Update TBR, VL dan Rumah Titian Kaseh
Salam semua,
Sekarang ni tak banyak benda baru.. just nak settle-settlekan benda yang pending dari projek lepas-lepas. Selasa call Siti, nak tanya update claim Cyberia yang tak dapat-dapat lagi, tapi dapat berita yang ibu dia baru meninggal pagi tu. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Semoga ibu Siti di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan semoga Siti tabah menghadapi dugaan ni.
Alhamdulillah minggu lepas banyak progress untuk VL dan TBR. Loan VL dah disbursed, 2 bulan sebelum ni sedap makan sewa free, tapi macam biasa la.. duit tu mesti guna untuk upgrade rumah kan. Alhamdulillah.. jimat poket.. hehe. TBR pulak dah sign loan agreement (finally!). Banyak cerita sket pasal TBR ni pasal financing dia. Nanti-nanti lah cerita. Boleh la saya bg tips untuk sesiapa minat nak beli TBR next time. Tapi yang seronok, masa nak sign tu, lawyer, Rahayu dari Abu Zahar seronok betul cerita pasal pengalaman dia pergi TBR dulu. Dengan cerita anak dia main air, dengan cerita ramai-ramai dok kat TBR 2 bilik tu.. terhibur rasa. Semoga cepatlah lawyer yang uruskan borang 14A tu uruskan pemilikan rumah (lawyer lain). Rasa macam nak tukar lawyer untuk next projects – Abu Zahar ni good candidate, sebab kerja deorang laju jugak. Nak suruh datang ofis pun senang.
Cerita pasal VL balik, Jumaat lepas company aku cuti ganti untuk Deepavali. Jadi aku amik kesempatan untuk tengok rumah+ tempah grill. RM750 untuk 3 pintu sliding. Murah sket la berbanding biasa.
Petangnya, temankan ibu dan kawan ibu ke Rumah Titian Kaseh. Rumah perlindungan untuk anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas, pendek kata cukup 8 asnaf duduk di sana. Rumah ni dekat Jalan Maran, dekat dengan Titiwangsa. Sekarang ni deorang ada problem nak dapatkan bantuan, sebab sekarang deorang duduk kat rumah sewa, jadi tak dapat bantuan Baitulmal, kerajaan. Rumah sewa ni pulak ikut ceritanya owner nak jual. Sebelum ni air kena potong, sebab tertunggak lama. Sekarang ni bil api pula tertunggak. Pada sesiapa yang berminat nak menolong, bolehlah kontek saya, Wahida 016-3412158, insyaAllah saya boleh dapatkan nombor pengurus rumah ni. Yang menarik pasal rumah ni, anak-anak yatim dan ibu tunggal tinggal sekali. Ibu-ibu jaga anak-anak. Jadi anak-anak kat sini agak manja. Kat bawah ni ada gambar Abu Sufian (baby), Syawal dan Haziq.
Cerita bulan ini…
Assalamualaikum.. lamanya tak update blog..
Bz sket dengan kerja dua tiga menjak ni.. sempat la terbang ke Bintulu.. kerja weekend.. minggu ni pun kerja weekend gak kot..
Macam-macam dah jadi dalam sebulan dua ni.. rumah lelong makin susah nak dapat.. makin banyak player.. bagusla .. makin ramai dah ada kesedaran.. tengok.. masing-masing nak tukar strategy.. cari rumah lebih dari 100k la.. cari sub-sale la.. tukar kawasan jajahan la.. bestkan beli rumah lelong ni.. dalam banyak orang kata keburukan pasal rumah lelong ni.. ramai gak yang suka.. sebab prosesnya cepat.. kalau dapat rumah kosong.. sebelum start servis loan.. dah boleh dapat penyewa..
OD ASB ke individual pulak dari boleh.. jadi tak boleh.. sekarang dah boleh balik pulak..Ada sesiapa sempat buat enterprise company ke?
Koharta.. Koperasi Hartanah Selangor Sdn Bhd.. dah start bergerak.. hepi aku tengok gambar-gambar.. mula-mula memang xleh pi.. sebab kena kerja Sabtu tu.. pastu kena jumpa tenant di AB.. sekali kerja tu boleh postpone Monday.. aku nak pi la meeting Koharta.. alih-alih.. tenant tu dapat jumpa petang tu saja.. xleh jumpa pagi.. so xdpt pi jugak meeting.. sedih tul.. Mintak maaf la kat Cik Puding sebab xdpt pi dgn ko.. Anyway.. aku xsabar la mau start kerah tenaga utk koop nih..
