Menggunakan OD-ASB sebagai alat untuk menyimpan

March 1, 2010 · Posted in ASB, Emas, Hartanah, Kewangan, Loan ASB, OD Tracker, Overdraf 

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni saya MC.. mata tak berapa OK.. ni dah kurang sikit.. tu pun masih berpinar-pinar

Kebetulan hari ni dapat call dari Kak Fi dan Abang Jumaat, kebetulan kedua-duanya bertanyakan OD-ASB sebagai alat menyimpan. Sebenarnya lagi bagus kalau dapat jumpa utk tanyakan soalan2 begini, sebab mesti ada benda tertinggal, kalau tak bersemuka ni. Takut jadi ajaran sesat pulak :) . Akan tetapi, terima kasih kerana menelefon, dan silalah telefon lagi kalau ada soalan di masa hadapan.. Sebelum saya terangkan lebih lanjut, mari kita tengok apa it OD-ASB.

1. Apa itu OD ASB?

Secara pendek, OD ASB ni adalah hutang. Bezanya dengan loan-loan lain, loan ASB, contohnya, kita tidak perlu membayar amaun tetap pada setiap bulan. Maknanya, flexible la kita nak bayar berapa setiap bulan. Akan tetapi, seperti loan ASB, kita dapat dividen ASB dan interestnya juga rendah. Kalau loan lain macam personal loan atau CC, tak ada dividen dan interest tinggi.

Macamana ia berfungsi?

Ok, pada mulanya kita kenalah ada minima 11k dalam ASB. Tukarkan kepada sijil. Lepas tu kita pergi ke bank – RHB, CIMB atau Maybank. Masing-masing margin of finance dan interest berbeza. Yang ni saya tulis pendek je, sebab banyak blog lain dah tulis macamana proses nak apply OD ni.. kali ni mari kita focus apa yang penting untuk tajuk menyimpan dulu.

Katakan anda dah convert ASB anda ke sijil ASB RM30k.

Dan anda memilih bank CIMB, dengan MOF 90% dan interest -1.5% (ni andaian je, sila check dengan CIMB). Dan BLR 5.5%.

Jadi OD yang anda dapat 90% x RM30k = RM27k.

Anda akan diminta utk buka satu current account, dan wang RM27k ni akan dimasukkan dalam akaun anda. Kalau anda tak buat apa-apa dengan akaun ni, maka interest anda jadi kosong, sebab kira penggunaan anda kosong. Katakan anda keluarkan RM20k, maka interest anda akan dikira 5.5%-1.5% dari 20k.

Interest dari 20k = 5.5%-1.5% x 20k = 4% x 20,000 = 800

Maknanya interest anda ialah RM800 setahun.

Kalau anda keluarkan RM10k

Interest dari 10k = 4% x 10,000 = 400

Interest anda ialah RM400 setahun..

2. Soalannya, macamana ia boleh meningkatkan tabungan anda?

2.1. Ni salah satu cara, orang panggil cara ni cara rempit..

Ingat RM20k tadi, masukkan 2ok ni dalam ASB anda. Sekarang ASB anda ada RM50k.

Katakan dividen 7% setahun.

Dividen = 7% x RM50k = RM 3500

Melalui cara ni, keuntungan anda RM3500 – RM800 (Interest) = RM2700. Nanti saya terangkan lebih lanjut pasal ni dalam tajuk kecil Membayar Balik.

Katakan anda keluarkan RM10k, cuba kira berapa dividen anda keuntungan anda.. Sila tulis kat ruangan komen kat bawah.

2.2. Cara sikit-sikit

Cara dia macam cara di atas.. cuma instead of letak balik sekali gedebuk dalam ASB, kita masukkan sikit2..

Ada satu contoh baik, mentioned dalam blog Pie – Maximumkan ASB dari Overdraft. Sila baca dan fahamkan, kalau ada soalan, boleh tanya aku atau Pie. Dalam blog Pie ni, banyak sangat mention pasal overdraf.. boleh baca-baca balik entri beliau..

2.3. Buat pelaburan, yang return lebih bagus dari ASB

Apa-apa pelaburan, kalau nak buat, rule of thumb dia mestilah lagi untung dari ASB. Generally 7% ke atas. Pasal apa.. pasal kalau kurang.. baik dump dalam ASB je.. tak pening kepala.. betul tak? Betull.. Hehe..

