Bercakap pasal Beg Coach

February 25, 2010 · Posted in ASB, Kewangan, Kredit Kad, Motivasi · 18 Comments 

Salam semua, hari ni ada beberapa benda menarik la jadi.

 

Masa lunch hour nak melawat kawan yang sakit kat hospital. Tapi bila je baru sebut nama dia kat kaunter, nurse kata kawan ni dah transfer kat hospital di KL. Tanya hospital apa, nurse tu pun tak tau. Hmm.. saya doa-doa kawan saya tu selamat dan cepat sembuh.. takut dengar cerita orang demam 2 minggu tak baik-baik ni..

Masa dalam perjalanan nak pergi, ada la satu nombor yang tak dikenali ni call. Kata nak sewa Cyberia. Aku pun dengan penuh assisting nya cakap la.. dah penuh.. cuba check kat mudah.my.. Pastu orang tu kata.. “Ooh mudah.my ke”.. Aku jawab “Haah”. Sekali dengar lagi “Eii.. ni Tuah laa”.. “Pastu dia kata pass la” Pass la nak jadi telefonis kot.. huhu.. Cheit sungguh-sungguh je aku jawab.. Rupanya Tuah laa.. Kawan aku yang tengah drive kat sebelah gelak2 je bila tau kawan aku menyamar jadi potential tenant..

Lepas tu balik, lunch kat ofis je.. Om pompuan.. biasalah cakap pasal kulit muka la pasal make up la.. pastu cakap pasal handbeg.. Pada sapa-sapa yang tak tau.. Handbag tiruan ni cepat rosak.. Nanti asyikk kena ganti.. Macam aku la tu.. Sekali kawan-kawan aku ni.. wow.. cakap pasal Beg Guess la, Beg Coach la.. Aku cakap pasal Beg Bonia bagus ke? Kawan aku kata “Takk!! Better Beg Coach!!” Aku katalah “Eh, Beg Coach bukan mahal ke?  Bukan ribu2 ke”.. Deorang kata “7, 8 ratus pun boleh dapatt!!” Aku dalam hati “Wow!!”

Tapi aku faham kita masing-masing ada keinginan.. Kadang-kadang kita nak gak benda mahal2 ni.. Kadang-kadang cukuplah, takyah selalu. Kalau rasa selalu-selalu sangat nak benda-benda macam tu, pastu asyik ikut je hati tu, baik ambik duit anda bagi kat anak yatim ke orang miskin ke.. takut kalau ikut-ikutkan sangat.. nanti ada penyakit hati pulak.. Bila kita sedeqah ni, bukan setakat bersihkan harta kita, bersihkan hati kita juga. Kalau tak mampu beli pulak, tahan diri itu lebih baik. Kalau kita tak mampu, selalu nya kalau kita nak benda-benda mahal ni.. apa kita buat? Kita saving sampai cukup kan? Tak pun swipe kredit kad.. then bayar minima.. bulan depan bayar lagi.. takpe.. 18% je.. huhu.. (dengar tak ada nada-nada perli.. Ouch!)

Ok, jadi sebelum kita beli benda-benda mahal ni (yang tak perlu tapi mahu), jom kita analisis pilihan yang ada:

Ooh sebelum tu ingat principal ni – “Today’s money is always better than tomorrow’s money”. Jadi apa kita boleh buat?

1. Paling mudah, saving sampai cukup. Lepas tu BANZAI!! – Kalau anda bijak, sementara cukup tu, simpan dalam ASB ke TH ke.. dapatla dividen sket2.. Katalah beg anda tu RM1200.. Anda simpan bulan2 100 sampai cukup setahun. Bulan pertama dapat simpan 100, bulan kedua dapat simpan 100 lagi jadi 200. Jadi bulan pertama dapatlah dividen dari amaun 100 tu, lepas tu bulan kedua dapatla dividen dari amaun 200..sampai bulan ke 12. Tapi bulan ke 13, habis dah terus duit anda tu. Zero, khalas.

2. Hutang pakai credit card, bayar minimum, bulan depan bayar la 18% sampai habis bayar. Jangan lupa tambah hutang lain. – Hehe yang ni sesuai la untuk yang takde cash on hand. Anda dapatlah beg anda, dan dapat pening kepala gak. Tapi takpe, anda kan cukup baik nak bagi bank 18% tu..