Rumah aku kat AB.. buyer tak jadi beli.. jadi aku decide untuk sewa.. rumah ni mula2 plan utk pakai sendiri.. tp change of plan.. tak jadi.. dari jadi tukun.. aku sewakan lagi baik.. ada orang bayar half pun cukup bagus.. free-free ada orang tolong bayar sambil jaga rumah.. ye tak.. jadi pi beli barang letrik.. kipas lampu.. upah orang pasang.. cuci rumah sket2.. alhamdulillah.. dapat penyewa..
Rumah VL.. belum dapat penyewa… kalau sapa nak sewa mai mai call aku kat 016-3412158 atau Peruzz 013-9502782.. harga 650.. boleh nego lagi..
Hari tu ayah aku cerita.. anak kawan dia cerita pasal blog aku neh.. wahh.. sapalah tu ek.. bapak aku pun taktau aku ada blog ni.. kawan anak dia tau pulak.. sila perkenalkan diri anda yeh.. anyway lepas2 ni.. aku mau guna acronym sajalah untuk rumah-rumah.. pasal ayah aku sudah tegur.. keselamatan diri… takpun mungkin ayah aku nak aku jadi orang yg humble.. makin berisi.. makin tunduk ke bumi.. ye tak.. insyaAllah..
Sebelum aku blah.. ada satu teka-teki.. condo mana kat KL ni.. yg dibina dalam tahun 2000-an.. harga beli 200k.. MV sekarang 400k.. boleh sewa sampai 6k.. haaa.. kalau bijak cuba jawab..
Maju terus maju.. Melangkah ke alam baru!! Yeyeah!!
Good nite everybody!!
Vista Lavender, Kinrara, Puchong untuk disewa
Hi semua,
Kami mempunyai satu unit Vista Lavender, Kinrara, Seksyen 3, Puchong untuk disewa.

Pangsapuri untuk disewa,unit tepi,tingkat atas sekali
3 bilik tidur, 2 bilik air
852 sq. ft.
Pemandangan cantik dengan balkoni
Setiap bilik dilengkapi kipas siling
Peti ais 2 pintu, sofa 2 seater, meja kopi
Kemudahan:
Sekuriti 24 jam dengan kad akses
Surau,Lif, Gelanggang Badminton ,Taman Permainan
Wet & Dry laundry,Dewan Serbaguna
Easy access to Kesas highway and LDP.
Berdekatan kemudahan awam – bank, kedai, stesyen minyak, sekolah, stesyen bas, restoren 24 jam
10 minit ke LRT Station, Bukit Jalil
15 minit ke Mid Valley, Tesco, Sunway Pyramid
20 minit ke KL Sentral
Pengangkutan awam:-
Bas Rapid KL dan Metro ke KL Sentral dan Kotaraya.
Sewa RM700 (nego) RM550 sahaja!! *Update 22/7/2009
Deposit 2 + 1 + Utiliti (300)
Kemasukan Jun 2009
Sila hubungi Wida (016-3412158) atau Peruzz (012-9863732)
Terima kasih.
Map: http://wikimapia.org/#lat=3.0622246&lon=101.6403794&z=16&l=0&m=b&tag=949
Gambar Vista Lavender dah keluar!!
Minggu ni.. Rabu..20/5/2009 alhamdulillah.. Peruzz+Aku dah menang satu rumah di Kinrara – Vista Lavender. Selama 2, 3 minggu bincang.. akhirnya kitorang sepakat nak amik rumah di VL. Masa bidding, Faris dan Peruzz yang pergi.. aku xpi.. pasal kerja.. Ini adalah projek JV aku yang pertama.. Peruzz pulak.. projek kedua rasanya.. Moga-moga projek ni boleh jadi base untuk projek JV lain yang lagi besar. Amin.
Semalam Faris dan Peruzz dah pecah rumah. Aku tak dapat ikut jugak.. macam biasa.. kerjalah.. Faris ada tangkap beberapa gambar.. sila lihat di sini.
OK entri pendek je kali ni.. Jaga diri semua!!~