Ok, jom kita tengok, pelaburan hartanah. Katakan anda nak menyimpan, dan kalau boleh nak lagi laju dari simpanan ASB..

Katakan anda target rumah RM80k, katakan deposit anda RM8k.. Campur lawyer fee, baiki rumah, dan lain-lain RM7k.. Keseluruhan anda guna RM15k sebagai modal..Anda keluarkan RM15k ni dari akaun OD anda untuk setahun.

Maka interestnya,

Interest dari 15k = 4% x 15,000 = 600

Kita guna kes tadi, katakan ASB anda 30k. Dividen anda

7% x 30k =2100

Katakan rumah sewa anda pulak, setiap bulan profit RM200. Jadi setahun RM2400.

Melalui cara ni, keuntungan anda RM2100 + RM2400 – RM600 (Interest) = RM3900 untuk setahun.

Ada banyak pilihan untuk pelaburan ni, emas ke cpo ke forex ke saham ke.. Anda kira dulu.. sebelum decide nak terjebak dengan yang mana..

3. OD-ASB ke Loan ASB?

Ok, anda dah tau macamana pengiraannya, kini anda nak tau mana lagi untung dari dua ni? Dulu saya pernah baca posting forum dari MET, yang mengatakan lagi untung buat loan ASB dari OD-ASB. Jom kita mintak dia buat entri pasal ni.. (ni ala-ala tag blog orang lain la.. tapi ni tag ilmu.. hehe)

4. Membayar Balik

Ok, memandangkan OD ni pun sejenis hutang, wajiblah kita membayar balik. Bukan setakat interest, tapi principle nya sekali ye. Ada dua cara nak bayar:

4.1. Guna dividen

Ingat pengiraan kat point 2.1 di atas?

RM3500 – RM800 (Interest) = RM2700

Ok dalam ni, RM800 kita dah guna untuk bayar interest. RM2700 lagi kita boleh guna untuk bayar principle sekali. Kalau macam ni.. hutang anda dah dikurangkan menjadi

RM20,000-RM2700 = RM17,300.

Jadi tahun depannya.. interest anda akan dikira 4% dari RM17,300.

Pronya, anda dapat tambahan 20k dalam ASB anda dan membayar hutang lagi cepat. Consnya, anda tak dapat compounding dividen dari ASB, selama mana anda masih berhutang.

4.2. Bayar dari sumber lain

Dari pengiraan di atas, kita tau kita perlukan RM800 untuk servis interest. Jadi kalau kita nak servis principle, kita kena bayar lebih dari tu.Katakan anda bercadang nak settlekan OD tu dalam masa 5 tahun.

Untuk senang kira, kita guna formula senang jelah:

RM20k / 5 tahun = RM4000 setahun

Oleh kerana kita kena servis interest, maka setahun kita kena bayar RM4800 (RM4000+RM800)

Sebulan bayar RM4800 / 12 = RM400.

Ni pengiraan simple, sebenarnya pengiraan dia lagi complex dari ni. Kalau nak detail projection, boleh guna tool EDT OD Tracker yang telah disediakan.

Pronya, anda dapat tambahan 20k dalam ASB anda dan dapat compounding dividen lagi tu. Consnya, anda kena cari source lain utk servis od anda.

Ada beberapa benda lagi yang Kak Fi dan Abang Jumaat utarakan, tapi entri ni dah terlalu panjang. Mungkin hari lain kita boleh cerita lagi.

Diharap dapat membantu.

Comments

14 Responses to “Menggunakan OD-ASB sebagai alat untuk menyimpan”

  1. matjoe on March 1st, 2010 6:25 pm

    First – muahaha….

    selamat sembuh sakit mata :P P

  2. Rohana on March 2nd, 2010 9:32 pm

    Saya ada buat refinance rumah dgn CIMB, ingat nak letak dlm ASB dulu . Kalau nak pakai duit, baru saya buat OD macam yg encik suggest…Saya link blog ni ye..

