Bercakap pasal Beg Coach

February 25, 2010 · Posted in ASB, Kewangan, Kredit Kad, Motivasi 

Salam semua, hari ni ada beberapa benda menarik la jadi.

 

Masa lunch hour nak melawat kawan yang sakit kat hospital. Tapi bila je baru sebut nama dia kat kaunter, nurse kata kawan ni dah transfer kat hospital di KL. Tanya hospital apa, nurse tu pun tak tau. Hmm.. saya doa-doa kawan saya tu selamat dan cepat sembuh.. takut dengar cerita orang demam 2 minggu tak baik-baik ni..

Masa dalam perjalanan nak pergi, ada la satu nombor yang tak dikenali ni call. Kata nak sewa Cyberia. Aku pun dengan penuh assisting nya cakap la.. dah penuh.. cuba check kat mudah.my.. Pastu orang tu kata.. “Ooh mudah.my ke”.. Aku jawab “Haah”. Sekali dengar lagi “Eii.. ni Tuah laa”.. “Pastu dia kata pass la” Pass la nak jadi telefonis kot.. huhu.. Cheit sungguh-sungguh je aku jawab.. Rupanya Tuah laa.. Kawan aku yang tengah drive kat sebelah gelak2 je bila tau kawan aku menyamar jadi potential tenant..

Lepas tu balik, lunch kat ofis je.. Om pompuan.. biasalah cakap pasal kulit muka la pasal make up la.. pastu cakap pasal handbeg.. Pada sapa-sapa yang tak tau.. Handbag tiruan ni cepat rosak.. Nanti asyikk kena ganti.. Macam aku la tu.. Sekali kawan-kawan aku ni.. wow.. cakap pasal Beg Guess la, Beg Coach la.. Aku cakap pasal Beg Bonia bagus ke? Kawan aku kata “Takk!! Better Beg Coach!!” Aku katalah “Eh, Beg Coach bukan mahal ke?  Bukan ribu2 ke”.. Deorang kata “7, 8 ratus pun boleh dapatt!!” Aku dalam hati “Wow!!”

Tapi aku faham kita masing-masing ada keinginan.. Kadang-kadang kita nak gak benda mahal2 ni.. Kadang-kadang cukuplah, takyah selalu. Kalau rasa selalu-selalu sangat nak benda-benda macam tu, pastu asyik ikut je hati tu, baik ambik duit anda bagi kat anak yatim ke orang miskin ke.. takut kalau ikut-ikutkan sangat.. nanti ada penyakit hati pulak.. Bila kita sedeqah ni, bukan setakat bersihkan harta kita, bersihkan hati kita juga. Kalau tak mampu beli pulak, tahan diri itu lebih baik. Kalau kita tak mampu, selalu nya kalau kita nak benda-benda mahal ni.. apa kita buat? Kita saving sampai cukup kan? Tak pun swipe kredit kad.. then bayar minima.. bulan depan bayar lagi.. takpe.. 18% je.. huhu.. (dengar tak ada nada-nada perli.. Ouch!)

Ok, jadi sebelum kita beli benda-benda mahal ni (yang tak perlu tapi mahu), jom kita analisis pilihan yang ada:

Ooh sebelum tu ingat principal ni – “Today’s money is always better than tomorrow’s money”. Jadi apa kita boleh buat?

1. Paling mudah, saving sampai cukup. Lepas tu BANZAI!! – Kalau anda bijak, sementara cukup tu, simpan dalam ASB ke TH ke.. dapatla dividen sket2.. Katalah beg anda tu RM1200.. Anda simpan bulan2 100 sampai cukup setahun. Bulan pertama dapat simpan 100, bulan kedua dapat simpan 100 lagi jadi 200. Jadi bulan pertama dapatlah dividen dari amaun 100 tu, lepas tu bulan kedua dapatla dividen dari amaun 200..sampai bulan ke 12. Tapi bulan ke 13, habis dah terus duit anda tu. Zero, khalas.

