Orang terkaya pun belajar cashflow dulu

March 16, 2010 · Posted in Kewangan, Motivasi 

Sorila banyak hari tak menulis.. Dah berapa hari nak post benda ni, hari ni baru sempat.. Entri ni utk support entri lepas.. Pasal dulu2 saya pernah nasihat kawan yg ada masalah kewangan pasal kepentingan monitor cashflow, simpanan tapi dia tak percaya.. nak buat bisnes tp cashflow tak jaga.. last2 bisnes tak jadi.. Sayangkan.. Jadi artikel ni sebagai bukti.

Pengalaman memang mengajar kita. Pengalaman baik memang kita nak rasa, nak teroka. Tapi kalau pengalaman tu pengalaman buruk, anda nak belajar rasa sendiri ke nak belajar dari pengalaman orang lain? Sila fikir-fikirkan :)

Carlos Slim terkaya di dunia

MEXICO CITY 11 Mac – Ahli perniagaan Mexico, Carlos Slim yang mengatasi Bill Gates dalam senarai Forbes bagi gelaran jutawan dunia, terkenal dengan sikapnya yang merendah diri dan sentiasa membuat pelaburan ketika krisis ekonomi.

Slim, 70, berada di kedudukan tertinggi itu buat pertama kali dalam senarai itu yang disiarkan semalam, mengatasi pengasas Microsoft, Gates.

Sebelum ini, Slim, berada di tangga ketiga sebagai operator telefon bimbit terbesar Amerika Latin.

Kekayaannya dianggarkan berjumlah AS$53.5 bilion (RM177.8 bilion), berdasarkan kedudukan baru yang dikeluarkan Forbes, semalam.

“Jumlah keuntungan yang dicapainya itu berasaskan harga saham syarikat, jadi kami gembira kerana pelabur yakin dengan Mexico, Amerika Latin dan syarikat kami,” kata jurucakap kumpulan Slim Telmex, Arturo Elias Ayub.

Menurut Forbes, keuntungan Slim berkembang AS$18.5 bilion (RM61.4 bilion) dalam tempoh 12 bulan dan perkongsiannya dalam Movil Amerika yang mana ia memiliki kepentingan berjumlah AS$23 bilion (RM76.4 bilion), peningkatan sebanyak 35 peratus setahun.

Kemahiran Slim dalam bidang perniagaan dipelajari sejak kecil apabila ayahnya, seorang rakyat Lebanon memberikannya buku simpanan bagi menguruskan pendapatan dan perbelanjaan mereka.

Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam dan kemudiannya menubuhkan syarikat telefon utama, Telmax selepas memperolehinya daripada kerajaan pada 1990.

Semasa krisis kewangan pada 2008, beliau terus membeli perniagaan yang mengalami masalah seperti pertama kali dilakukannya ketika krisis ekonomi membelenggu Amerika Latin pada awal 1980-an.

“Dalam keadaan yang sepatutnya berhenti melabur, dia terus melabur lebih banyak apabila krisis melanda dan ia membuahkan hasil positif,” jelas Ayub. – AFP

Sumber: Utusan

Comments

16 Responses to “Orang terkaya pun belajar cashflow dulu”

  1. safuan on March 16th, 2010 3:44 pm

    baru baca psl die kt forbes td

  2. tuanbri on March 17th, 2010 12:59 am

    tak ramai yang kenal dia…sebelum dia jd org Terkaya..

    itu buku accounting..aku pun ada masa Sekolah Menengah dulu..

    camne nama aku tak masuk lagi dlm Forbes ni.? pelik la pulak..

  3. jeguk on March 17th, 2010 7:15 am

    aku prisip akaun spm dapat 8..emm…xde harapan ke nak masuk majalah nie??…

    “Tuan Bri? sape dia??…tak ramai yang kenal dia…sebelum dia jd org Terkaya..”..xlama lagi…tunggu….Amin!!

