Bestnya hari-hari orang bagi duit..

January 8, 2010 · Posted in Kewangan, Motivasi 

 

Statement 1: Bestnya hari-hari orang bagi duit..

Statement 2: Bestnya (kalau) hari-hari orang bagi duit..

hujan-duit

Anda orang yang mana? Pernah ke terdetik Statement 1 kat hati anda? Ke cuma Statement 2 tu terdetik kat hati anda?

Saya percaya siapa-siapa yang baca blog ni kesedaran kewangannya tinggi. Dan saya percaya anda membuat kira-kira keluar masuk keluar wang setiap hari. Kalau kita bekerja saja, tanpa pendapatan sampingan, wang masuknya sekali je setiap bulan.. tapi wang keluarnya hampir setiap hari!! Saya pernah tanya kawan saya pasal hal ni.. dia jawab.. “Tapi kan yang masuk tu jauh lebih banyak dari yang keluar”.. Benar.. Tapi kalau anda menulis buku 555 setiap hari.. bukankah buku anda akan kelihatan.. mmhh.. condong.. tidak stabil.. Kalau guna dacing pun mesti dah senget sebelah..

Masa jualan face mask saya tengah rancak hari tu.. ooh bestnya.. hari2 ada orang bagi duit.. Bestnya.. saya rasa pakcik makcik dan kakak abang yang jual kat pasar malam dan restoren2 mesti dapat perasaan ni hari-hari.. Secara konsisten..365 hari dalam setahun! Lagi-lagi bila kita fikir rezeki tu kita cari dengan cara yang HALAL dan ATAS USAHA SENDIRI. Ada siapa nak rasa atau dah rasa perasaan ni.. Sila angkat tangan!

Jadi sapa-sapa yang berazam nak jadi kaya.. Cubalah tambahkan pendapatan anda.. Dari satu pendapatan.. yakni gaji.. ke 2/3 pendapatan.. mungkin dari sewa rumah, jual barang, jadi agent..Dari gaji bulanan je.. Jom cuba ‘cipta’ ‘gaji mingguan’.. lepas tu ‘gaji harian’.. Hujung tahun pulak dapat ‘gaji tahunan’ yakni dividen ASB anda atau lain2..

Mari-mari.. cari orang yang mau bagi anda duit hari-hari! Hari ni dah seminggu tahun 2010.. jangan berazam je.. BUAT SEGERA! Jangan suka bercakap dan membaca je.. Tinggalkan blog ni (dan blog-blog lain) seketika.. Dan cari barang yang anda boleh jual hari ni juga!

P/S: Sapa-sapa yang nak beli facemask.. stok ada lagi.. boleh hubungi Wida di 016-3412158! Sapa-sapa yang nak beli barangan Sarawak.. kek lapis Sarawak.. tikar Sarawak.. saprah2 meja pun boleh hubungi Wida di sini! (Belum survey lagi.. tapi bolehlah Wida tolong-tolongkan)..

Comments

11 Responses to “Bestnya hari-hari orang bagi duit..”

  1. gokou77 on January 9th, 2010 10:03 am

    Salam,
    Memang best kalau tetiap ari dpt duit. Mcm saya. tetiap ari keje dpt terus duit.tak perlu tunggu ujung tahun. Pendapatan sampingan pulak dpt seminggu sekali.

  2. nurulwahida on January 9th, 2010 10:19 am

    Wow.. gokou kerja apa tu.. cuba cerita sket..

  3. nurulwahida on January 9th, 2010 10:31 am

    Kalau ada sesiapa yang ada gaji harian/mingguan meh la cerita sini juga..share2 cerita..

  4. ojah on January 10th, 2010 2:41 am

    wahhh wida… Cargassss jd bisneswoman plakkk :) … Chaiyokkkk… Sy pun baru nk try2 berniaga plak ni… Nk harap gaji jek mmg la lembab nk naik… Huhuhu…

  5. hidayah on January 11th, 2010 1:15 pm

    akak, sy slame ni juz jd p’baca blog akak n member2 akak je..
    tringin rse nyer nk jd mcm korg..
    investor y b’jaya..
    golongan financial freedom..
    buleh x akak n member2 akak bntu sy jgk…
    sy nk tau cmner nk mula kn langkah2 kejayaan spt akak n member2…
    hrp akak buleh share tips..
    ~~
    ( utk pengetahuan akak sy bru berusia 21 thn n bekerja di sektor kerajaan..)

  6. nurulwahida on January 12th, 2010 8:44 am

    Hidayah.. insyaAllah mlm ni atau esok Wida cerita..

  7. hidayah on January 12th, 2010 1:33 pm

    k, sy tgu.. =)

  8. nurulwahida on January 14th, 2010 8:34 am

    Hidayah..sorry tak sempat semalam.. Hari ni tgklah kalau sempat.. bz sket..

  9. hidayah on January 14th, 2010 1:28 pm

    xpe, phm…
    sambil2 tu sy cari2 gk ilmu dlm blog korg..
    sronok gak baca korg nyer blog…

  10. Syahman on January 16th, 2010 12:45 am

    Salam Wida..wah..dah kat seberang yea. tahniah!

  11. Adam on April 19th, 2010 10:47 am

    COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram, harga semasa RM 1270.

    Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Harga belian semula yang hebat.

    Terima kasih.

Leave a Reply