Cerita best pasal Kad Kredit

June 11, 2010 · Posted in Kewangan, Kredit Kad, Loan, Motivasi · 4 Comments 

Salam semua, mintak maaf pasal dah lama tak menulis. Akhir Mei hari tu saya cuti, balik KL, Isnin minggu ni baru balik. Best betul, cuti Gawai.. so semua pakat-pakat cuti lama. Tapi cuti kali ni saya bz bangat. Ada event family. Tak sempat nak update blog.

Kad Kredit pun terbabas. Terlebih beberapa hari. Masa bayar hari tu financial fee dan late payment fee belum keluar lagi. Hari ni dah keluar. Nasib baik ada online system, bolehlah check. Jadi saya pun gunalah tips dari satu blog ni – penulisnya kerja di call center kad kredit. Sayangnya sy dah hilang link nya.. Saya tau penulisnya baca blog ni, jadi silalah perkenalkan diri anda ye.. Read more

Cashflow is King

March 11, 2010 · Posted in ASB, Kewangan, Kredit Kad, Loan ASB, Motivasi, Overdraf · 12 Comments 

Salam semua,

Tadi saya baca blog MET pasal ambik PL untuk buat OD-ASB. Seronok baca entri terbaru dia.

Kadang-kadang bila menulis, kadang-kadang lupa orang yang membaca ni datang dari banyak jenis latar belakang. Kawan-kawan blog saya kebanyakannya dah cerita pasal hartanah, emas, ODASB, loan ASB, FCPO.. uiihh.. baru saya perasan yang saya belum cerita pasal benda basic.. iaitu cashflow.. Cashflow is king..

Masa baru grad, mula kerja, ada siapa ke bagitau anda semua nak buat apa? Pengalaman sayalah, masa mula-mula kerja dulu lah, dapat gaji, pastu tolak sewa rumah, bil air, bil api, duit makan, topup henfon, duit mak ayah sket2, pastu adalah duit sket. Dah beberapa bulan kerja, ayah suruh beli keta, beli je.. walaupun taktau nak buat apa dengan keta tu.. Rumah sewa dekat dengan ofis, housemate pun everyday tolong drive kan.. jadi memang tak tau nak buat apa dengan keta tu masa tu.. Budget memang tight la.. Dan saya memang strict ikut budget saya, sebab saya sedar diri tak senang sangat.. Jadi masa tu kalau ada orang nak pinjam duit ke.. memang kira geramlah rasanya.. Merasalah hidup susah tu.. Tapi alhamdulillah hujung bulan adalah saving tu sket2.. tapi nak buat apa dengan saving ni.. Last2 bila ujung bulan duit lebihan tu buat makan kat tempat best2 sket..sebab tak tau nak buat apa.. Kenny Rogers pun saya dah rasa special sangat.. Sushi King ke Marche ke Tony Romas ke out of scope la, mahal sangat saya rasa masa tu.. Tapi sayang.. masa ni saya tak faham lagi apa tu dividen apa tu ASB.. saya ada baca buku Azizi Ali, tapi tak terjangkau pemikiran macamana nak buat investment hartanah ni.. downpayment insyaAllah kalau diusahakan boleh kumpul.. tapi bab installment bulan2 tu yang takde idea..masa tu tak faham lagi tentang passive income.. Cuma bagusnya saya tak kenal la apa itu credit card apa tu interest..

Tapi macamana kecik pun gaji saya masa tu, alhamdulillah, bab duit, hati saya agak tenteram. Pasal saya tahu, hujung bulan, saya masih ada duit lebih. Kalau ada kecemasan, duit yang sket tu bolehla saya gunakan. Saya masih cukup makan. Masih boleh bayar duit sewa dan duit bil dan duit kereta. Saya tak tau apa maksud cashflow waktu tu, tapi alhamdulillah, cashflow saya waktu tu agak sihat, walaupun beza gaji dengan belanja tu sikit je. Oh, ini cashflow positif rupa-rupanya.

Ada orang, gaji lebih lebih 1 ribu dari saya. Tapi sakan nak meminjam. Nak bayar duit kereta, duit sewa rumah, duit kad kredit. Duit itu duit ini. Kalau tak diberi, boleh berbalah. Macam kita yang berhutang duit dia. Siapa kata kalau gaji lebih hidup kita lagi senang? Kalau kita tengok sekeliling, ramai je orang, dulu, pangkat besar gaji besar, tapi bila berhenti je dari kerja dia tu, makan pun tak tentu ada, sewa rumah pun tak tentu bayar, duit kereta lagilah tah kemana. Anak-anak pun tak tentu makan tak tentu sekolah. Simpanan langsung takde? Betul ke orang kata bila besar periuk lagi besar keraknya? Saya enggan percaya kata-kata ni. Kalau kesenangan lah dicari, tapi takde ketenangan, nak buat apa ye? Bila saya dah banyak sikit membaca, baru saya tau cashflow ni cashflow sakit, income atau gaji tu kurang dari belanja. Oh rupa-rupanya ini cashflow negatif.