3. Kalau ada pilihan, tukar bayaran CC tu ke 12 month 0% interest.. Wow!! – Pun untuk yang takde cash on hand. Yang ni selamat gakla dengan syarat, pastikan ada duit nak bayar hutang tiap2 bulan. Kelebihan dia.. takde interest la.. sama nilai dia dengan beli cash..

4. Yang paling best, combination 1 + 3 - Bukan setakat anda ada 12 bulan semasa menyimpan nak dapat dividen, tapi anda ada tambahan 12 bulan lagi dari tarikh anda membayar.. Banyak sket la dapat dividen..Masa menyimpan, dividen anda dapat still sama dengan point 1, tapi semasa membayar, let’s say, bulan ke 13, dividen anda based dari 1200 – 100 = 1100, bulan ke 14, dividen anda based dari 1100 – 100 = 1000.. sampai la ke bulan 24.. barulah principal anda habis..masa ni baru la tak dapat dividen apa2.. Tapi oklah sebab sebelum tu anda dah untung sket2 (Untung ke ek? Hehe)

Apa-apa pun tengok disiplin dan kemampuan anda jugak.. Kalau anda rasa anda tak suka servis hutang CC bulan-bulan, save je sampai cukup then bayar la terus.. senang tak pening kepala. Benda ni benda simple-simple je, tapi best gak kalau dapat refresh diri.

Petang tu lak, aku dapat call, loan aku dah approve.. Alhamdulillah.. syukur pada Allah. Jangan risau, ni hutang baik. Untuk tambah pendapatan.

Tambahan: Siapa itu Tuah? Tuah itu telefonis aka salesman aka manager resort yang berkaki lebar (berkaliber). Beliau menguruskan unit-unit percutian di Tiara Beach Resort, Port Dickson di bawah PMC Resort. PMC Resort juga ada unit di Melaka. Sila lawati http://www.pmcresort.com untuk maklumat lanjut. Untuk cuti sekolah, cepat-cepatlah book, takut stok habis pulak!

Tambahan lagi: Selamat menyambut Maulidur Rasul.. Kami merinduimu ya kekasih Allah..

Sibuk dapat tenant!

February 24, 2010 · Posted in Cyberia, Hartanah, Motivasi, Pengurusan Sewa · 4 Comments 

Salam semua.. 2/3 minggu rasa best betul bila produk (hehe rumah sewa) kita laku macam goreng pisang panas..

Setiap hari ada je orang call tanyakan rumah sewa.. kalau enquiry pasal sewa, available lagi ke.. saya jawab la.. tp kalau tenant nak tengok rumah.. saya mintak tolong Faris.. macam ni lah hidup perantau.. tp alhamdulillah ada kawan-kawan macam Faris.. Sampai Faris pun pening kepala nak entertain.. Agaknya macam ni la kerja Tuah dan Peruzz hari-hari kena layan customer yang macam-macam ragam..

Tapi aku kata best sebab macam-macam aku belajar.. belajar cara cakap n handle customer dengan baik.. Belajar nak tulis iklan dengan baik.. Aku iklan cuma kat 3 website je.. tapi minimum aku dapat call sehari adalah 3 call.. rumah ada satu je tapi kalau satu hari minimum 3 call.. seminggu dah berapa.. aku pun tak ingat berapa call aku dapat.. tp banyak no tepon possible tenant aku dah simpan dalam hp aku ni.. Ramai yang nak tengok rumah urgent, nak bayar deposit urgent.. Aku susah nak close deal kalau takde ongkosnya.. Rasa-rasanya orang yang ada rumah lain pun tau apa reason nya.. So semalam ada orang dah bayar deposit.. Sekali hari ni ada sorang ni call, marah2 coz tak dapat rumah tu.. Dia kata dah sediakan duit dah and so on.. Tapi mamat semalam pun siap dah bagi duit.. Jadi sebab aku tau salah aku, aku carikkan rumah lain.. Alhamdulillah ada sorang owner ni rumah dia belum ada orang.. aku call n bagi dia no potential tenant tak jadi ni.. senang-senang je dia dapat tenant ek.. takpela rezeki dia..semoga potential tenant tak jadi tu dapatlah rumah dan hidup dengan tenang dan tak marah2 aku lagi..huhu

Jadi meh aku simpulkan apa yang aku belajar dari rumah sewa yang satu ni.. Untuk pengetahun korang.. dan reference aku gak in the future nanti:

1. Timing kena betul.. Kena tau bila demand tinggi, masa ni boleh mintak sewa tinggi.. Memang kena all-out lah bila dah dekat2 masa demand nak tinggi.. Sebelum sewa ni lah kena betulkan apa2 yang rosak dan install apa-apa yang perlu.. Kalau tak sempat.. siap2 bagitau tenant supaya dia tak terperanjat

2. Iklan kena menarik tapi pada masa yang sama kena jujur, ikhlas, amanah.. Kalau barang takde..tulis siap2..so takyah susah2 nak explain kemudian.. Kalau first pay, first serve basis.. pun kena cakap.. (huhu peringatan kat diri sendiri)..Kalau tulis sewa berapa banyak.. sila bagi banyak tu jugak.. Honour your promise..

