat kawan ni letak nama Wida pulak.. hehe..
Ok, macam ni.. ada satu unit Teratak Muhibbah 1, Taman Danau Desa untuk dijual. Blok B. 600 sq ft. Harga buka 70k.. boleh nego.. Boleh call Sepul_JB 0127159452. Maklumat lanjut pun sila hubungi beliau.
Kebetulan Ani pun baru saja letak post pasal Teratak Muhibbah.
Terima kasih.
Soalan dari pembaca: Overdraf
Salam semua, alhamdulillah Ahad lepas n tadi dapat jumpa kawan-kawan.. borak pasal property investment.. overdraf.. kalau sesiapa yang minat nak buat TT di Miri.. jangan malu2.. jangan segan2.. call me Wida @016-3412158…
Anyway saya dapat e-mail dari Hidayah. Pada sesiapa yang minat nak tau pasal overdraf boleh pi website Pie.. mcm link kat belah kanan blog ni..
Ok.. jom kita tengok apa soalan Hidayah:
salam..akak, sy da baca artikel tu..n artikel2 laen gak..pe y sy phm..1. nk apply od ni kena at least ada 11k.. [Wida: betul]2. pastu p asb mntk nk sijil bernilai 11k..(ke dpt krg dr 11k..??) [Wida: Sijil tu dapat 11k]3. sijil tu kite cagar kan pd asb..[Wida: Salah. Sijil tu kita cagarkan ke bank. Bank yang buat OD - RHB, CIMB, Maybank. Margin of Finance 90-95%, bergantung pada bank. RHB 95%, CIMB 90% tapi generally interest RHB lagi tinggi dari CIMB.]4. then leh r apply od..5. kte leh tebus balik sijil tu bile kte byr balik jumlah od y kte guna..(betul ke phman sy ni..??) [Wida: Bila kita dah bayar balik semua amaun yg kita guna, kita boleh tebus balik]tp sy ada beberapa kemusykilan gk di sini… :1. betul ke Konsep OD : Perlukan duit sebanyak Enam (6) Bulan Gaji Kasar Selepas ditolak hutang2 CC or Along..<sbb nyer sy baru keje 4 bln>[Wida: Tak pasti. Tapi ikut pengalaman Wida selalu bank nak 3 bulan bank statement je. Pastu bank akan check hutang2 kita tru CCRIS]2. kte kena aktif kan od tu ke kak…kalo x kite nyer sijil tu akan lebur erk..??<mksd aktif kan od tu pe..?? n kalo x aktif mksd nyer duit kte dlm asb y b’nilai 11k tu burn ker..??>[Wida: Tak faham apa maksud aktifkan? Guna kot? Kalau kita tak guna akaun tu, takdela lebur, tapi buat apa buat akaun OD kalau tak guna.. right?]
Bestnya hari-hari orang bagi duit..
Statement 1: Bestnya hari-hari orang bagi duit..
Statement 2: Bestnya (kalau) hari-hari orang bagi duit..
Anda orang yang mana? Pernah ke terdetik Statement 1 kat hati anda? Ke cuma Statement 2 tu terdetik kat hati anda?
Saya percaya siapa-siapa yang baca blog ni kesedaran kewangannya tinggi. Dan saya percaya anda membuat kira-kira keluar masuk keluar wang setiap hari. Kalau kita bekerja saja, tanpa pendapatan sampingan, wang masuknya sekali je setiap bulan.. tapi wang keluarnya hampir setiap hari!! Saya pernah tanya kawan saya pasal hal ni.. dia jawab.. “Tapi kan yang masuk tu jauh lebih banyak dari yang keluar”.. Benar.. Tapi kalau anda menulis buku 555 setiap hari.. bukankah buku anda akan kelihatan.. mmhh.. condong.. tidak stabil.. Kalau guna dacing pun mesti dah senget sebelah..
Masa jualan face mask saya tengah rancak hari tu.. ooh bestnya.. hari2 ada orang bagi duit.. Bestnya.. saya rasa pakcik makcik dan kakak abang yang jual kat pasar malam dan restoren2 mesti dapat perasaan ni hari-hari.. Secara konsisten..365 hari dalam setahun! Lagi-lagi bila kita fikir rezeki tu kita cari dengan cara yang HALAL dan ATAS USAHA SENDIRI. Ada siapa nak rasa atau dah rasa perasaan ni.. Sila angkat tangan!
Jadi sapa-sapa yang berazam nak jadi kaya.. Cubalah tambahkan pendapatan anda.. Dari satu pendapatan.. yakni gaji.. ke 2/3 pendapatan.. mungkin dari sewa rumah, jual barang, jadi agent..Dari gaji bulanan je.. Jom cuba ‘cipta’ ‘gaji mingguan’.. lepas tu ‘gaji harian’.. Hujung tahun pulak dapat ‘gaji tahunan’ yakni dividen ASB anda atau lain2..
Mari-mari.. cari orang yang mau bagi anda duit hari-hari! Hari ni dah seminggu tahun 2010.. jangan berazam je.. BUAT SEGERA! Jangan suka bercakap dan membaca je.. Tinggalkan blog ni (dan blog-blog lain) seketika.. Dan cari barang yang anda boleh jual hari ni juga!
