Update TBR, VL dan Rumah Titian Kaseh
Salam semua,
Sekarang ni tak banyak benda baru.. just nak settle-settlekan benda yang pending dari projek lepas-lepas. Selasa call Siti, nak tanya update claim Cyberia yang tak dapat-dapat lagi, tapi dapat berita yang ibu dia baru meninggal pagi tu. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Semoga ibu Siti di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan semoga Siti tabah menghadapi dugaan ni.
Alhamdulillah minggu lepas banyak progress untuk VL dan TBR. Loan VL dah disbursed, 2 bulan sebelum ni sedap makan sewa free, tapi macam biasa la.. duit tu mesti guna untuk upgrade rumah kan. Alhamdulillah.. jimat poket.. hehe. TBR pulak dah sign loan agreement (finally!). Banyak cerita sket pasal TBR ni pasal financing dia. Nanti-nanti lah cerita. Boleh la saya bg tips untuk sesiapa minat nak beli TBR next time. Tapi yang seronok, masa nak sign tu, lawyer, Rahayu dari Abu Zahar seronok betul cerita pasal pengalaman dia pergi TBR dulu. Dengan cerita anak dia main air, dengan cerita ramai-ramai dok kat TBR 2 bilik tu.. terhibur rasa. Semoga cepatlah lawyer yang uruskan borang 14A tu uruskan pemilikan rumah (lawyer lain). Rasa macam nak tukar lawyer untuk next projects – Abu Zahar ni good candidate, sebab kerja deorang laju jugak. Nak suruh datang ofis pun senang.
Cerita pasal VL balik, Jumaat lepas company aku cuti ganti untuk Deepavali. Jadi aku amik kesempatan untuk tengok rumah+ tempah grill. RM750 untuk 3 pintu sliding. Murah sket la berbanding biasa.
Petangnya, temankan ibu dan kawan ibu ke Rumah Titian Kaseh. Rumah perlindungan untuk anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas, pendek kata cukup 8 asnaf duduk di sana. Rumah ni dekat Jalan Maran, dekat dengan Titiwangsa. Sekarang ni deorang ada problem nak dapatkan bantuan, sebab sekarang deorang duduk kat rumah sewa, jadi tak dapat bantuan Baitulmal, kerajaan. Rumah sewa ni pulak ikut ceritanya owner nak jual. Sebelum ni air kena potong, sebab tertunggak lama. Sekarang ni bil api pula tertunggak. Pada sesiapa yang berminat nak menolong, bolehlah kontek saya, Wahida 016-3412158, insyaAllah saya boleh dapatkan nombor pengurus rumah ni. Yang menarik pasal rumah ni, anak-anak yatim dan ibu tunggal tinggal sekali. Ibu-ibu jaga anak-anak. Jadi anak-anak kat sini agak manja. Kat bawah ni ada gambar Abu Sufian (baby), Syawal dan Haziq.
Tiara Beach Resort!!
Alhamdulillah.. dengan limpah kurniaNya.. bertambah rezeki.. Semalam.. dalam pukul 11 tghr lebih kurang.. Bri call aku.. buat nada sedih.. aku dah expect.. tak dapat.. sekali Bri kata.. “Dengan dukacitanya.. ko dapat TBR pada 78k”.. hahaha.. Cheitt.. apa la Bri ni.. terkena aku.. hehehe.. Aku target tak dapat.. pasal ada berita akan ada orang lain bajet hangit masuk.. bagi aku.. kalau tak dapat.. takpelah..tapi alhamdulillah dapat.. aku dengar banyak geng masuk.. tapi aku tau tau siapa..
Jadi rancangannya, mau bagi PMC jaga.. Yang bestnya.. mak aku beli satu unit kat sana dari Tuan Besar Pie juga.. so ada 2 unit.. Mak aku dah tengok.. dia pun happy.. ada pool besar.. gilelah.. sape nak buat terjun tiruk.. berenang rama-rama.. kupu-kupu.. hatta berenang singa laut pun ada ruang.. Cuti sekolah nak dekat dah ni.. jadi jangan malu-malu.. boleh book direct pada Sifu Tuah 013 – 3931828..yeah yeah mari mari siapa cepat dia dapat..siapa lambat dia tak dapat.. Hehe..
Untuk info lanjut.. boleh pergi website ni.. http://pmcresort.blogspot.com/2008/12/tiara-beach-resort.html
Mari mari mari..

Mari mari mari bercuti di PD.. bercuti di Melaka.. macam-macam ada.. sila pergi ke link PMC di atas..
Malam ni ada TT anjuran Sifu Besar Pie.. kat Ramal Junction, Kajang.. kul 9 ke atas.. bestnya.. lama dah takde TT pasal Sifu Besar kena kuarantin.. insyaAllah kalau takde aral melintang.. aku akan pergi dengan Cik Puding.. jumpa anda di sana.. sana.. sana..!!




