Aktiviti di Miri

November 19, 2009 · Posted in Hartanah, Kebajikan · 3 Comments 

Salam semua,

Minta maaf sebab lama tak update blog. Agak susah nak dpt access ke internet kecuali di ofis, tapi kalau di ofis, susahla mau update blog kan..

Setakat ni saya belum jumpa lagi apa aktiviti pelaburan nak buat di Miri lagi. Masih mencari-cari apa yang sesuai lagi. Ada la saya terjumpa satu nama satu auctioneer ni Praise Million Sdn. Bhd. tapi ofisnya di Kuching, jadi saya kurang pasti macamana aktiviti auction di Miri ni. Doa-doakan saya jumpa apa yang saya cari.

Minggu lepas, hari Sabtu, saya join aktiviti company. Tanam pokok buah-buahan di Kompleks Kebajikan Hamidah, Persatuan Anak-anak Yatim Sarawak (Peryatim). Seronok jumpa adik-adik (ke anak-anak?) sama-sama happy tanam pokok. Agak lucu bila semua orang terkocoh-kocoh tanam pokok sebelum hari hujan.

Apa-apa pun jom tengok gambar kat bawah..

 

14112009206

14112009209

Dapat upload 2 gambar je.. yang lain2 error.. anyway.. enjoy!!

Sudah di Miri! Selamat tinggal Kuala Lumpur..

November 10, 2009 · Posted in Kebajikan, Motivasi · 6 Comments 

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Alhamdulillah 2 hari lepas dah sampai ke Miri.. tengok-tengok cepat jugak perubahan kat sini.. padahal baru tinggalkan Miri setahun lebih je.

Masa last day kat ofis Jumaat lepas tu ada la rasa sedih sket. Tapi sayang tak dapat jumpa kawan-kawan pasal ramai yang outstation. Lambat gak balik.. kemas.. banyak gak barang.. nampak macam sket je.. Sabtu tu pulak, tunggu shipper amik keta.. Janji pukul 2.. Tapi pukul 3 lebih baru datang.. kul 4 baru settle. Lepas tu keluar jalan-jalan, tengok movie untuk kali terakhir sebelum pindah Miri. Ahad naik flight.. Peruzz pun ada kat KLIA.. tp xdpt nak jumpa pasal Peruzz kata “tak mau kacau”.. haha..lawaks.. Dah masuk ruang menunggu pun tak sempat.. pasal flight masuk awal..

Masa menulis ni, dapat berita sepupu saya, Hazirah bt. Abdul Rahman, tengah kritikal kerana jangkitan kuman di Jerman. Pakcik pun dah ada sana. Minta jasa baik pada sesiapa yang mengenali dan juga kawan-kawan di sini mendoakan kesihatan Zira.

Cut short entri kali ni. Cuma nak mengingatkan diri dan kawan-kawan di sini untuk ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satu nya.. sihat sebelum sakit.. Sebab kita tak tau bila kita akan sakit.. hatta masa muda pun..

Terima kasih..

Update TBR, VL dan Rumah Titian Kaseh

October 23, 2009 · Posted in Cyberia, Hartanah, Kebajikan, TBR, Vista Lavender · 4 Comments 

Salam semua,

Sekarang ni tak banyak benda baru.. just nak settle-settlekan benda yang pending dari projek lepas-lepas. Selasa call Siti, nak tanya update claim Cyberia yang tak dapat-dapat lagi, tapi dapat berita yang ibu dia baru meninggal pagi tu. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Semoga ibu Siti di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan semoga Siti tabah menghadapi dugaan ni.

Alhamdulillah minggu lepas banyak progress untuk VL dan TBR. Loan VL dah disbursed, 2 bulan sebelum ni sedap makan sewa free, tapi macam biasa la.. duit tu mesti guna untuk upgrade rumah kan. Alhamdulillah.. jimat poket.. hehe. TBR pulak dah sign loan agreement (finally!). Banyak cerita sket pasal TBR ni pasal financing dia. Nanti-nanti lah cerita. Boleh la saya bg tips untuk sesiapa minat nak beli TBR next time. Tapi yang seronok, masa nak sign tu, lawyer, Rahayu dari Abu Zahar seronok betul cerita pasal pengalaman dia pergi TBR dulu. Dengan cerita anak dia main air, dengan cerita ramai-ramai dok kat TBR 2 bilik tu.. terhibur rasa. Semoga cepatlah lawyer yang uruskan borang 14A tu uruskan pemilikan rumah (lawyer lain). Rasa macam nak tukar lawyer untuk next projects – Abu Zahar ni good candidate, sebab kerja deorang laju jugak. Nak suruh datang ofis pun senang.

Cerita pasal VL balik, Jumaat lepas company aku cuti ganti untuk Deepavali. Jadi aku amik kesempatan untuk tengok rumah+ tempah grill. RM750 untuk 3 pintu sliding. Murah sket la berbanding biasa.

Petangnya, temankan ibu dan kawan ibu ke Rumah Titian Kaseh. Rumah perlindungan untuk anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas, pendek kata cukup 8 asnaf duduk di sana. Rumah ni dekat Jalan Maran, dekat dengan Titiwangsa. Sekarang ni deorang ada problem nak dapatkan bantuan, sebab sekarang deorang duduk kat rumah sewa, jadi tak dapat bantuan Baitulmal, kerajaan. Rumah sewa ni pulak ikut ceritanya owner nak jual. Sebelum ni air kena potong, sebab tertunggak lama. Sekarang ni bil api pula tertunggak. Pada sesiapa yang berminat nak menolong, bolehlah kontek saya, Wahida 016-3412158, insyaAllah saya boleh dapatkan nombor pengurus rumah ni. Yang menarik pasal rumah ni, anak-anak yatim dan ibu tunggal tinggal sekali. Ibu-ibu jaga anak-anak. Jadi anak-anak kat sini agak manja. Kat bawah ni ada gambar Abu Sufian (baby), Syawal dan Haziq.