Dari cerita panjang-panjang ni, ada satu je saya nak simpulkan. Cashflow is King. Apa yang kita cari ialah cashflow positif. Kenapa cashflow tu King? Sebab cashflow nilah yang menentukan duit poket kita cukup ke tak untuk makan tiap-tiap hari (Secara hakikinya Allah lah yang menentukan). Inilah yang paling basic. Lebih basic dari simpanan.

Tak percaya? Beberapa soalan..

  • Mahukah anda ada duit berkepuk tapi setiap hari anda hanya makan nasi dengan kicap tanpa lauk?
  • Rumah berdozen dan emas berdinar2 tapi anak-anak tak pergi sekolah sebab tak cukup duit untuk isi minyak motor?
  • ASB penuh dari overdraf dan loan ASB tapi tak mampu bayar?
  • Aset berjuta tapi rumah kena sita?

Cashflow – patut menjadi satu persoalan utama sebelum anda mula – menyimpan, melabur, mengambil hutang, membayar hutang, menambah asset, membeli ‘mainan’, berbelanja, membina passive income dan side income, berniaga, hatta, memilih antara 2 kerja.

P.S: Macamana nak tau berapa income dan perbelanjaan anda? Gunalah kuasa pen – TULIS! Dan rajin-rajin pantau perbelanjaan anda.

P.P.S: Siapa-siapa yang belum membaca buku penulisan Robert Kiyosaki, sila-silalah rajinkan diri anda membaca buku beliau.

P.P.P.S: Pakdi dulu ada tulis e-book pasal cashflow. Rajin-rajinlah cari di blog beliau. Saya dah tak jumpa linknya.

Bercakap pasal Beg Coach

February 25, 2010 · Posted in ASB, Kewangan, Kredit Kad, Motivasi · 18 Comments 

Salam semua, hari ni ada beberapa benda menarik la jadi.

 

Masa lunch hour nak melawat kawan yang sakit kat hospital. Tapi bila je baru sebut nama dia kat kaunter, nurse kata kawan ni dah transfer kat hospital di KL. Tanya hospital apa, nurse tu pun tak tau. Hmm.. saya doa-doa kawan saya tu selamat dan cepat sembuh.. takut dengar cerita orang demam 2 minggu tak baik-baik ni..

Masa dalam perjalanan nak pergi, ada la satu nombor yang tak dikenali ni call. Kata nak sewa Cyberia. Aku pun dengan penuh assisting nya cakap la.. dah penuh.. cuba check kat mudah.my.. Pastu orang tu kata.. “Ooh mudah.my ke”.. Aku jawab “Haah”. Sekali dengar lagi “Eii.. ni Tuah laa”.. “Pastu dia kata pass la” Pass la nak jadi telefonis kot.. huhu.. Cheit sungguh-sungguh je aku jawab.. Rupanya Tuah laa.. Kawan aku yang tengah drive kat sebelah gelak2 je bila tau kawan aku menyamar jadi potential tenant..

Lepas tu balik, lunch kat ofis je.. Om pompuan.. biasalah cakap pasal kulit muka la pasal make up la.. pastu cakap pasal handbeg.. Pada sapa-sapa yang tak tau.. Handbag tiruan ni cepat rosak.. Nanti asyikk kena ganti.. Macam aku la tu.. Sekali kawan-kawan aku ni.. wow.. cakap pasal Beg Guess la, Beg Coach la.. Aku cakap pasal Beg Bonia bagus ke? Kawan aku kata “Takk!! Better Beg Coach!!” Aku katalah “Eh, Beg Coach bukan mahal ke?  Bukan ribu2 ke”.. Deorang kata “7, 8 ratus pun boleh dapatt!!” Aku dalam hati “Wow!!”

Tapi aku faham kita masing-masing ada keinginan.. Kadang-kadang kita nak gak benda mahal2 ni.. Kadang-kadang cukuplah, takyah selalu. Kalau rasa selalu-selalu sangat nak benda-benda macam tu, pastu asyik ikut je hati tu, baik ambik duit anda bagi kat anak yatim ke orang miskin ke.. takut kalau ikut-ikutkan sangat.. nanti ada penyakit hati pulak.. Bila kita sedeqah ni, bukan setakat bersihkan harta kita, bersihkan hati kita juga. Kalau tak mampu beli pulak, tahan diri itu lebih baik. Kalau kita tak mampu, selalu nya kalau kita nak benda-benda mahal ni.. apa kita buat? Kita saving sampai cukup kan? Tak pun swipe kredit kad.. then bayar minima.. bulan depan bayar lagi.. takpe.. 18% je.. huhu.. (dengar tak ada nada-nada perli.. Ouch!)

Ok, jadi sebelum kita beli benda-benda mahal ni (yang tak perlu tapi mahu), jom kita analisis pilihan yang ada:

Ooh sebelum tu ingat principal ni – “Today’s money is always better than tomorrow’s money”. Jadi apa kita boleh buat?

