Apa yang anda belajar dari 2009? Dan cerita 2010!
Salam semua pembaca budiman EmasdanTanah.com!
Dah 5 hari kita masuk tahun baru 2010! Dan sudah 19 hari kita dalam tahun 1931 Hijrah. Semoga tahun baru ni membawa kita lebih semangat dan keazaman untuk berusaha lebih keras mencapai kejayaan dan keberkatan hendaknya.. InsyaAllah.
Alhamdulillah.. ada beberapa KPI saya tahun lepas ada yang tercapai.. ada yang belum.. ada yang banyak kena usaha lagi.. Bila kita lihat balik KPI ni, ada yang patut kita ulangi, ada yang patut kita ubah strategi, ada yang patut kita usaha kuat lagi.. Hanya diri sendiri dapat menilai dan semoga kita pelajari dari pengalaman kita yang lepas ni..
Sejak saya pindah ke Miri.. aktiviti pelaburan saya.. Saya buat senyap2 je.. Adalah beberapa benda buat.. tp malas nak bising2.. Takde bertambah pun property.. Cuma dulu yang belum operate.. sekarang dah operate..Property yang memang dah sedia operate tu.. dah dalam maintenance mode.. Ada jugak rumah yang tenant dah keluar.. Menarik sket kat sini nak cerita.. ialah pasal kebaikan ambik deposit 2 bulan. Masa 1 Disember tu.. saya mintak tenant bayar sewa.. tp dia mintak delay.. 5hb.. Saya kata ok.. So bila 5hb.. dia kata dia dah takleh bayar.. so dia nak keluar.. So dia mintak balik deposit.. Jadi jawapan saya macam ni.. Satu bulan tu.. adalah untuk bayar sewa bulan Disember.. dan satu bulan lagi.. adalah penalty.. menurut apa yang terkandung dalam TA..
Apa yang menarik lagi.. dari aktiviti2 pelaburan ni.. baru saya sedar betapa pentingnya networking.. Dari sharing ilmu.. sharing pendapat… Paling best bila ada geng yang ada property di kawasan yang sama.. Boleh belajar apa problem.. apa bagusnya sesebuah property tu.. Cerita pasal loan lagi.. Lagi best bila saya jauh ni, boleh mintak tolong kwn2 serviskan rumah apa2 yang patut.. Dan lagi lagi best kalau dapat share peluang.. JV.. Kiranya kalau kita buat sorang2 kemampuan kita terhad.. tp dengan adanya kawan-kawan.. network.. macam2 kita peluang baru kita boleh buka.. boleh teroka.. maka kita makin boleh berkembang.. dan berkembang…
Cerita pasal Miri sket.. saya dapati.. harga property kat sini dah makin mahal berbanding masa dulu saya di sini.. Banyak property baru naik.. especially landed.. Kedai2 pun makin naik.. Bintang – shopping complex no 1 kat sini pun dari 1 wing dah jadi 2 wing.. Ikut perancangan.. Tesco pun akan buka di sini InsyaAllah.. Sabtu lepas, saya tersesat masa nak cari makan kat satu kedai makan nama Bilal.. jalan2.. termasuk area kawasan perumahan yang tengah bina.. dan kawasan2 perumahan baru.. Masa tu rasa.. rindunya nak survey2 rumah.. Kalau ada masa, insyaAllah.. boleh la dilaksanakan..
Tadi, borak-borak dengan kawan2 yang dah senior di sini.. Ada projek2 perumahan ni.. developernya adalah pekerja kat company saya kerja sekarang.. Ada satu projek shopping complex, self-funded, owner dia kerja kat Aussie dulu.. cukup duit, buat projek shopping complex.. Ada yang projek macam pasar je.. satu tingkat – kedai kecik2 n tempat orang jual barangan kampung.. Tapi bulan2 owner tu kutip duit.. mmh.. masyukk.. Menarik kan.. Siapa kata kalau kita jadi pekerja.. kita akan jadi pekerja selama-lamanya.. Kalau kita ada kemahuan dan usaha.. InsyaAllah, kita boleh keluar dari kepompong dan kitaran sekarang, dan keluar ke kitaran yang lebih baik.
Jadi di sini, serba sedikit yang saya belajar dari 2009.. dan sedikit cerita sebagai motivasi untuk tahun 2010 ni..
Sedikit nasihat.. Tahun 2010 ni jadikan tahun di mana anda tidak takut untuk bertindak.. Jadikan 2010 ni tahun yang cemerlang untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat, dan sesiapa yang anda kehendaki.. InsyaAllah.. Semoga terus berjaya dan berjaya!
P/S: Saya ada sebuah unit Cyberia untuk disewa.. Available sekarang.. Fully furnish.. RM1800.. Jangan malu2.. hubungi Wida 016-3412158. Sila cepat sementara stok masih ada.
Comments
6 Responses to “Apa yang anda belajar dari 2009? Dan cerita 2010!”
Leave a Reply

wida, rumah cyberia tu iklankan kat letaroom.com dan caribilik.com
mesti laju…
Good stuff, banyak perkara yang saya belajar kat sini, hope tuan tanah keep on writing in 2010.
I couldnt agree more on networking, its a good way to improve ones’ wealth and strength.
Wida ada ke copy TA, boleh minta..this is for my new Mentari Court ..
huhu wida.. takpe hibernate kejap amik angin.. pastu cargass la balik hartanah tu …. hehehe …
ooo apa tips yg boleh kurangkan berat badan 12kg tu??
Ani.. Thanks!! Hari ni berbalam-balam call Wida dapat..
Bro Ram, nanti Wida send.. terima kasih.. harap terus berkunjung ke sini..
Ojah.. hibernate sket insyaAllah sambil kumpul modal.. Ojah.. sy jaga makan kalori intake < kalori outage.. Exercise.. Jangan skip breakfast.. Makan setiap 4 jam.. tp dengan kuantiti dan kualiti makanan yg betul.. Tak amik goreng2 n manis2 sgt..Sket2 dan jarang2.. Minum air kosong atau teh kosong saja (takde gula).. Aaa apa lagi ekk.. hehe.. bila2 jom sambung borak psl ni..
salam kak Wida,
saya najihah. nk tnya psl cyberia condo, sama ker tmpat yg ada invest skrg?
sy nk minta pendapat dan petunjuk. boleh bg email add? urgent
Jiha..sila call..016-3412158.. kalau email saya tak berapa rajin nak reply..