2. Hutang pakai credit card, bayar minimum, bulan depan bayar la 18% sampai habis bayar. Jangan lupa tambah hutang lain. – Hehe yang ni sesuai la untuk yang takde cash on hand. Anda dapatlah beg anda, dan dapat pening kepala gak. Tapi takpe, anda kan cukup baik nak bagi bank 18% tu..

3. Kalau ada pilihan, tukar bayaran CC tu ke 12 month 0% interest.. Wow!! – Pun untuk yang takde cash on hand. Yang ni selamat gakla dengan syarat, pastikan ada duit nak bayar hutang tiap2 bulan. Kelebihan dia.. takde interest la.. sama nilai dia dengan beli cash..

4. Yang paling best, combination 1 + 3 - Bukan setakat anda ada 12 bulan semasa menyimpan nak dapat dividen, tapi anda ada tambahan 12 bulan lagi dari tarikh anda membayar.. Banyak sket la dapat dividen..Masa menyimpan, dividen anda dapat still sama dengan point 1, tapi semasa membayar, let’s say, bulan ke 13, dividen anda based dari 1200 – 100 = 1100, bulan ke 14, dividen anda based dari 1100 – 100 = 1000.. sampai la ke bulan 24.. barulah principal anda habis..masa ni baru la tak dapat dividen apa2.. Tapi oklah sebab sebelum tu anda dah untung sket2 (Untung ke ek? Hehe)

Apa-apa pun tengok disiplin dan kemampuan anda jugak.. Kalau anda rasa anda tak suka servis hutang CC bulan-bulan, save je sampai cukup then bayar la terus.. senang tak pening kepala. Benda ni benda simple-simple je, tapi best gak kalau dapat refresh diri.

Petang tu lak, aku dapat call, loan aku dah approve.. Alhamdulillah.. syukur pada Allah. Jangan risau, ni hutang baik. Untuk tambah pendapatan.

Tambahan: Siapa itu Tuah? Tuah itu telefonis aka salesman aka manager resort yang berkaki lebar (berkaliber). Beliau menguruskan unit-unit percutian di Tiara Beach Resort, Port Dickson di bawah PMC Resort. PMC Resort juga ada unit di Melaka. Sila lawati http://www.pmcresort.com untuk maklumat lanjut. Untuk cuti sekolah, cepat-cepatlah book, takut stok habis pulak!

Tambahan lagi: Selamat menyambut Maulidur Rasul.. Kami merinduimu ya kekasih Allah..

Comments

18 Responses to “Bercakap pasal Beg Coach”

  1. rohaniahnoor on February 26th, 2010 12:47 am

    hm.. kalau tak beli langsung handbag mahal2 ni pun boleh kan… huhuhu

  2. Wida on February 26th, 2010 1:15 am

    Betul..handbag ni cuma cth je..tp principle dia boleh la guna utk benda2 mahal lain..mcm handphone ke..ni kalau dah craving sgt smpi xleh tdo mlm..bolehla guna teknik ni

  3. Sains untuk jadi Kaya on February 26th, 2010 1:58 am

    Ish,

    bagus tips yang di berikan….paling suka quote ni

    ‘Saving sampai cukup, Lepas 2 banzai’

    dalam maknanya..hehe..

  4. rohaniahnoor on February 26th, 2010 7:12 am

    i am craving for a new nike running shoes. jaga la wiken ni nak beli.. nak nuga tips kedua.. hehehe

  5. rohaniahnoor on February 26th, 2010 7:13 am

    i am craving for a new nike running shoes. jaga la wiken ni nak beli.. nak guna tips kedua.. hehehe

  6. peruzz on February 26th, 2010 6:58 pm

    cane lak kalo cani..

    beli handbag yg berharga rm40/sebijik…

    kalo ade duit RM800.. dah leh dapat 20bijik handbag rm40/satu…

    tiap2 bulan leh tukar handbag….

    mana awak mau.. tukar bandbag tiap2 bulan yg harga rm40.. atau.. pakai beg mahall yg berharga rm800 tp pakai utk 20bulan…
    pk pk kan… selamat beramal… hehehe

