Kerja masa lunch hour tadi, TH, Loan ASB dan motivasi sket..
Ok sebelum aku proceed.. meh aku bgtau something.. macam korang gak.. aku pun ada list KPI tahun ni.. salah satunya nak tambahkan pelaburan kat ASB.. Target amount? Rahsia.. Hehe.. salah satu KPI gak.. untuk tak bagitau apa yang aku tak patut bagitau kat blog kot (hehe.. yang ni gurau je)
Jadi hari ni aku happy. Salah satu strategi nak tambah amount kat ASB.. aku reallign balik portfolio2 aku.. Yang mana kurang hasilnya dari ASB insyaAllah aku kurangkan atau terminate and dump dalam ASB.. Lagipun aku buat cara ni pasal nak banyakkan modal dari OD untuk projek2 mendatang.. Setakat ni aku masih suka area KL/semenanjung dan belum ada plan nak buat projek kat Miri.. Alhamdulillah..atas bantuan dan sokongan kawan2 yang masih di KL.. insyaAllah projek KL/semenanjung 2010 dah on n still on.. Nilah bestnya networking.. ye tak?
So masa lunch hour aku keluar tadi pi Tabung Haji. TH belum declare lagi dividen berakhir 31/12/2009, aku rasa mesti deorg declare end of February macam tahun lepas gak. Sebbaik la dividen kira until last balance 31/12/2009, so takyah la aku tunggu masa nak declare dividen lak. Masa aku nak keluar duit tadi, pelik gak apasal borang pengeluaran dia dah siap2 tanda cash option.. takleh cheque.. rupanya bila aku gi kaunter.. kakak tu kata HQ negeri je boleh keluarkan cheque.. Aduhh..nak bawak cash.. takut aku.. so aku kurangkan amaun.. pastu bila dah habis transaction.. kakak tu offer suruh pak gad escort ke kereta.. Wow wow.. terasa macam VIP.. tahniah untuk TH bahagian Miri atas servis tip top.. akak tu dahla baik.. siap kena escort lagi..
Pastu aku terus gi CIMB.. topup sket dari duit OD.. tambah ASB. Alhamdulillah akak kat kaunter ni pun baik la.. Tu pasal mood aku baik je hari ni.. Gi dua tempat.. dua2 tempat layanan best.. Tapi memang aku rasa orang Miri ni baik2 pun.. Pastu macam tau2 je, akak tu cakap pasal loan ASB.. Rate masih -1.6.. Kalau loan 50k 20 tahun, bulan2 RM 300. Dulu aku skeptikal sket pasal loan ASB ni, tp mengenangkan betapa susah nak kumpul duit.. loan ASB ni mungkin alternatif yang baik.. Banyak guna OPM – other people’s money.. so duit korang tu boleh pusing buat lain.. Lagi2 bila aku dah nampak calculation/idea dia dari blog MET.. hati aku pun sudah jadi terbuka.. Yang berkisar tentang ASB aku paling suka baca tajuk Ada Apa Pada ASB dan Kereta Free (Woww!) . Bagus tentang loan ASB ni lagi, dia insured, so katakan apa2 buruk terjadi (Nauzubillah), insurans akan cover loan ko ni, dan kalau ditakdirkan ko pergi.. dapatlah ko tinggalkan sket2 harta utk orang yg masih bernyawa.. Cuma yang aku nampak.. loan tu tetap loan.. ko masih WAJIB servis tiap2 bulan.. dan ko takleh buat OD dari ASB loan ni.. Dari pro n kontra dia.. pandai2 lah ko judge sendiri..
Okes, apa2 hal pun.. kalau nak mula melabur.. ada beberapa perkara penting:
1. Takde istilah nak kaya cepat tapi tak mau usaha lebih dari orang lain - Kalau ada orang buat macam ni maknanya kejab jelah dia kaya.. Kaya 5 tahun.. pastu tak berkembang2 kekayaan.. mau ka?
2. Ilmu itu WAJIB dicari – rajin2 lah baca buku, blog, borak2 dengan orang bijak pandai, gi seminar.. tambah list ni sendiri.. Kalau nak start melabur.. wajiblah tau tentang finance dan instrumen2 pelaburan..
3. Simpanan itu WAJIB - Ada orang mula melabur guna duit pinjam.. Risky woo.. Buat downpayment rumah guna personal loan.. Sekali rumah tak dapat sewakan.. simpanan pun tak dapat cover housing loan n personal loan.. apa cerita? Ada orang ada hutang credit card dan 2 hutang PL.. pastu buat OD.. ingatkan OD nak tutup hutang credit card.. rupanya tak.. nak buat hutang lain pulak.. aduss pening2.. Credit card 18% PL (tak pernah buat..tak tau berapa percent).. OD katakan -1% = 4.5%.. Aduss..
