Kerja masa lunch hour tadi, TH, Loan ASB dan motivasi sket..

January 25, 2010 · Posted in Azam Tahun Baru, Kewangan, Loan ASB, Motivasi 

Ok sebelum aku proceed.. meh aku bgtau something.. macam korang gak.. aku pun ada list KPI tahun ni.. salah satunya nak tambahkan pelaburan kat ASB.. Target amount? Rahsia.. Hehe.. salah satu KPI gak.. untuk tak bagitau apa yang aku tak patut bagitau kat blog kot (hehe.. yang ni gurau je)

Jadi hari ni aku happy. Salah satu strategi nak tambah amount kat ASB.. aku reallign balik portfolio2 aku.. Yang mana kurang hasilnya dari ASB insyaAllah aku kurangkan atau terminate and dump dalam ASB.. Lagipun aku buat cara ni pasal nak banyakkan modal dari OD untuk projek2 mendatang.. Setakat ni aku masih suka area KL/semenanjung dan belum ada plan nak buat projek kat Miri.. Alhamdulillah..atas bantuan dan sokongan kawan2 yang masih di KL.. insyaAllah projek KL/semenanjung 2010 dah on n still on.. Nilah bestnya networking.. ye tak?

 So masa lunch hour aku keluar tadi pi Tabung Haji. TH belum declare lagi dividen berakhir 31/12/2009, aku rasa mesti deorg declare end of February macam tahun lepas gak. Sebbaik la dividen kira until last balance 31/12/2009, so takyah la aku tunggu masa nak declare dividen lak. Masa aku nak keluar duit tadi, pelik gak apasal borang pengeluaran dia dah siap2 tanda cash option.. takleh cheque.. rupanya bila aku gi kaunter.. kakak tu kata HQ negeri je boleh keluarkan cheque.. Aduhh..nak bawak cash.. takut aku.. so aku kurangkan amaun.. pastu bila dah habis transaction.. kakak tu offer suruh pak gad escort ke kereta.. Wow wow.. terasa macam VIP.. tahniah untuk TH bahagian Miri atas servis tip top.. akak tu dahla baik.. siap kena escort lagi..

Pastu aku terus gi CIMB.. topup sket dari duit OD.. tambah ASB. Alhamdulillah akak kat kaunter ni pun baik la.. Tu pasal mood aku baik je hari ni.. Gi dua tempat.. dua2 tempat layanan best.. Tapi memang aku rasa orang Miri ni baik2 pun.. Pastu macam tau2 je, akak tu cakap pasal loan ASB.. Rate masih -1.6.. Kalau loan 50k 20 tahun, bulan2 RM 300. Dulu aku skeptikal sket pasal loan ASB ni, tp mengenangkan betapa susah nak kumpul duit.. loan ASB ni mungkin alternatif yang baik.. Banyak guna OPM – other people’s money.. so duit korang tu boleh pusing buat lain.. Lagi2 bila aku dah nampak calculation/idea dia dari blog MET.. hati aku pun sudah jadi terbuka.. Yang berkisar tentang ASB aku paling suka baca  tajuk Ada Apa Pada ASB dan Kereta Free (Woww!) . Bagus tentang loan ASB ni lagi, dia insured, so katakan apa2 buruk terjadi (Nauzubillah), insurans akan cover loan ko ni, dan kalau ditakdirkan ko pergi.. dapatlah ko tinggalkan sket2 harta utk orang yg masih bernyawa.. Cuma yang aku nampak.. loan tu tetap loan.. ko masih WAJIB servis tiap2 bulan.. dan ko takleh buat OD dari ASB loan ni.. Dari pro n kontra dia.. pandai2 lah ko judge sendiri..

Okes, apa2 hal pun.. kalau nak mula melabur.. ada beberapa perkara penting:

1. Takde istilah nak kaya cepat tapi tak mau usaha lebih dari orang lain - Kalau ada orang buat macam ni maknanya kejab jelah dia kaya.. Kaya 5 tahun.. pastu tak berkembang2 kekayaan.. mau ka?

2. Ilmu itu WAJIB dicari – rajin2 lah baca buku, blog, borak2 dengan orang bijak pandai, gi seminar.. tambah list ni sendiri.. Kalau nak start melabur.. wajiblah tau tentang finance dan instrumen2 pelaburan..

3. Simpanan itu WAJIB - Ada orang mula melabur guna duit pinjam.. Risky woo.. Buat downpayment rumah guna personal loan.. Sekali rumah tak dapat sewakan.. simpanan pun tak dapat cover housing loan n personal loan.. apa cerita? Ada orang ada hutang credit card dan 2 hutang PL.. pastu buat OD.. ingatkan OD nak tutup hutang credit card.. rupanya tak.. nak buat hutang lain pulak.. aduss pening2.. Credit card 18% PL (tak pernah buat..tak tau berapa percent).. OD katakan -1% = 4.5%.. Aduss..

4. Bertindak – Kalau cakap berdegar2.. tapi tak buat apa.. Apa gunanya, kan?!

(KPI aku utk bulan Januari utk ASB.. insyaAllah dah nak siap.. Korang lak dah capai apa Januari ni? Jom share sini..)

Comments

3 Responses to “Kerja masa lunch hour tadi, TH, Loan ASB dan motivasi sket..”

  1. matjoe on January 26th, 2010 6:34 pm

    1st to comment.

    mana bleh kaya cepat. bulan jan ni 2 significant i accomplish 1) dapat 10k 2) jadikan sijil asb 50k.

    rempit od yang sblm nie :P

  2. Wida on January 26th, 2010 6:36 pm

    Wow.. Tahniah Joe.. sijil sekarang 50k? Rempit OD.. 100k? Wow wow.. Tahniah!!!

  3. OKU on January 28th, 2010 8:06 am

    Beri idea sikit cama mana tak lipat lagi duit 200K

Leave a Reply