3. First impression tu penting.. Kadang2 kita angkat fon cara kita cakap tak berapa best.. probability orang tu tak call balik adalah sangat tinggi.. Cakap lemah lembut, assisting, jujur..

Apa-apa pun alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah berikan.. Semoga Allah terus permudahkan urusan. Amin.

Tambahan: Pada siapa2 yang ada unit di Cyberia, sila contact Wida 016-3412158 sebab ada beberapa tenant yang memerlukan rumah segera. Tiada cas. Kesian kat student2 ni takde tempat duduk lak nanti.

Baru balik dari bercuti

February 22, 2010 · Posted in Uncategorized · 6 Comments 

Assalamualaikum.. pada pembaca-pembaca budiman.. minta maaf sebab tak reply/update blog..

Saya baru balik dari bercuti.. seminggu.. ooh memang best rasa sekarang.. rasa segar.. nak berlari je rasa.. semasa cuti.. saya baca blog orang dan komen sket2 je.. apa yang saya boleh buat dari henfon saje..

Nanti saya akan jawab.. terima kasih atas sokongan anda semua..

Update: Semua komen telah saya jawab.. sila check entri berkenaan..

Betul ke harga rumah takkan pernah turun?

February 10, 2010 · Posted in Hartanah, Kewangan · 12 Comments 

Soalan: Betul ke harga rumah takkan pernah turun?

Jawapan: Generally, harga rumah akan naik. Tapi, ada je kes harga rumah turun.

Sebab dia:

1. Lokasi ‘kureng’/oversupply: OK.. yang ni senang je.. cuba tengok kat Area Rawang.. penduduk berapa.. rumah berapa.. harga MV sana berapa sekarang. Bukit Beruntung, Nilai. Senang kata.. Rawang takde wang, Bukit Beruntung takde untung, Nilai takde nilai.. hehe.. gurau kejab.. Satu saya pelik, area Manjalara pun ada apartment yang harga rumah turun? Kawasan busy.. tapi pelik.. kenapa turun?

2. Maintenance teruk/takde maintenance langsung - Contoh Sri Angsana Hilir di Ampang untuk blok C atau Apt Bukit Mas Taman Melawati. Lif tak maintain, kolam renang hijau.. ada sape ke nak duduk kat area macam tu? Rasa-rasanya kalau jual balik.. ada orang nak beli ke?

3. Hasil teruk – bangunan senget la apa la.. cuba google dan tengok masalah untuk Sri Angsana Hilir lagi..

4. Developer bankrap – belum dapat strata setelah sekian lama dan proses tukar nama untuk penjualan/pembelian pun tak dapat buat – contoh Heritage Condo di Setapak.. Sayang.. bangunan cantik lokasi cantik.. tapiii..

5. Natural disaster – Bukit Antarabangsa.. ada sesiapa nak beli?  Banyak condo area sini.. Sekarang ni rata-rata orang letak iklan condo di BA bukan guna nama BA, tapi guna nama Ampang..

6. Finance climate yang tak berapa best – Contoh ni macam tahun lepas, harga hartanah kat area KLCC turun.. mostly super-high-end condo. Alhamdulillah tak affect rumah-rumah yang lebih murah.

7. Sistem kewangan runtuh – Tengok je kesan krisis sub-prima di Amerika.. Kalau nak faham apa tu sub-prima.. boleh tengok di

http://crisisofcredit.com/

Harap-harapnya sistem kewangan di Malaysia ni takdela manipulative macam di Amerika..

Macamana pulak dengan harga rumah yang naik? Banyak je.. area Bangi, Kajang, Shah Alam, KL pun naik lagi.. Di sinilah kita nampak kepentingan nak buat survey.. Semoga berjaya!

Tambahan: Ni saya bercakap pasal harga semasa rumah tu saja. Lebih bila untuk membeli/menjual. Tak semestinya sewaan tempat-tempat di atas tak untung.. OK!