4. Bertindak – Kalau cakap berdegar2.. tapi tak buat apa.. Apa gunanya, kan?!
(KPI aku utk bulan Januari utk ASB.. insyaAllah dah nak siap.. Korang lak dah capai apa Januari ni? Jom share sini..)
Apa yang anda belajar dari 2009? Dan cerita 2010!
Salam semua pembaca budiman EmasdanTanah.com!
Dah 5 hari kita masuk tahun baru 2010! Dan sudah 19 hari kita dalam tahun 1931 Hijrah. Semoga tahun baru ni membawa kita lebih semangat dan keazaman untuk berusaha lebih keras mencapai kejayaan dan keberkatan hendaknya.. InsyaAllah.
Alhamdulillah.. ada beberapa KPI saya tahun lepas ada yang tercapai.. ada yang belum.. ada yang banyak kena usaha lagi.. Bila kita lihat balik KPI ni, ada yang patut kita ulangi, ada yang patut kita ubah strategi, ada yang patut kita usaha kuat lagi.. Hanya diri sendiri dapat menilai dan semoga kita pelajari dari pengalaman kita yang lepas ni..
Sejak saya pindah ke Miri.. aktiviti pelaburan saya.. Saya buat senyap2 je.. Adalah beberapa benda buat.. tp malas nak bising2.. Takde bertambah pun property.. Cuma dulu yang belum operate.. sekarang dah operate..Property yang memang dah sedia operate tu.. dah dalam maintenance mode.. Ada jugak rumah yang tenant dah keluar.. Menarik sket kat sini nak cerita.. ialah pasal kebaikan ambik deposit 2 bulan. Masa 1 Disember tu.. saya mintak tenant bayar sewa.. tp dia mintak delay.. 5hb.. Saya kata ok.. So bila 5hb.. dia kata dia dah takleh bayar.. so dia nak keluar.. So dia mintak balik deposit.. Jadi jawapan saya macam ni.. Satu bulan tu.. adalah untuk bayar sewa bulan Disember.. dan satu bulan lagi.. adalah penalty.. menurut apa yang terkandung dalam TA..
Apa yang menarik lagi.. dari aktiviti2 pelaburan ni.. baru saya sedar betapa pentingnya networking.. Dari sharing ilmu.. sharing pendapat… Paling best bila ada geng yang ada property di kawasan yang sama.. Boleh belajar apa problem.. apa bagusnya sesebuah property tu.. Cerita pasal loan lagi.. Lagi best bila saya jauh ni, boleh mintak tolong kwn2 serviskan rumah apa2 yang patut.. Dan lagi lagi best kalau dapat share peluang.. JV.. Kiranya kalau kita buat sorang2 kemampuan kita terhad.. tp dengan adanya kawan-kawan.. network.. macam2 kita peluang baru kita boleh buka.. boleh teroka.. maka kita makin boleh berkembang.. dan berkembang…
Cerita pasal Miri sket.. saya dapati.. harga property kat sini dah makin mahal berbanding masa dulu saya di sini.. Banyak property baru naik.. especially landed.. Kedai2 pun makin naik.. Bintang – shopping complex no 1 kat sini pun dari 1 wing dah jadi 2 wing.. Ikut perancangan.. Tesco pun akan buka di sini InsyaAllah.. Sabtu lepas, saya tersesat masa nak cari makan kat satu kedai makan nama Bilal.. jalan2.. termasuk area kawasan perumahan yang tengah bina.. dan kawasan2 perumahan baru.. Masa tu rasa.. rindunya nak survey2 rumah.. Kalau ada masa, insyaAllah.. boleh la dilaksanakan..
Tadi, borak-borak dengan kawan2 yang dah senior di sini.. Ada projek2 perumahan ni.. developernya adalah pekerja kat company saya kerja sekarang.. Ada satu projek shopping complex, self-funded, owner dia kerja kat Aussie dulu.. cukup duit, buat projek shopping complex.. Ada yang projek macam pasar je.. satu tingkat – kedai kecik2 n tempat orang jual barangan kampung.. Tapi bulan2 owner tu kutip duit.. mmh.. masyukk.. Menarik kan.. Siapa kata kalau kita jadi pekerja.. kita akan jadi pekerja selama-lamanya.. Kalau kita ada kemahuan dan usaha.. InsyaAllah, kita boleh keluar dari kepompong dan kitaran sekarang, dan keluar ke kitaran yang lebih baik.
Jadi di sini, serba sedikit yang saya belajar dari 2009.. dan sedikit cerita sebagai motivasi untuk tahun 2010 ni..
