Sibuk dapat tenant!

February 24, 2010 · Posted in Cyberia, Hartanah, Motivasi, Pengurusan Sewa · 4 Comments 

Salam semua.. 2/3 minggu rasa best betul bila produk (hehe rumah sewa) kita laku macam goreng pisang panas..

Setiap hari ada je orang call tanyakan rumah sewa.. kalau enquiry pasal sewa, available lagi ke.. saya jawab la.. tp kalau tenant nak tengok rumah.. saya mintak tolong Faris.. macam ni lah hidup perantau.. tp alhamdulillah ada kawan-kawan macam Faris.. Sampai Faris pun pening kepala nak entertain.. Agaknya macam ni la kerja Tuah dan Peruzz hari-hari kena layan customer yang macam-macam ragam..

Tapi aku kata best sebab macam-macam aku belajar.. belajar cara cakap n handle customer dengan baik.. Belajar nak tulis iklan dengan baik.. Aku iklan cuma kat 3 website je.. tapi minimum aku dapat call sehari adalah 3 call.. rumah ada satu je tapi kalau satu hari minimum 3 call.. seminggu dah berapa.. aku pun tak ingat berapa call aku dapat.. tp banyak no tepon possible tenant aku dah simpan dalam hp aku ni.. Ramai yang nak tengok rumah urgent, nak bayar deposit urgent.. Aku susah nak close deal kalau takde ongkosnya.. Rasa-rasanya orang yang ada rumah lain pun tau apa reason nya.. So semalam ada orang dah bayar deposit.. Sekali hari ni ada sorang ni call, marah2 coz tak dapat rumah tu.. Dia kata dah sediakan duit dah and so on.. Tapi mamat semalam pun siap dah bagi duit.. Jadi sebab aku tau salah aku, aku carikkan rumah lain.. Alhamdulillah ada sorang owner ni rumah dia belum ada orang.. aku call n bagi dia no potential tenant tak jadi ni.. senang-senang je dia dapat tenant ek.. takpela rezeki dia..semoga potential tenant tak jadi tu dapatlah rumah dan hidup dengan tenang dan tak marah2 aku lagi..huhu

Jadi meh aku simpulkan apa yang aku belajar dari rumah sewa yang satu ni.. Untuk pengetahun korang.. dan reference aku gak in the future nanti:

1. Timing kena betul.. Kena tau bila demand tinggi, masa ni boleh mintak sewa tinggi.. Memang kena all-out lah bila dah dekat2 masa demand nak tinggi.. Sebelum sewa ni lah kena betulkan apa2 yang rosak dan install apa-apa yang perlu.. Kalau tak sempat.. siap2 bagitau tenant supaya dia tak terperanjat

2. Iklan kena menarik tapi pada masa yang sama kena jujur, ikhlas, amanah.. Kalau barang takde..tulis siap2..so takyah susah2 nak explain kemudian.. Kalau first pay, first serve basis.. pun kena cakap.. (huhu peringatan kat diri sendiri)..Kalau tulis sewa berapa banyak.. sila bagi banyak tu jugak.. Honour your promise..

3. First impression tu penting.. Kadang2 kita angkat fon cara kita cakap tak berapa best.. probability orang tu tak call balik adalah sangat tinggi.. Cakap lemah lembut, assisting, jujur..

Apa-apa pun alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah berikan.. Semoga Allah terus permudahkan urusan. Amin.

Tambahan: Pada siapa2 yang ada unit di Cyberia, sila contact Wida 016-3412158 sebab ada beberapa tenant yang memerlukan rumah segera. Tiada cas. Kesian kat student2 ni takde tempat duduk lak nanti.

Me-Remote-Control-kan rumah sewa anda

September 3, 2009 · Posted in Hartanah, Pengurusan Sewa · 4 Comments 

Salah satu sebab pelabur-pelabur memilih untuk melabur dalam hartanah, dan bukan instrumen-instrumen lain adalah sebab kerana kurangnya pengurusan yang perlu pelabur lakukan. Dengan adanya teknologi seperti internet banking, makin mudah kita sebagai pelabur untuk me-remote control-kan rumah sewa kita.

Selain itu, kita pun boleh monitor pembayaran bil penyewa melalui internet:

1. TNB
https://e-services.tnb.com.my/

2. Syabas
http://www.syabas.com.my/

Anda ada tips untuk me-remote-control-kan atau automate process penyewaan rumah anda? Mari cerita di ruang komentar..