Pelabur Hartanah macamana anda nak jadi? – Part 2

May 18, 2010 · Posted in Hartanah, Motivasi 

Assalamualaikum semua dan salam hari Selasa.

Terima kasih pada semua yang bagi komen dalam post sebelum ni, terutamanya brother Joko yang bagi idea baru tentang pelaburan hartanah. Teringin benar ada modal untuk beli tanah, tapi off coz la xdak lagi kan. Doa-doa dimurahkan rezeki agar dapat buat macam brother Joko buat ni satu hari nanti, InsyaAllah.

Kalau sesiapa ada idea lagi boleh la share sama-sama, supaya kita ni sama-sama maju. InsyaAllah.

Dari pengalaman saya yang tak seberapa ni, peluang pelaburan ni tak datang dalam bentuk/pulangan yang sama. Jadi pasal tulah saje saya bangkitkan post yang dulu tu.  Ada yang cashflow (CF) tinggi, dan ada yang capital appreciation (CA) tinggi. Dan bak kata brother Joko lagi, selalunya CF ni tak selari dengan CA. Saya tak dapat sangkal fakta ni. Jarang sangat nak dapat CF tinggi bersama CA tinggi.  Malah ada satu rumah saya CF hanya dalam RM50 saje, tp kalau kirakan CA nye.. amboi.. berbaloi-baloi..

Tapi ada sorang brother ni, saya tengok dia dapat buat dua-dua. Beza dia dengan kita, dia ni buat HOMEWORK gila baik punya. 1 rumah dia maybe dapat CF 3 kali rumah kita. Yang bestnya macam ni, dari segi management tu dah kurang. Kurang pening kepala dari segi nak menghadapi kerosakan dan karenah tenant. CA pulak lebih kurang dengan kita. Dan rumah pun medium cost jugak macam kita. Untuk seorang pelabur, ini adalah setting yang ideal, tapi nak sampai tahap tu, banyak la lagi kita kena belajar.

Jadi sebelum beli rumah, kita kena tau apa target kita. Secara keseluruhan, dan rumah case by case. Case by case ni pasal kadang2 peluang yang datang tu tak sama. Ada yg CF lebih ada CA lebih. Bukannya setakat landed vs non-landed je, ada gak apartment yg CF kurang tapi CA lebih.

Cashflow ke capital appreciation. Kalau tak nak pening kepala, bulan-bulan nak senang hati bayar kat bank, target cashflow la. Kalau nak modal pusingan, utk projek lebih besar, capital appreciation la. Kalau main rumah lelong pulak, dapat pulak harga beli tu jauh dari market price, dan-dan je dapat untung dari segi harga tu terus. Ada yang beli cash pastu refinance nak dptkan keuntungan tu. Ada yang jual. Ada gak yang amik loan yg takde lock-in period pastu refinance ke bank lain. Saya takde pengalaman buat loan yg takde lock-in period ni, tp tak silapnya ada syarikat insurans yang bagi loan tanpa lock in period. Cuma installment bulan2 agak tinggi la.

Ooh berbalik kepada persoalan Pelabur A ke B ke C?

Semua pun ada pro and cons nya.

Terus terang, saya sekarang ni pilih A la. Pasal tu yang paling senang. Tak kacau cashflow saya bulan-bulan. Tapi, apa yang saya nampak la, cara ni agak slow la. Bulan-bulan memang ada duit lebih, tapi takdela sedelepuk. Nak modal sedelepuk, kenalah kumpul dari duit-duit lebih tu. Padahal, ada je kemudahan nak dapatkan cash tu. Kalau untuk orang marathon boleh la kan, relax je. Tapi kalau orang yang tengah sprinting, ada kaedah lain boleh buat.

Yang B, tak perlulah saya ulas.

Yang C, ni option yang tengah saya fikirkan lah. Cuma saya nampak, cash in hand kena banyak. Backup kena banyakk. Yelah dah CF pun tak berapa banyak, kalau BLR naik, dan kalau lah ditakdirkan tak cukup nak cover installment, kenalah tau cari duit mana nak cover balik. Dari refinance/home xtra, maybe boleh dapat modal banyak sekali gus, kena disiplin la nak guna duit tu ke mana. Takut nanti mata kelabu asap tengok duit banyak2, dari nak jadi modal, duit tu jadi downpayment beli keta baru lak. Rumah tak de, duit abis, joli kat keta je pulak. Cuma dari option C ni, rumah dia dari medium ke high cost. Jadi kena ingat la, kalau high cost, kos-kos lain pun lebih tinggi la, lawyer la, stamping utk tenancy agreement la, maintenance, assesment, downpayment la. Kena kira betul-betul la, jadi takdela overhead cost ni jejaskan pendapatan kita pulak.