  3. nurulwahida on March 2nd, 2010 10:22 pm

    Rohana..silakan..nasihat sy pastikan kita mampu nak servis bulan2 utk refinance n od dan hutang2 lain

    Terima kasih krn sudi link ke sini

  4. rohaniahnoor on March 3rd, 2010 12:03 am

    sakit mata leh mc lama.. yeehaa!
    (esok saya cuti gak.. pasal nak study. takut esok mlm ada test mengejut. jumaat pun ada test. huhuhuhu)

  5. MET on March 3rd, 2010 10:26 am

    okies.. dah tulis dah.tapi tak tahu lah terjawab ke idak.hee

    http://tulusgroup.blogspot.com/2010/03/menggunakan-od-sebagai-platform.html

  6. fayadh on March 3rd, 2010 2:14 pm

    salam..sy amat tertarik dgn skil OD-ASB ni sjak beberapa bulan yg lalu..tetapi xboleh nk start lag psl x ckup cash lg..
    insyallah target sy akn ad simpanan sbyk 19000+ pd akhir thn ini(termasuk plaburan di unitrust)..skrg sy dah wat asb loan sbyk 100k..monthly about 620.. simpanan di asb sbyk 6000 dan PM 5000(mmg xnk kuarkn da)… pendapatan bersih sy hanya dlm 900.. jd teknik od ni mampu ke mgurangkn bebanan loan asb n dlm ms yg sme tdak mgngu penambahn dividen dalam asb sy… sebab sy klu boleh nk archieve target ad smpanan sbyk 45k pd 2014 nti.. secara atas kertasnye mmg xde mslah klu sy hnye perlu spend dlm 200 lbih je tiap2 bulan dr gaji sy smpai lah 2014 nti tp memg mustahil lah..so saudara bleh bg x jln atau ape method utk sy capai target sy ni…segala tjuk ajar amat2 sy hargai

  7. nurulwahida on March 4th, 2010 8:20 pm

    Ani.. cuti kejab je.. alhamdulillah mata tak teruk..

    MET! Terima kasih! Alhamdulillah terjawab.. ulasan dan jawapan yang menarik..

    Fayadh.. mungkin boleh baca entri MET tu..

  8. carloss on March 25th, 2010 1:16 pm

    SALAM
    sya ingat nak buat OD utk masuk ASB, cara mcm ni boleh ke:

    PL 366/mth x 15 Thn BR
    CarLond 337/mth x 7 Thn cimb
    Epf 90/mth
    saving 50/mth
    income 900/mth (lepas tolak itu ini kira o la jga)

    klu syna nak buat PL40K (ints.5.20%)BR 340/mth x 20thn
    40k masuk ASB, buat sijil
    OD 90% 36K
    setalkan CarLond 21K – 36K :15k

    duit yg sya byr Carlond tiap2 bulan tu sya buat bayar PL yg baru, kan ke CarLond da satel

    amcm boleh ke mcm ni / ada saper2 yang ada cara lain

  9. carloss on March 26th, 2010 11:18 am

    Pada Hari Jumaat yang mulia ni sudi la sesiapa bg hamba nasihat berkenaan masalah kewangan negeri hamba, semoga Allah akan memberikannya segala kebaikan di dunia dan akhirat hendaknya amin dan menajuhi segala kejahatan

  10. Wida on March 26th, 2010 7:55 pm

    Carloss.. jangan lupa masukkan calculation nak bayar OD tu juga..

    Tapi saya sarankan supaya tak guna PL untuk buat OD..risiko bertambah.. kalau guna PL.. kena servis dua2 – PL dan OD.. kalau guna simpanan OD sahaja..

    Cuba refer sini:
    http://tulusgroup.blogspot.com/2010/03/selain-pl-bagaimana-cara-lain-utk-buat.html

  11. MET on March 30th, 2010 10:40 am

    dah buat ke PL ke2??

    em.PL satu abis langsung ke..wat ape ye..kawin ke??

  12. carloss on April 1st, 2010 8:40 am

    terima kasih tuan punya tanah
    semoga tanah tuan subur hendaknya
    wassalam

  13. qrizal on May 12th, 2010 10:36 pm

    kalu wat od vs geran tanah bleh dak

  14. atam on July 12th, 2010 10:10 am

    terima kasih bagus informatian ni …

    http:www.healthybodyy.blogspot.com

Leave a Reply