Macam-macam berita 2012.. Nurulwahida.com

March 6, 2012 · Posted in Azam Tahun Baru, Cyberjaya, Hartanah · Comment 

Assalamualaikum, banyak sebenarnya nak cerita, pasal azam tahun ni lah, pasal rumah yang dah terjual lah, pasal homestay baru lah. Tapi sibuk sangat hari ni.. ada sempat tunjuk gambar ni saja..

Jubah pelbagai warna, busana pelbagai citarasa. Pilihlah http://www.nurulwahida.com. Like page kami di https://www.facebook.com/nurulwahidadotcom

Apa lagi.. marilah like ;)

Jeng jeng ada berita lain yang lagi best ye.. Apa ye.. kita sambung di masa lain ;)

 

Projek baru di Cyberjaya

November 6, 2009 · Posted in Cyberjaya, Hartanah · 11 Comments 

Salam semua,

Saya baru je balik dari menghadiri promosi projek perumahan baru di Cyberjaya. Tadi ada beberapa developer - UEM, Mah Sing, Emkay dan Setia Haruman.

Projek-projek baru di Cyber ni mahal-mahal belaka. UEM dengan projek Symphony Hills, Emkay dengan Neocyber dan Domain 2. Mah Sing dan Setia Haruman saya tengok dari jauh je.

Symphony Hills ni projek rumah landed – Semi-D, link dan townhouse. Townhouse ni ada 3 tingkat, tapi dua rumah. Rumah atas duplex, yang bawah studio. Townhouse duplex dari 500k++, studio dari 350k++. Link house 700k++, Semi-D juta-juta.

Neocyber dan Domain 2, boleh tanya Rohani. Soalan untuk Ani – Domain 2 ada studio dan dua bilik je?

Mah Sing pun projek Semi-D dan link.

Setia Haruman dengan CBD Perdana 2 – commercial lot. Nampak macam ada residential project tapi macam saya cakap tadi.. saya tak check.

CBD Perdana 2: http://www.cyberjaya-msc.com/Residential/cbd2/cbd2_intro.asp

Shell pun ada rancangan nak buat U-Village di situ.

Semoga dengan perkembangan terbaru ni Cyberjaya terus naik, lagi-lagi dengan projek pasaraya dan lain-lain yang baru diumumkan dalam Bajet 2010 baru-baru ni.

Semoga berjaya!