  4. nurulwahida on March 17th, 2010 8:30 am

    Safuan.. bila awak nak masuk Forbes pulak :)

    Hehe..bri.. bukan ke nama ko dalam calon2 masuk Forbes.. tunggu la nanti umur ko 40.. insyaAllah.. ramai doakan ko ni..

    Jeguk..tu prinsip akaun..kalau tau basic cashflow pun ok kan..yg basic.. yang tak basic tu.. boleh belajar.. “Jeguk? sape dia??…tak ramai yang kenal dia…sebelum dia jd org Terkaya..”..xlama lagi…tunggu….Amin!! –> pinjam ayat ko :)

  5. syada on March 19th, 2010 2:03 pm

    saya x amek accounting.. :(

    utk wida plak..
    “Jeguk? sape dia??…tak ramai yang kenal dia…sebelum dia jd org Terkaya..”..xlama lagi…tunggu….Amin!!

  6. syada on March 19th, 2010 2:04 pm

    saya x amek accounting.. :(

    utk wida plak..
    “Wida? sape dia??…tak ramai yang kenal dia…sebelum dia jd org Terkaya..”..xlama lagi…tunggu….Amin!!

  7. MiL on March 21st, 2010 1:39 am

    yupp.. setuju 200%..

    tak senang nak cari part-time bookeeping course kat Malaysia nie.. kalau ambil online tak pasti pula boleh align dengan tax2 di Malaysia nieh..

    Kalau pakai software bagus.. keep in data je.. tapi tak banyak dapat belajar.. hmm..

    Tambah lagi orang yg tiada basic acount macam saya..

    – MiL

  8. nurulwahida on March 22nd, 2010 8:21 am

    “Syada? sape dia??…tak ramai yang kenal dia…sebelum dia jd org Terkaya..”..xlama lagi…tunggu….Amin!! hehe

    MiL..saya terjumpa satu buku dari PTS.. finance for non-finance people..lebih kurang macam tulah..tp saya belum baca lagi..

  9. pakdeen.ktrg on March 22nd, 2010 1:13 pm

    Salam wida , pak deen ada baca blog wida, bagus juga apa yang ditulis wida, pakdeen suka.

  10. yus on March 23rd, 2010 5:38 pm

    Hai….

    Saya nak tanyer berkenaan OD tracker. Nak mula2 blajar berkenaan OD ni….

  11. otek on March 25th, 2010 1:06 pm

    salam wida,otek selalu baca blog ni,byk ilmu boleh dapat cuma kena amalkan aje.Dari mula keja sampai skg dah amalkan cashflow dan networth cuma pengetahuan tak bayak aje…walau bagaimana pun tahniah diatas kesudian memberi ilmu

  12. Affuan on March 26th, 2010 4:51 pm

    Orang yang baru nak kaya apa lagi kan? Hehe.

  13. Wida on March 26th, 2010 7:48 pm

    Salam Pakdeen.. saya pun sukkaaa baca blog Pak Deen..terima kasih atas nasihat2 dlm blog pakdeen

    Hi Yus..silakan..

    Otek.. jom mulakan!

    Affuan.. yup..cashflow tu paling penting

  14. MiL on April 20th, 2010 12:53 am

    Assalamualaikum wbk..

    Wida apa kabar..?Hmm, ingatkan dulu saya pernah janji nak belajar pasal hartanah dan rumah..

    Tapi memandangkan basic cde.. kenalah saya start dari cashflow dulu..

    Hmm, ibarat cam lesen mandu xder, nak bawak keter x pandai.. terus nak terjun bawak keter.. huuuhhh.. habis ler..

    p/s: lagi selamat naik teksi.. :)

  15. Qity on May 4th, 2010 2:51 pm

    I support your blog…very informative…masih ramai yg terkial2 pasai invest in gold nie..

  16. nurulwahida on May 11th, 2010 6:17 pm

    Hehe.. selamat belajar MiL.. apa update terbaru? lama dah sy tak buka blog MiL

Leave a Reply