Kijang emas pertama dan harga emas minggu ini
Saya beli kijang emas pertama saya pada 8/8/2008. Ketika itu cawangan Maybank yang saya lawati hanya mempunyai syiling 1/2 ounce – jadi saya membelinya dengan harga RM1543.
Harga emas semakin turun dan perbezaannya sangat ketara semalam. Walaupun saya membeli dengan lebih tinggi, tetapi saya tidak menyesal, kerana saya baru berpindah – dan di tempat baru ini bukanlah mudah untuk pergi ke cawangan Maybank yang menjual Kijang Emas.
Dua hari lepas, harga emas dunia mencecah USD808, dan kesannya dapat dilihat pada harga jualan kijang emas semalam – RM2866 untuk 1 ounce!! Kurang dari RM3000!! Hari ini harga jualan meningkat RM2921.
Sila rujuk link BNM di bawah untuk harga bulan Ogos:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
Saya tidak dapat mengagak harga emas minggu hadapan. JutawanEmas meramal harga emas menggunakan analisis teknikal tetapi saya masih belum tahu bagaimana untuk menggunakannya.
Jaga diri semua~~
Turun semakin turun
Harga emas kijang semakin menghampiri RM3000 bagi satu ouns.
Sila lihat di bawah..

Harga emas sedunia sudah turun melepasi paras 870!!
http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml
Harga emas 2 minggu
Pada minggu lepas, harga emas jatuh sehingga USD908 pada hari Rabu dan meningkat kembali sehingga Jumaat lepas. Isnin minggu ini, harga emas turut meningkat dan sehingga catatan ini dibuat,hari ini, Selasa, pada 9.14 pagi, harga emas telah turun ke tahap terendah buat 2 minggu, sehingga USD 892.50. Dijangka esok turun lagi dan meningkat kembali pada hari Khamis.
HARGA EMAS TEMPATAN
Maybank
|
SIZE (oz)
|
SELLING (RM)
|
BUYING (RM)
|
|
ONE
|
3143
|
3044
|
|
HALF
|
1601
|
1522
|
|
QUARTER
|
815
|
761
|
|
DATE
|
SELLING (RM/g)
|
BUYING (RM/g)
|
|
4 – Ogos – 2008
|
100.71
|
93.29
|
Idea Hari Ini: Skim Ar-Rahnu dari Bank Rakyat
Borak-borak dengan teman sepejabat, dan dia ada membeli 2 syiling Kijang Emas dari Maybank.
Saya terfikir, simpan di rumah tidak begitu selamat dan tidak mendatangkan keuntungan. Ibu ada bercerita tentang skim Ar-Rahnu dari Bank Rakyat. Ar-Rahnu adalah pajak gadai yang (insyaAllah) berdasarkan hukum-hakam Islam.
Caranya .. simpan (atau sebenarnya, pajak) syiling emas, atau barang kemas di dalam Bank Rakyat. Bank Rakyat akan memberikan wang tunai 65% dari nilai barangan emas, dan kemudian ditolak caj-caj berkaitan. Dari wang tunai yang didapati, bolehlah melabur pada tempat-tempat lain (beli emas dalam bentuk passbook, mungkin?). Apabila tempoh matang, jual balik pelaburan anda, dapatkan keuntungan, dan bayar semula pada Bank Islam, jumlah yang telah anda dapati pada awal pelaburan. Di sini anda akan mendapat 2 kali keuntungan kerana:
1. Nilai syiling yang anda pajak, akan meningkat. Terpulang pada anda untuk menjualnya atau memasukkannya semula ke dalam skim Ar-Rahnu.
2. Pelaburan yang didapati dari wang tunai yang anda dapat dari Bank Rakyat. Tetapi, dengan syarat, anda harus menjual semula pelaburan anda dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Melaburlah di dalam program yang menjanjikan keuntungan, kerana sekiranya anda rugi, anda terpaksa menambah jumlah kerugian anda untuk menampung pembayaran semula ke Bank Rakyat.
Skim Ar-Rahnu juga ada ditawarkan oleh syarikat Estet Emas dan Yapeim. Saya tidak pernah membaca atau mempunyai pengalaman dengan 2 syarikat ini, tetapi sekadar memberitahu alternatif yang ada. Akan tetapi, ingin sekali saya sarankan agar anda memilih syarikat yang stabil dan boleh dipercayai, kerana syarikat yang baru lebih senang untuk bankrup, dan sekiranya sesebuah syarikat itu bankrup, maka tiada siapa tahu apa yang bakal terjadi kepada pajakan anda.
Setakat ini, secara peribadi, saya merasakan Bank Rakyat adalah pilihan terbaik untuk Skim Pajakan Ar-Rahnu. Terus-terang saya katakan, saya belum pun mempunyai dinar emas atau terlibat secara langsung dengan Ar-Rahnu, tetapi secara teorinya, saya yakin idea ini akan berhasil. Doakan saya berjaya, dan saya juga doakan anda berjaya. Amin.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.bankrakyat.com.my/index.php?ch=6&pg=26&ac=13&lang=en
