Cerita best pasal Kad Kredit

June 11, 2010 · Posted in Kewangan, Kredit Kad, Loan, Motivasi 

Salam semua, mintak maaf pasal dah lama tak menulis. Akhir Mei hari tu saya cuti, balik KL, Isnin minggu ni baru balik. Best betul, cuti Gawai.. so semua pakat-pakat cuti lama. Tapi cuti kali ni saya bz bangat. Ada event family. Tak sempat nak update blog.

Kad Kredit pun terbabas. Terlebih beberapa hari. Masa bayar hari tu financial fee dan late payment fee belum keluar lagi. Hari ni dah keluar. Nasib baik ada online system, bolehlah check. Jadi saya pun gunalah tips dari satu blog ni – penulisnya kerja di call center kad kredit. Sayangnya sy dah hilang link nya.. Saya tau penulisnya baca blog ni, jadi silalah perkenalkan diri anda ye..

Ok sambung cerita tadi..

Truttt truttt…(Bunyi telefon la ni)

Call Center (CC): Hello.. cik Nurulwahida apa boleh saya bantu?

Wida: Ooh, saya nak mintak waive kan financial fee dan late payment fee boleh?

CC: Kejab ye Cik Nurul. (Cik CC kita ni pun check lah itu ini).. Baiklah cik.. saya waive kan kedua2 fee tersebut.

Wida: (Dalam hati – aik senangnya?? Tak payah bagi alasan apa-apa pun?)

CC: Cik Nurul, boleh saya check, macamana dengan yearly fee cik? Dulu masa cik register macamana pakejnya?

Wida: (Dalam hati – hmm camana ek? Rasanya dulu kata waive 2 tahun je, tp ni dah berapa tahun pakai dah..tak pernah bayar pun..) Mmh saya tak pastilah cik. Rasanya takdelah. Saya tak pernah bayar pun.

CC: Kejab ye cik. Stay on the line.

Tap tap tap ntah apa dia key in ntah..

CC: Ooh cik tak payah bayar. Nanti saya tarik balik charge ni.

Wida: (Dalam hati – ooh ada pulak ke yearly fee. tadi takde dlm statement pun. alhamdulillah syukur. mintak satu dapat dua).

Sebelum tu tengok ada government tax, tengok redemption point cukup nak cover tax. Apa lagi.. gunalah..

Best betul bila guna kredit kad ni bila kita bayar full on time. Takpun kalau dapat guna 12 month interest free installment. Sebab cost penggunaan = hampir sifar. Lagi-lagi kalau redemption point kita banyak. Tak pasal2 boleh dapat hadiah pulak.

Pada siapa yang guna kaedah OD + Kad kredit tu, mesti dapat point banyak. Beli tiket kapal terbang dapat point, beli minyak dapat point, beli barang dapur pun dapat point. Kalau redeem dengan voucher, dapatla beli baju seluar free.  Tapi ada satu keyword yang anda kena ingat, DISPLIN. Dah belanja banyak2 janganlah terbabas. Kalau sebulan dua terbabas maybe credit card company boleh waive kan segala mak nenek fee yang ada. Kalau bulan2 terbabas.. rasanya deorang nak bagi ke? Lagi satu keyword, BAYAR PENUH. Pastikan sebelum guna tu, dah ada duit nak bayar hutang kad kredit tu. Peningnyaaaa kalau tak bayar penuh – compounding interest tu siapa nak bayarkan? Dan kalau tak faham pasal CASH ADVANCE, jangan amik. Anda hanya menjerat diri anda.

Nak tau tak, kat negara Jepun, credit card company susah nak idup pasal penduduk dia suka bayar penuh. Mana ada bisnes maaaa.. Kat negara kita, orang-orang yang culas membayar kad kredit ni memastikan credit card company terus hidup. Terima kasih ye ;)

Sebab cerita kat atas dah best, kita tutup dengan cerita tak best sebagai pengajaran. Macam ni, adalah seorang pakcik ni, dia amik kredit kad yang ada 2.5%  potongan dari harga petrol ni masa minyak mahal dulu. Guna guna guna.. bestla tak payah keluar duit, tak payah pergi kat kaunter then boleh jalan sana sini. Lagi pun bestla.. guna minyak diskaun.  Tengok-tengok statement tup tup.. alamak BANYAKNYA! Bulan pertama baca statement lagi. Bulan kedua tengok nama je kat envelope. Bulan ketiga, ENVELOPE PUN TAK NAK TENGOK!! Diskaun yang diharapkan, PENYAKIT yang dapat! Alamak!!~~

Jadi, pada yang ada di sini, marilah kita bersama-sama berdisiplin dalam merancang kewangan dan merancang penggunaan kad kredit. Bukan mereka dan keluarga mereka yang untung, ANDA dan KELUARGA ANDA yang untung.

Selamat bercuti Sabtu dan Ahad semua!!~~

P/S: Saya tau saya belum sambung bab kesihatan lagi – alamak ni pun cari penyakit ni! Sabor ye!

Comments

7 Responses to “Cerita best pasal Kad Kredit”

  1. sourplum on June 13th, 2010 11:40 am

    ouh. kalau lambat bayar boleh mintak waive eh
    tatau plak..
    kalau installment kereta macam mana ye?
    boleh waive jugak ke late charge tu

  2. ezdevon on June 14th, 2010 3:47 pm

    mcm2 la kan,,,,,wet mmg nk kn rncang tol2,,,bru stabil,,,hit u here,,,lawat blog sy jgk,,,

  3. matjoe on June 23rd, 2010 1:19 pm

    haha, ni buat yg bijak guna kelebihan cc seperti aku. jom baca entry bijak belanja: gunakan kelebihan kredit card

    http://www.matjoe.com/2010/06/bijak-belanja-manfaatkan-kelebihan-kad.html

  4. Ashraf Khamzah on June 24th, 2010 4:09 pm

    Bagus, Mintak je waive benda2 macam tuh.. especially late charges dan annual fees. Annual fees skarang pun dah obselete, sebab ada GST.

    Bab isu2 terbabas ni, rasanya setiap bank pun ada limitation. Kalau cimb last 3 months je boleh request nak mintak waive, bagi la alasan pape pun, tak dapat statement ke, terlepas pandang ke, etc. Lebih 3 bulan memang tak dpt.

  5. amy on December 21st, 2010 8:54 pm

    sesape yg kad kredit dah bertahun xbayar interest dh tinggi sila berbincang dgn agensi yg dilantik oleh bank kerana mereka mmg blh dapat kan figure yg terbaik untuk anda lebih dari pihak bank sendiri :) ..saya dh cuba dan berpuas hati..nego dengan bank die bg 12 k full setlement tp dengan agen ni sy just byr 8 k full setlement jer..jauh kan bezanye….anda bila lg

  6. Ken Master on April 30th, 2012 1:58 am

    Yang penting adalah kawal nafsu berbelanja. Berbelanja mengikut kemampuan sumber pendapatan kita. Kad kredit ni bagus klu kita gunakan utk perbelanjaan keperluan bulanan kita tp bukan utk berbelanja utk kepuasan nafsu. Walaupun kita bayar full payment bank tetap buat untung.

  7. Harry on May 21st, 2012 8:31 am

    Hi, Nice post! Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back.

    Thanks!

    Harry
    harry.roger10@gmail.com

Leave a Reply