Sedikit nasihat.. Tahun 2010 ni jadikan tahun di mana anda tidak takut untuk bertindak.. Jadikan 2010 ni tahun yang cemerlang untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat, dan sesiapa yang anda kehendaki.. InsyaAllah.. Semoga terus berjaya dan berjaya!
P/S: Saya ada sebuah unit Cyberia untuk disewa.. Available sekarang.. Fully furnish.. RM1800.. Jangan malu2.. hubungi Wida 016-3412158. Sila cepat sementara stok masih ada.
Salam Maal Hijrah 1431H!
Assalamualaikum pada pembaca budiman sekalian.. Minta maaf dah sebulan tak menulis..
Banyak je benda yang jadi di KL.. tapi saja je tak nak cerita dulu. Di Miri, takde apa sangat pun yang jadi, tapi saya dah terjumpa 2 kawan yang minat acara rumah lelong. Tak sempat lagi buat TT dengan GBuddy dan CD.. sorrylah.. asyik tak sama je jadual.. Nanti kita janji2 lagi..
Petang ni masuk tahun baru 1431H.. Sebagai penutup dah muhasabah ke samada apa yang kita patut buat, kita dah buat ke belum. Apa yang kita belajar pada tahun ni. Sama-sama kita doakan kebaikan pada tahun hadapan dan memohon keampunan untuk dosa-dosa kita tahun ini dan sebelum-sebelumnya.
Amin ya rabbal ‘alamin.
(Baca 3x selepas solat Asar atau penghujung waktu Asar)
(Baca 3x selepas solat Maghrib).
Selamat Tahun Baru 2009!! Azam 2009!!
Panass.. panass.. tengok geng-geng PMC rata-rata dah tulis entri tentang azam baru masing-masing…
Tahun 2006.. 2007.. 2008.. wa memang ada azam sket2.. tp xpernah serius dengan azam wa.. lepas je grad..wa dah jadi macam orang lain.. tp tahun ni wa nak jadi macam diri wa sendiri balik.. membara dan bersemangat!! Syukur pada Allah temukan aku dengan geng2 PMC n sifoo Pie yang suka bakar semangat orang!!
Azam wa:
1. Nak kerja dengan lebih kuat.. nak naik job group dan capai KPI 1.2..
2. Nak target minimum passive income RM2000 per month.. Tahun ni xde apa2 lagi.. walaupun dah start..
3. Nak tambah lagi 4 rumah untuk sewa.. Wa target yang medium cost ke bawah je.. N nak settlekan Cyberia cepat-cepat so wa boleh collect sewa dah..then buat home Xtra untuk modal rumah lain..
4. Buat beli-jual balik rumah-rumah lelong untuk kumpul modal..
5. ASB.. target nak cukupkan 100K.. sket je berbanding geng PMC lain.. tp this is as starter.. dulu silap wa beli rumah bayar downpayment tak guna OD.. byk gak.. dekat 20k++.. tp xpe.. belajar dari kesilapan..chaiyo’ chaiyo’ 100K!!
6. Nak kurangkan berat badan..dan bersenam at least 3x seminggu.. ni dah start.. dah start kurang beratnya.. yeh yeh.. wa happy!! Ni sentimental sket.. sbb setiap kali usaha nak kurangkan berat badan.. mesti wa teringat Allahyarham Pak Andak wa…
7. Nak ajak sorg member aku yg saban hari bermasalah duit jumpa Sifoo.. mintak nasihat.. sian la.. aku pun xlarat nak tolong dia je.. attitude.. attitude.. Since kawan aku ni agak sensitif.. nak mintak nasihat korang.. apa cari terbaik nak ajak kawan ni ikut wa pi dengar nasihat??
8. Menjadi muslim yang beriman .. semua tuntutan yang 5 tu bagi cukup.. syahadah.. solat.. puasa.. zakat.. ooh haji belum lagi ye.. tp dah boleh start register dah.. kena tunggu 5 tahun kan.. sadaqah.. puasa sunat.. bekerja dan cari rezeki dengan halal dan ikhlas Lillahi Taala.. Tambah ilmu agama..
9. Melengkapkan sebahagian dari agama.. kalau ada rezeki.. Insyallah.. ngeh ngeh..
.. Tahun lepas putus chenta.. tp tulah Allah kata.. Inna Ma’al Ngusri Yusro..
10. Buat research pasal emas.. dan usha-usha peluang dalam emas lagi..ni wa takde specific target.. tp bila harga rendah.. ada wang.. insyaAllah dpt dijalankan..
Ada la beberapa benda rasa nak buat jugak.. tp takut tercapai.. So wa target yang 10 ni dulu. Start with the fundamental, expand with knowledge and experience!! Chaiyo’ Chaiyo’.. Semoga berjaya.. InsyaAllah..