1. Paling mudah, saving sampai cukup. Lepas tu BANZAI!! – Kalau anda bijak, sementara cukup tu, simpan dalam ASB ke TH ke.. dapatla dividen sket2.. Katalah beg anda tu RM1200.. Anda simpan bulan2 100 sampai cukup setahun. Bulan pertama dapat simpan 100, bulan kedua dapat simpan 100 lagi jadi 200. Jadi bulan pertama dapatlah dividen dari amaun 100 tu, lepas tu bulan kedua dapatla dividen dari amaun 200..sampai bulan ke 12. Tapi bulan ke 13, habis dah terus duit anda tu. Zero, khalas.

2. Hutang pakai credit card, bayar minimum, bulan depan bayar la 18% sampai habis bayar. Jangan lupa tambah hutang lain. – Hehe yang ni sesuai la untuk yang takde cash on hand. Anda dapatlah beg anda, dan dapat pening kepala gak. Tapi takpe, anda kan cukup baik nak bagi bank 18% tu..

3. Kalau ada pilihan, tukar bayaran CC tu ke 12 month 0% interest.. Wow!! – Pun untuk yang takde cash on hand. Yang ni selamat gakla dengan syarat, pastikan ada duit nak bayar hutang tiap2 bulan. Kelebihan dia.. takde interest la.. sama nilai dia dengan beli cash..

4. Yang paling best, combination 1 + 3 - Bukan setakat anda ada 12 bulan semasa menyimpan nak dapat dividen, tapi anda ada tambahan 12 bulan lagi dari tarikh anda membayar.. Banyak sket la dapat dividen..Masa menyimpan, dividen anda dapat still sama dengan point 1, tapi semasa membayar, let’s say, bulan ke 13, dividen anda based dari 1200 – 100 = 1100, bulan ke 14, dividen anda based dari 1100 – 100 = 1000.. sampai la ke bulan 24.. barulah principal anda habis..masa ni baru la tak dapat dividen apa2.. Tapi oklah sebab sebelum tu anda dah untung sket2 (Untung ke ek? Hehe)

Apa-apa pun tengok disiplin dan kemampuan anda jugak.. Kalau anda rasa anda tak suka servis hutang CC bulan-bulan, save je sampai cukup then bayar la terus.. senang tak pening kepala. Benda ni benda simple-simple je, tapi best gak kalau dapat refresh diri.

Petang tu lak, aku dapat call, loan aku dah approve.. Alhamdulillah.. syukur pada Allah. Jangan risau, ni hutang baik. Untuk tambah pendapatan.

Tambahan: Siapa itu Tuah? Tuah itu telefonis aka salesman aka manager resort yang berkaki lebar (berkaliber). Beliau menguruskan unit-unit percutian di Tiara Beach Resort, Port Dickson di bawah PMC Resort. PMC Resort juga ada unit di Melaka. Sila lawati http://www.pmcresort.com untuk maklumat lanjut. Untuk cuti sekolah, cepat-cepatlah book, takut stok habis pulak!

Tambahan lagi: Selamat menyambut Maulidur Rasul.. Kami merinduimu ya kekasih Allah..

‘Keistimewaan’ Diisytiharkan Menjadi Bankrap?

January 29, 2010 · Posted in Kewangan, Kredit Kad, Motivasi · 9 Comments 

Sebenarnya saya tengah cari maklumat tentang proses orang yang tak bayar hutang kredit kad ni.. Sebagai pengetahuan am..

Ikut pemahaman saya, selalunya bila tak bayar CC, bank akan divertkan ke internal collection unit deorg, kalau banyak kali mintak tak bayar, lawyer pulak akan hantar surat lawyer. Kebiasaannya waktu ni bank (tak semua bank, subject to their discretion) akan bagi option utk tukar hutang CC jadi term loan. Cuma saya masih cari jawapan, kalau orang tu tak servis term loan, apa jadi? Isytihar jadi Non-performing Loan (NPL)? Kalau nilai NPL kurang dari RM30k? Kalau jadi NPL.. apa bank buat lepas tu? Soalan2 ni saya masih cari jawapannya.. kalau ada reader yang tau.. boleh bgtau di sini..

Kesimpulan..

Tak bayar -> Collection Unit -> Surat Lawyer -> Apa jadi???

Tengah-tengah cari jawapan ni.. saya terjumpa pulak artikel ni (artikel ni agak lama):

`Keistimewaan’ Diisytiharkan Menjadi Bankrap

Wow.. ini untuk ilmu/pengetahuan je.. jangan pulak lepas ni semua berkejar-kejar nak jadi bankrap.. Hutang kat dunia memang boleh lepas.. Hutang kat Akhirat.. Hanya Allah yang tahu.. Nauzubillah..

Semoga kita terlepas dari sengsara hutang-piutang..  Rajin-rajinlah amalkan doa di bawah.. Semoga Allah selamatkan kita semua..

Allaahumma innii a’uudzu bika minal hammi wal hazan,
Wa a’uudzu bika minal ‘ajzi wal kasal,
Wa a’uudzu bika minal jubni wal bukhl,
Wa a’uudzu bika min ghalabatid daini wa qahril rijaal.

Ertinya:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.

Buang ‘hutang jahat”.. Simpan hanya “hutang baik”.. InsyaAllah selamat..

Tambahan: Sekarang, minima hutang tertunggak untuk diisytiharkan sebagai bankrap adalah RM30k, dulu-dulu 10k.