P/S: Sapa-sapa yang nak beli facemask.. stok ada lagi.. boleh hubungi Wida di 016-3412158! Sapa-sapa yang nak beli barangan Sarawak.. kek lapis Sarawak.. tikar Sarawak.. saprah2 meja pun boleh hubungi Wida di sini! (Belum survey lagi.. tapi bolehlah Wida tolong-tolongkan)..
Apa yang anda belajar dari 2009? Dan cerita 2010!
Salam semua pembaca budiman EmasdanTanah.com!
Dah 5 hari kita masuk tahun baru 2010! Dan sudah 19 hari kita dalam tahun 1931 Hijrah. Semoga tahun baru ni membawa kita lebih semangat dan keazaman untuk berusaha lebih keras mencapai kejayaan dan keberkatan hendaknya.. InsyaAllah.
Alhamdulillah.. ada beberapa KPI saya tahun lepas ada yang tercapai.. ada yang belum.. ada yang banyak kena usaha lagi.. Bila kita lihat balik KPI ni, ada yang patut kita ulangi, ada yang patut kita ubah strategi, ada yang patut kita usaha kuat lagi.. Hanya diri sendiri dapat menilai dan semoga kita pelajari dari pengalaman kita yang lepas ni..
Sejak saya pindah ke Miri.. aktiviti pelaburan saya.. Saya buat senyap2 je.. Adalah beberapa benda buat.. tp malas nak bising2.. Takde bertambah pun property.. Cuma dulu yang belum operate.. sekarang dah operate..Property yang memang dah sedia operate tu.. dah dalam maintenance mode.. Ada jugak rumah yang tenant dah keluar.. Menarik sket kat sini nak cerita.. ialah pasal kebaikan ambik deposit 2 bulan. Masa 1 Disember tu.. saya mintak tenant bayar sewa.. tp dia mintak delay.. 5hb.. Saya kata ok.. So bila 5hb.. dia kata dia dah takleh bayar.. so dia nak keluar.. So dia mintak balik deposit.. Jadi jawapan saya macam ni.. Satu bulan tu.. adalah untuk bayar sewa bulan Disember.. dan satu bulan lagi.. adalah penalty.. menurut apa yang terkandung dalam TA..
Apa yang menarik lagi.. dari aktiviti2 pelaburan ni.. baru saya sedar betapa pentingnya networking.. Dari sharing ilmu.. sharing pendapat… Paling best bila ada geng yang ada property di kawasan yang sama.. Boleh belajar apa problem.. apa bagusnya sesebuah property tu.. Cerita pasal loan lagi.. Lagi best bila saya jauh ni, boleh mintak tolong kwn2 serviskan rumah apa2 yang patut.. Dan lagi lagi best kalau dapat share peluang.. JV.. Kiranya kalau kita buat sorang2 kemampuan kita terhad.. tp dengan adanya kawan-kawan.. network.. macam2 kita peluang baru kita boleh buka.. boleh teroka.. maka kita makin boleh berkembang.. dan berkembang…
Cerita pasal Miri sket.. saya dapati.. harga property kat sini dah makin mahal berbanding masa dulu saya di sini.. Banyak property baru naik.. especially landed.. Kedai2 pun makin naik.. Bintang – shopping complex no 1 kat sini pun dari 1 wing dah jadi 2 wing.. Ikut perancangan.. Tesco pun akan buka di sini InsyaAllah.. Sabtu lepas, saya tersesat masa nak cari makan kat satu kedai makan nama Bilal.. jalan2.. termasuk area kawasan perumahan yang tengah bina.. dan kawasan2 perumahan baru.. Masa tu rasa.. rindunya nak survey2 rumah.. Kalau ada masa, insyaAllah.. boleh la dilaksanakan..
Tadi, borak-borak dengan kawan2 yang dah senior di sini.. Ada projek2 perumahan ni.. developernya adalah pekerja kat company saya kerja sekarang.. Ada satu projek shopping complex, self-funded, owner dia kerja kat Aussie dulu.. cukup duit, buat projek shopping complex.. Ada yang projek macam pasar je.. satu tingkat – kedai kecik2 n tempat orang jual barangan kampung.. Tapi bulan2 owner tu kutip duit.. mmh.. masyukk.. Menarik kan.. Siapa kata kalau kita jadi pekerja.. kita akan jadi pekerja selama-lamanya.. Kalau kita ada kemahuan dan usaha.. InsyaAllah, kita boleh keluar dari kepompong dan kitaran sekarang, dan keluar ke kitaran yang lebih baik.
Jadi di sini, serba sedikit yang saya belajar dari 2009.. dan sedikit cerita sebagai motivasi untuk tahun 2010 ni..
Sedikit nasihat.. Tahun 2010 ni jadikan tahun di mana anda tidak takut untuk bertindak.. Jadikan 2010 ni tahun yang cemerlang untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat, dan sesiapa yang anda kehendaki.. InsyaAllah.. Semoga terus berjaya dan berjaya!
P/S: Saya ada sebuah unit Cyberia untuk disewa.. Available sekarang.. Fully furnish.. RM1800.. Jangan malu2.. hubungi Wida 016-3412158. Sila cepat sementara stok masih ada.