Kalau ada dua rumah, dua2 CFnya RM200, tapi satu tu rumah A RM70k satu tu pulak rumah B RM180k, Rumah B tu pulak rumah lama, CA sama dengan rumah A yang baru. Mana satu anda nak pilih?

Lagi satu, kalau anda main semua rumah medium cost kan, ada 3 bijik dengan CF RM700 dan 5 bijik dengan CF RM700, mana anda nak? Kalau kurang rumah, kurang karenah penyewa nak kena kita hadapi, kan?

Jadi all in all, apa yang penting adalah HOMEWORK aka maklumat. Apa yang anda tahu pasal rumah tu. Apa yang anda nak.

Paling best kalau dapat rumah-rumah, yang OVERALL effectnya – CASHFLOW tinggi, CAPITAL APPRECIATION tinggi, OVERHEAD rendah, MODAL rendah, dengan KUANTITI rumah paling sedikit.

Itu yang paling best.

Tapi kalau tak jumpa rumah dengan 5 kriteria di atas, jangan jadikan ia alasan kenapa anda tidak bermula melabur dengan hartanah. Terima kasih.

Comments

7 Responses to “Pelabur Hartanah macamana anda nak jadi? – Part 2”

  1. ainul on May 19th, 2010 4:31 pm

    nice info.. tq2.. :)

  2. rohaniahnoor on May 19th, 2010 11:33 pm

    pelabur A tu, mmg boleh berlaku ke? possible ke 5 unit flat kos rendah boleh bg positive cashflow 1700? maknanya satu unit bg bg rm340 purata sebulan selepas tolah maintenance fee semua?

  3. Wida on May 20th, 2010 8:10 am

    Ainul.. no problem…:)

    Ani.. possible.. ada kawan dapat 1 rumah low cost profit 500 lagi.. tapi ni kena cari betul2..skrg ni makin susah nak cari..

  4. MET on May 20th, 2010 12:11 pm

    sebab tu situasi A tu wida tulis medium cost..lebih mudah dapat banding low cost.hee.

    advantage lain untuk A is dia boleh refinance max..and banyak kali. banding C mungkin kena jual. so hilang sudah rumah/aset..kalau refinance tinggi -ve cashflow pula…

    dah update sikit untuk tajuk wida.
    http://tulusgroup.blogspot.com/2010/05/yang-mana-pilihan-kalbu.html

    thanks wida.

  5. tuanbri on May 20th, 2010 4:42 pm

    best aa cf = RM500…..sekarang ni nak dapat ?
    dengan blr naik lagi…hempeh je…

    expected bulan 8 naik lagi…uhuhuhuhu…

    tapi itu tidak menjadi penghalang…insya allah.

    Wida, bila nak tambah Cyberia ?

  6. nurulwahida on May 20th, 2010 4:52 pm

    Met.. terima kasih ulas.. nnt wida kacau blog met ye.. hehehe

    Bri.. huhu itulah asam garam orang-orang macam kita.. blr naik turun.. Cyberia, stop dulu.. harga dah makin naik la skrg.. susah nak dpt mcm dulu.. ko nak try cyber ke..

  7. ahmad on July 17th, 2010 5:36 pm

    HOUSING LOAN WITH THE BEST BANKS IS PROVIDED:
    *ING, OCBC, RHB, STANDARD CHARTED n MANY MORE BANKS
    *LOWEST RATE IN TOWN
    *EASIEST N FASTEST TO APPROVED
    *loan RM100k up to RM2m
    *fixed rate
    *4.99% p.a onward
    *fixed up to 30 years
    *90% financing
    *CONFIRM APPROVED
    *NO CHARGE N NO HIDDEN CHARGE AT ALL!!
    *BUYERS ARE ENCOURAGED TO APPLY!!!

    1)PEACE OF MIND
    No BLR, fixed installment, no risks, no worries
    2)NO PENALTY
    On early settlement. (Pay off, sell off anytime)
    3)FLEXIBLE
    The more you prepay, the more you save
    4)PAY ANYTIME
    No notice required. Extra payments accepted.
    5)DAILY REST
    Save more, Interest Saving
    6)FREE PROCESSING FEE

    INTERSTED TO APPLY JUST CALL:
    Name: Mr. Ahmad 0136455994
    Alamat: Pusat pembangunan ING, tingkat 8.01, no 13,Jln Cempaka SD 12/5, PJU 9
    Bdr Sri Damansara,
    52200 Kuala Lumpur
    No phone: 0136455994
    Email: INGgudfinanplanner@gmail.com

Leave a Reply