  7. engkubujal2211 on February 28th, 2010 9:21 am

    sy pileh cr ke2 jg…
    tp br je start…
    sblm2 ni cuma swep cc je…bjasa pd bank ..huhuhu

    peruZZ,itu skill lama,
    skil miss wida camgini…
    hbeg 800sebj utk gn 1bln je,
    so 1thn= 12bj x 800= miss wida mmg mantok

  8. ojah on February 28th, 2010 5:52 pm

    hehehehe beg coach tuuuu.. ;)

    rasa skali skala manjakan diri no problemo.. but kena wat secara bijak aa.. pasif income time datang dividen asb sedebok ker… wida mmg boleh le beli berbuah2 beg coach tue ;P

    tapi sy suka yg style installement yg credit card kengkadang wat promo tu… point dapat jugak.. bayar pun tak terasa sangat..

  9. treec00l on March 1st, 2010 9:51 am

    cara 4.

    saya bukak kilang sendiri. hahaha.

  10. matjoe on March 1st, 2010 2:11 pm

    fuhh, catchy tol entry ni. btul2, pada aku it’s just a bag

  11. nurulwahida on March 1st, 2010 5:18 pm

    Ani..Wow..saya dah lama usha kasut Nike.. tapi bila tengok harga.. terus saya pilih beli kasut Power warna pink.. hehe

    Peruzz.. saranan awak yang terbaik.. tapi biasalah.. manusia biasa.. cravingnya berbeza2 kan.. kalau tak dapat tahan diri.. kena tau jalan keluar..

    EngkuBujal..wow pandai2 je awak ni.. dengan apa yang awak kata tu.. boleh dapat Vista Lavender sebijik.. hehe..

    Ojah..betul.. saya pun suka zero % installment.. cuma kena tau kemampuan dan disiplin diri utk bayar bulan2..

    Fahim.. sila buka kilang.. buat beg elok2 yang tahan lama dgn harga berpatutan.. kami orang perempuan memerlukan bag2 sebegitu.. haha

    MatJoe.. orang lelaki memang tak pandang handbag ni.. tapi cuba awak offer isteri awak.. dia mesti nak punya..kalau tak.. baguslah.. mesti sejuk hati awak..

  12. tuah on March 2nd, 2010 11:35 pm

    kalau nak beli handbag branded..tapi 2nd..bleh usha http://elegantpoise.blogspot.com/

    bleh gak usha blog http://www.sooyaree.com/

    coach pada aku mahal yg reasonable..compare to LV yg tersangatlah mahal…

    ps:padahal byk lagi handbag yg mahal2..tapi if sebut karang..korang mesti tak pernah dgr…

    bonia? malaysia brand

  13. nurulwahida on March 4th, 2010 8:21 pm

    Wow.. teranya Tuah! Tau bab2 ni.. mesti Teja happy kan..awak selalu belikan beg ori utk dia..

  14. ojah on March 5th, 2010 12:23 pm

    perghh ribu riban jugakkk tuuu blogspot tuuu…

    beg coach singapore time sale boleh la jugak dapat RM700.. malaysia RM1000++

    senang2 sapa2 p Korea beli branded handbag tiruan gred satu murah2 jugakk.. kawan kat sana kata Datin2 Msia p beli tiruan jugakkk.. kita jugak terlopong ;P

  15. Sylista on April 29th, 2010 8:03 pm

    Ojah, time sale kat Singapore, Burberry pon boleh dapat murah dari Coach lagi… esp kat Takashimaya tuh.

    I also getting rid some of my new and preloved items, termasuk lah Coach… I also can consider SWAP/BARTER with Longchamp Les Pliage original though :-D

    Cuba2 la tengok my blog http://butterfrday.blogspot.com Kot nampak yang menarik hati…

  16. Pretty Ummi on May 11th, 2010 11:35 am

    Salam.. Hi dear,

    Jemput2 ler ke blog saya yer.. Original Handbag Coach, Gucci, LV dan bayak lagi yang harga mampu milik.. Boleh bayar installment tanpa bunga (no riba)

  17. nurulwahida on May 11th, 2010 6:03 pm

    Wow.. masing2 promo.. :)

  18. jfook on May 14th, 2010 2:19 pm

    Coach is nice. But expensive though.

Leave a Reply