Salam Ramadhan dan Takziah kepada peniaga dan pengunjung Bazar Ramadhan Jasin
Assalamualaikum ya akhawat (saudara-saudari) sekalian..
Hari ni dah masuk hari ke-empat kita berpuasa dan InsyaAllah malam ni malam yang kelima utk menunaikan solat tarawikh. Seronoknya bulan puasa, rahmat dan kasih sayang Allah berlipat-lipat ganda pada bulan ni. Marilah sama-sama fokus dan lipat gandakan amalan di dalam ibadah kita.. InsyaAllah.
Cuma masa-masa bulan puasa ni, beringatlah ketika nak berbuka puasa. Jangan membazir dan jangan ikut hawa nafsu. Bukankah puasa tu nak mendidik hawa nafsu, jadi jadikanlah diri kita cemerlang ketika berpuasa dan juga berbuka.
Dah lama saya tak menulis dalam blog ni. Sekarang saya banyak diam-diam, buat perancangan untuk next step. Dalam beberapa bulan ni akan ada perubahan besar dalam kehidupan saya, jadi skrg ni, saya diam-diam, fikir, cari idea, fikir strategi, langkah seterusnya, baca-baca buku, attend class. Kehidupan peribadi dan kerja di ofis pun agak sibuk kebelakangan ni, Alhamdulillah, bila kita sibuk tu, maknanya banyaklah rezeki Allah kita dapat, dan kita diperlukan dalam syarikat. Walaupun kita ada hati pada pelaburan, perniagaan, tapi kita harus sedar pekerjaan kita sekarang pun nikmat Allah. Tak ramai ada kerja best macam kita. Jadi tak seharusnya kita membenci. Tak best hidup dalam membenci.
Lepas subuh, saya browse internet je. Sekali terjumpa link video utk tragedi puting beliung di Bazar Ramadhan Jasin semalam. Saya tak tau betapa seriusnya puting beliung tu sampai lah tengok video ni. Al-Fatihah buat mereka yang telah kembali ke Rahmatullah. Kepada survivor2 tragedi ini, banyak2 kan lah bersabar di atas ujian yang amat berat ini. Dalam bulan Ramadhan ini, semoga Allah membalas kebaikan berlipat ganda di atas kesabaran anda dalam menghadapi ujian ini. Semoga ini menjadi peringatan buat kita semua yang ajal tidak mengenal tempat dan waktu. Dari Allah lah kita datang dan kepada Allah lah kita kembali. Innalillahi wainna Ilaihi Raji’un.
Boleh tengok lagi disini:
Comments
4 Responses to “Salam Ramadhan dan Takziah kepada peniaga dan pengunjung Bazar Ramadhan Jasin”
Leave a Reply

selamat berpuasa.. mmg menginsafkan tgk kejadian ni.. semoga mereka dihimpunkan dikalangan org beriman aminn…
slmt berpuaser
Innalillahiwainnailaihirajiun..
Segala ujian dan dugaan datangnya daripada ALLAH jua..
banyak bersabar utk mangsa kejadian..alfatihah