Betul ke harga rumah takkan pernah turun?
Soalan: Betul ke harga rumah takkan pernah turun?
Jawapan: Generally, harga rumah akan naik. Tapi, ada je kes harga rumah turun.
Sebab dia:
1. Lokasi ‘kureng’/oversupply: OK.. yang ni senang je.. cuba tengok kat Area Rawang.. penduduk berapa.. rumah berapa.. harga MV sana berapa sekarang. Bukit Beruntung, Nilai. Senang kata.. Rawang takde wang, Bukit Beruntung takde untung, Nilai takde nilai.. hehe.. gurau kejab.. Satu saya pelik, area Manjalara pun ada apartment yang harga rumah turun? Kawasan busy.. tapi pelik.. kenapa turun?
2. Maintenance teruk/takde maintenance langsung - Contoh Sri Angsana Hilir di Ampang untuk blok C atau Apt Bukit Mas Taman Melawati. Lif tak maintain, kolam renang hijau.. ada sape ke nak duduk kat area macam tu? Rasa-rasanya kalau jual balik.. ada orang nak beli ke?
3. Hasil teruk – bangunan senget la apa la.. cuba google dan tengok masalah untuk Sri Angsana Hilir lagi..
4. Developer bankrap – belum dapat strata setelah sekian lama dan proses tukar nama untuk penjualan/pembelian pun tak dapat buat – contoh Heritage Condo di Setapak.. Sayang.. bangunan cantik lokasi cantik.. tapiii..
5. Natural disaster – Bukit Antarabangsa.. ada sesiapa nak beli? Banyak condo area sini.. Sekarang ni rata-rata orang letak iklan condo di BA bukan guna nama BA, tapi guna nama Ampang..
6. Finance climate yang tak berapa best – Contoh ni macam tahun lepas, harga hartanah kat area KLCC turun.. mostly super-high-end condo. Alhamdulillah tak affect rumah-rumah yang lebih murah.
7. Sistem kewangan runtuh – Tengok je kesan krisis sub-prima di Amerika.. Kalau nak faham apa tu sub-prima.. boleh tengok di
Harap-harapnya sistem kewangan di Malaysia ni takdela manipulative macam di Amerika..
Macamana pulak dengan harga rumah yang naik? Banyak je.. area Bangi, Kajang, Shah Alam, KL pun naik lagi.. Di sinilah kita nampak kepentingan nak buat survey.. Semoga berjaya!
Tambahan: Ni saya bercakap pasal harga semasa rumah tu saja. Lebih bila untuk membeli/menjual. Tak semestinya sewaan tempat-tempat di atas tak untung.. OK!
Comments
12 Responses to “Betul ke harga rumah takkan pernah turun?”
Leave a Reply

MV valuer yang tentukan,da 3 kaedah yang sy tahu:
1.kaedah kos-kos pembinaan hartanah semasa
2.kaedah potensi pendapatan hartanah
3.kaedah perbandingan harga-ini yang selalu guna,dgn cara analisa harga jualan kini dgn mengambil kira saiz hartanah yg sma dekat kawasan tu.
so kalu harga rumah turun…nak buat apa ek?teruskan disewa?jual?refinance-sah2 rugi le kan..
maybe out of 100, there’s one. syukur kt m’sia ni xde gempa bumi.
latest entry aku: tebus OD
My 2 cent..area Kelang pun ada certain area yg harga murah sgt, wlpn xsampai 1km dgn Giant, esp apmt lot kedai, mungkin sbb kwsn dh jadi terlalu kotor dgn debu dsb..then ada jugak certain2 taman yg di ‘conquer’ oleh certain kaum yg mnyebabkan xramai org luar yg bminat utk tggl situ..btw very gud info..kredit to Wida..
Chop.. Mat Joe.. Mat Utie.. thanks for the info..
good info, betul tu kat bangi kajang harga dah terlalu naik. last2 sy amik umah kt kota warisan area dengkil. janji dekat dgn tmpt keja udah lerr
last year turun je…klo ekonomi gawat..harga rumah murahh…..:)
skang pun rumah still murahhhh gakk ..uf im not mistaekn la
nak beli rumah ke?:D
how about area puchong?
Area puchong ada yang ok, tapi tak semua apartment. Ni kena buat homework sket. Cuba gi site visit tanya sewa vs harga rumah. Takpun boleh check di mudah.my.
Elmo, tak semestinya ya ekonomi gawat rumah murah
Oklah tu, pakai baju yang berpadanan
Ada tak contact no valuerer tuh?
Mintak maaf..takdelah deja..